Pages

Friday, 27 January 2012

Tenang.....

 

Sejak akhir2 ni banyak sangat yang membuatkan akak rasa stress. Ada saja yang menguji kesabaran dan ketenangan.

Tetapi bila rasa stress, akak selalu mengadu padaNya. Sebab Dia saja Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Mengetahui.  

Lagi satu kalau stress akak suka dengar keruh kucing. Prrrrrr.....prrrrrr.... Sangat menenangkan.

 

072

Sebelum akak sembahyang memang tak nampak pun kelibat dia. Tapi sedang elok kita sujud, dia datang kat kepala akak sambil berkeruh. Kadang2 siap letak tangan atas kepala kita macam cuba nak kata " Don't worry, everything will be ok, you'll be alright. InsyaAllah." Macam bagus je Moli ni kan. Padahal setahun jagung pun tak sampai. Kahkahkah.

 

 

004

Yang dia ni memang veteranlah bab2 duduk depan orang sembahyang ni. Paling haru bila nak sujud tu. Boleh terseliuh leher ngan tengkuk nak tolak badan dia yang debab tu. Takkan nak sujud atas peha dia pulak. Tapi dia ni kalau akak mengaji atau bukak surah al baqarah dalam laptop tu, dia mesti datang dekat sambil berkeruh2. Akak ada baca dalam satu buku pasal kucing ni, kucing berkeruh sebab dia sangat contented atau sangat berpuas hati. Camana tak puas hati, makan cukup, tidur atas tilam empuk kan. Hihihi.

Tapi itulah dia mukjizat Rasulullah saw. Kucing pun tenang dengan bacaan Al Quran. Apatah lagi kita ni, kan. Sangat menakjubkan. Subhanallah.

8 comments:

Dinas Aldi said...

Subhanallah, memang menakjubkan.

Hari ni saya ziarah kubur arwah bapak. Teringat pulak ada sekali tu masa baru nak start baca Yasin, saya ternampak ulat daun bagus punya tengah bergerak dari rumput ke rumput masa kat kubur tu.

Saspen saya, takut ulat tu datang dekat & merayap atas kaki saya. Saya plak baca sambil mata dok jeling kat dia, takut nih. Tapi bila saya start baca surah Yasin tu, dia pun berenti bergerak, duduk diaaam ja kat daun rumput tu sampai la saya habes baca.

SUBHANALLAH..

Nini D.. said...

boleh terseliuh tengkuk dgn leher ye kak?...tengkuk dgn leher tu bukan sama ke?hakhak..kompem berat atuk sekor nih...

Aidah said...

Dinas,
Itu keajaiban yang kita nampak depan mata. Yang kita tak nampak lagilah banyakkan. Kena rajin sikitlah mencari segala rahsia dan keajaibannya tu.

Nini D,
Dia memang saja suka buat cam tu kat akak. Bagi empuk sikit kat tempat sujud tu. Hahaha. Akak rasa leher depan, tengkuk kat belakang leher tu, kot.

Akma_cikyong said...

subahanallah..kuasa Yang Esa tiada spa yg dapat menduga..
btul kak..abah akma kan suka bacakan selawat kt telinga kucing kt umah..pas 2 dorang akan senyap jer..rsa macam paham jer..and akma sendri penah down n ader sekor kucing nie datang sok depan seolah2 dia pandang kiter dengan seribu bahasa..

KasihKuAlRayyan said...

as salam..

same la perangai milo/ moli dgn perangai kucing saya.. Bee pn suke jgk menyibuk time org semayang.. kadang2 kite tk start lg dia dh amik port dh.. betul2 atas sejadah :)

solution adalah, kiteorg bentang sejadah khas utk dia betul2 rite next to us.. mmg dia tk kacau dn ddk atas sejadah tue smp kite habis solat.. mebi akak pn blh cube bentang sejadah khas utk milo/ moli nie..

:)

Aidah said...

Akma cikyong,
Memang betul tu cikyong. Kucing ni memang faham perasaan kita. Dulu masa akak mengandung anak sulung, akak selalu tinggal sorang sbb husband akak kerja balik lewat sampai tgh malam. Kucinglah selalu jadi peneman akak bila akak menangis takut sbb masa tu dah sarat kan. Sekarang ni pulak akak selalu tak sihat so bila akak bangun buang air tengah malam, Milo menemankan akak, duduk depan pintu bilik air sampai akak keluar. Sweet kan.

KasihKuAlrayyan,
Hihi. Comelnya Bee ada sejadah sendiri. Akak nak cuba gak lah nanti. Tq for the tips ya.

Iz said...

Kak, kucing2 saya yg enam ekor tu, memang cukup suka dengan orang mengaji. Everytime mak mertua saya mengaji kan, tak kira la pagi ke, petang ke, malam ke, lepas solat ke, diorang mesti berkumpul keliling mak diam2. Macam seronok sangat dengar alunan suara mak mengaji. Memang tak kacau langsung :)

Jαnnαhツ said...

wah si debab tu comeyl sngt. boleh bayang susah nak alih bila dia menempel masa semayang hahahha. comeyl serius comeyl