Pages

Monday 26 March 2012

Surat Chinta yang meresahkan....

 

 

Di satu subuh yang hening, akak ternampak sekeping surat dilayangkan di bawah pintu rumah.

027

Maka kami yang duduk rumah merpati ni kenalah berterbangan mencari lubuk air sementara, untuk 3 hari paling bertuah ni. Nak marah tak boleh jugak sebab dah nak jadi. Lagi pun En.AHBY antara orang dalam management board rumah merpati ni yang dah buat mesyuarat dan amik keputusan ni. Redha je lah.

Kalau tak dapat cari lubuk air, kenalah buat undang2 baru. Bangun pagi, bersihkan taik mata je macam P.Ramlee dalam seniman bujang lapuk tu. Hahaha.

Akak kalau bab mandi tak risau sangat. Bab membuang tu nanti yang jadi kemusykilan akak. Kucing 3 ekor ni, pakai wet tissue je, tak kisahlah. Kita manusia ni, takkan nak istinjak lebih kurang je kan.  Kalau ada sungai belakang rumah, tak pe jugak.

 

044 

Perigi pun tak ada. Yang ada cuma tasik besar ni haa. Tapi kalau tak sayang nyawa bolehlah berendam kat situ. Tasik Mines ni memang lombong terbuka yang paling besar dalam dunia tau. Dalamnya tu kalau tak silap akak, beratus meter jugak kot. Hari tu ada orang buat filem kat situ dan stuntmannya mati lemas dan tak jumpa pun mayatnya. Kalau cuaca mendung dan gelap, memang seram jugak tengok tasik tu, hitaaaaam je. Dan macam biasalah tasik ni ada jugak cerita seram. Dan akak pun pernah kena sekali tu. Siap menumpang lagi belakang akak. Entah apa hal, rasa berat semacam dan membongkok je badan. Ada kawan akak tu pandai bercakap dgn benda yang orang tak nampak ni. Dia cakap dah beratus tahun umur nenek yang tumpang tu. Bukan Islam, tapi dia suka sangat dgn akak. Suruh balik menangis2 dia. Sampai akak pun menangis2 masa kawan akak memujuk nenek tu pergi dan tinggalkan akak. Entah ape hal, sedih sangat pulak tetiba masa tu. Padahal bukan kenal pun. Macam best friend forever pulak akak tetiba. Tak sesuai tau. 

Apa2 hal pun, kalau cuaca cerah, tasik ni memang cantik dan mendamaikan. Tapi kalau tak de air, tengok tasik pun hati tak damai tau. Sabar je lah.

14 comments:

Nini D.. said...

kalole rumah teman ni dekat...memang teman ajak akak dtg rumah teman ajer...kita leoak ramai2!!

kak,...ko ni kan..jenuh tau pegang perot sbb byk sgt ketawa baca tang "best friend forever tuh"..moga nenek tu dah dpt best friend baru ( boleh tak tulih camtu?!!)

kalo akak rasa2 tensen,..suruh aje tok bomoh milo mandikan akak dgn air liur dia..amacam?..kihkihkih

Aidah said...

Tu lah pasal. Kalau dekat akak pun buat muka tak malu, tumpang mandi rumah Nini.
Apa hal nak bff dgn spesies macam tu kan. Akak ni memang selalu kena ikut, dik. Tak kuasa dah tau. Buat tak tahu je sekarang ni kalau rasa pelik, meremang tu.

P/S Bomoh air liur nak jimat air liur sebab air tak de. Kalau ada buat servis mandi air liur pun mahal time tak de air ni. Tak mampu akak. Hahaha.

Rangkaian Sulam Jaya said...

giliran kami mandi pramlee lepas dah... patlima harile jugak air takdok

tapi yang musykilnya, lepas tu bill air terus melambung!! uwaaaaaaa

Aidah said...

Alamak! Harap2 akak punya bil tak melambunglah pulak lepas ni. Kalau melambung, ada yang kena mandi p.ramlee seumur hidup ni. Nauzubillah.

p/s Terima kasih singgah dan tinggal komen ya.

Dinas Aldi said...

Walaupun takut baca tapi bila akak tulis pasal nenek tu nangis, rasa kesian pulak, terharu gitu..ehh.. Akak pun pernah cerita yg "makhluk2 gitu" suka ikut akak kan..ok kembali seram.

Masa kawasan rumah saya takda air haritu, kami bok keluaq timba2 besaq giant size punya dari stor & simpan air banyak2. Last2 bila bekalan air dah ok, tak luak sangat pun air yg disimpan tu, jadi beberapa hari kami mandi pakai air tu ja dulu, kehkehkeh!

Akma_cikyong said...

Kak xdok air ko kt umah?wah..meh..meh..mai umh deng =) sungai terbontang luas tok akk seisi family =) hakhak

**time2 xdok air nie tok moh kasi up lah rege :p

Aidah said...

Dinas,
Masa mula2 kena tu, mak akak pun perasan rupa akak nampak lain je, tak ceria dan tak de seri. (macamlah berseri sangat. kahkahkah) Akak macam biasalah, susah nak caya. Dah teruk barulah pergi berubat. Tak sangka akak menangis beriya2 masa tu. Kelakar pulak bila dikenangkan.
Akak pun ada jugak simpan air ni. Tengoklah sampai mana bertahan.

Akma,
Alah, husband akak keje. Susah sikit. Anak pun sekolah. Akak kena cari lubuk air dekat2 je, akma. Bomoh ni sekarang dah pandai demand tau.

Murni Alfathunnisa said...

Cuaca mendung kan dalam gambar ni kak?
itupun saya nampak seram...
tak sangka ada cerita mistik jugak kat sini..

alahai...3 hari tanpa air, time-time macam ni kalau ada 'istana hinggap' kan best....

Nini D.. said...

kak..amacam? mandi x?
tok bomoh dah sehat ke?..

So Shy Lady (SSL) said...

akak, kami klau takde air g mandi kat bilik mandi jusco haha. huhuhu seriaunya crita nenek pnumpang tu...

Dinas Aldi said...

Akak, saya doakan akak sihat ya. Selamat beristirehat, jangan stres2 naa :)

Aidah said...

Siti Murni,
Memang best kalau ada istana hinggap, dik. Tapi akak dapat jugak hinggap semalam di istana berbayar. Hehehe.

Nini,
Semalam lagi akak dah cabut mandi kat tempat yang ada air. Tak boleh tahan nak mandi stail p.ramlee tuh. Dah lah cuaca macam berlengas je ni. Tok Moh dah sihat tapi suara masih macam ramli sarip, serak2 basah gitu.

SSL,
Ha ah kan. Akak terfikir gak nak mandi masjid ke tapi jauh jugak dari rumah akak ni. Memang seram, orang lain yang tengok kawan akak tu berinteraksi dgn nenek tu siap meremang bulu roma.

Dinas,
Macamanalah akak tak sayang kat Dinas ni. Sentiasa ambil berat. Terimakasih dik kerana selalu mendoakan akak. Selamat bertugas semula ya.

Irfa said...

naik bulu ketiak baca ni

Aidah said...

Tak pe, bulu ketiak je. Hehehe.