Pages

Monday 5 March 2012

Waah...manyak kembang aa.

 

 

023

Disember 2011.   

 

 

049

3 bulan kemulian. Manyak kembang lia punya balan. Itu pelut pun sudah muncit mah!  

 

 

087 

Ini tucen, wa ta tau apa mau cakap wo. Lia punya balan aa, manyak kembang selupa itu melon (bukan tembikai tau, belon. hehe) Wa cakap jangan makan, dia lagiii mau makan. Maaaanyaaaak degil ini tucen. Haiiyah...wa malah pun tatak guna. Mmmsai aa. Lai, lai, Ah Fatt, sei fan ah. ( makaaaaan lagi )

Dekat rumah akak ni bukan setakat kucing je makmur, orang pun makmur gak badan. Dah keturunan (alasan baiiik punya). Dulu masa akak kecik2, mak akak kat rumah pun macam tu. Suka masak sedap2 terutama kalau anak2 balik cuti. Balik je dari asrama , mesti ada lauk favourite menanti atas meja. Besok tu pun tanya lagi, nak makan apa.

Bila balik cuti, badan okey je, nak kata slim tu tak jugak tapi bolehlaaaah. Macam ala2 sedap dipandanglah. (statement baiiiiik punya) Balik ke asrama lepas cuti habis, amik kau. Punyalah makmur sampai nak tarik zip skirt pun berpeluh2.  (iyaaaa, dulu akak sukeee sangat pakai skirt, tah hape2)

Kadang2 abah akak sound mak, "U ni bela anak macam bela ayam daging."  Mak akak merajuk bila abah cakap macam tu. Sebab dia memang suka masak sedap2 utk anak2. Bila tengok badan anak2 susut masa balik dari asrama tu, sikit punya risau dia. Itulah citer akak masa kecik dulu.

Sekarang ni, kemakmuran badan tu diwarisi pulak oleh seisi rumah akak termasuk kucing. Alahaii... camne ni.

12 comments:

Nini D.. said...

amboooiii...baekk punye pose duduk terkangkang!
baju ijau tu rasa2 tak boleh pakai,..sub-con la pada dobot.hahahah


Batuk & selesema Nini tak menunjukkan sebarang pengurangan...makin 'sedap' adalah..tapi demam dah kebah..kebah bila badan bekerja keras time rewang aritu.kikiki

souled_oUt said...

hai kak aidah.. salam perkenalan.. dpt link ke blog akak ni dr blog izyahya.. sukala baca blog akak ni especially tang speaking nogori tu (mesti tergelak2 baca kat ofis) and kisah2 kucing akak - milo, moli, wahau etc.. so cute la diorg..

sukaaaaa sgt kat milo.. rasa nak peluk2 jer.. mesti bdn dia padat gitu kan.. dia takut kat strangers x?

saya pun ada bela kucing gak kat rumah tp bg makan blackwood jer.. tak larat nak bg makan RC.. hehe.. mak pulak rajin rebus ikan kembung so gaul2 ikan dgn blackwood.. tgk diorg mmg montel.. tp agaknya bagi kucing RC ni mmg gebu kucing2 yer.. tgk kucing2 Iz pun sgt gebusss gitu..

Iz said...

Ala cantik la jersey Moli. Sebab lengan dia pendek. Yang saya belikan si A-oi tu, lengan dia still kena lipat sikit. Kalau tidak, bila dia duduk kepit tangan, terkeluar tangan dia dari baju tu :( Husband suruh cari sleeveless, tapi ada ke jual yg sleeveless punya? Haha

Irfa said...

sila salahkan mak yang suka masak
hehe

cube akak pakaikan dia baju kurung la..mesti comel ;)

Akma_cikyong said...

aiyaa...itu tucen r manyak kembang selupa sama mangkuk jugak ooo..kihkih manyak lebaq dia punya badan wwwoooo~~hihi
kt umh nie pun sma kak,lg2 klau time ujan xley nak kuar umh..periuk nasik lah menjadi habuan pelut =) hikhik
*lepas an stres kt isi periuk nasik 2..haha

fadz said...

hi kak aidah...

ambooiii cepatnya moli kembang.. hahaha sampai tak muat dh baju tu... adoii milo duk macam kucing gengster... milo macam marah je kak aidah perli anak dia si moli tu.. hehehe... dia terasa kut.. heheheh

Dinas Aldi said...

Mak saya pun dari saya kecik suka benor masak sedap2. Tapi dalam family saya, saya sorang ja yg terlebih saiz sejak dilahirkan. Mak bapak biasa ja, adik saja lagi la, kurus ja dari kecik.

Nak kata tertukar kat sepital, muka saya macam arwah bapak, kihkihkih!

Takpa, janji hepi sudah :D

Aidah said...

Nini,
Cepat no membesar si Moli ni. Tanjat nengoknye. Hormon tak stabil kot. Kihkihkih.
Get well soon, Nini. Makan buah banyak2.

souled_oUt,
Terima kasih singgah. Masa muda2 dulu, Milo takut gak dgn orang tapi sekarang pun takut jugak cuma bezanya dulu dia boleh lari menyorok. Sekarang ni dia dah mengah nak lari. Maka tercongoklah dia kat situ dgn muka takut. Hihihi.
Memang RC mahal dik tapi akak dapat beli murah kat kg akak di PD, 1kg RM30. Kalau kat KL RM36 sekilo. Berpeluh jugaklah.

Iz,
Akak dapat beli 2 baju camtu yang sleeveless. Kat Ikano banyak rasanya yang tak de sleeves ni. Tapi sekarang ni akak berenti dulu beli baju Moli. Biar dia membesar dulu. Tak berbaloi beli kalau pakai 2 bulan je. Dah lah mahal, kan.

Irfa,
Itulah pasal, akak ni. Tak sedar yang diri sendiri tak de self control. Selera tajam sokmo, Irfa.

Akma,
Memang dia dah tukar nama, kembang semangkuk. Kahkahkah. Akak ni sejak tak berapa sihat, tak berani jalan jauh2 maka duduk rumah sahaja, kembangkan badan. Hebat kan.

Fadz,
Akak pun tak sangka cepat betul dia jadi demuks macam tu. Membulat je sekarang ni. Geraaaammmm.

Dinas,
Tak pe. Special tu, Dinas. Janji sihat, hepi dan Alhamdulillah. Akak kan, rindu betul pada masakan mak tapi tak boleh beritahu dia. Nanti dia rasa guilty dan nak turun masak pulak. Jadi sekarang ni akak amiklah seberapa byk resipi dari dia. Tapi biasalah resipi mak akak, segenggamlah, besar ibu jari lah. Garu kepala jugak nak sukat.

Naz said...

mana aci Moli ada baju..mana baju Milo..?

Moli telah dididik dgn sempurna oleh deddi Milo, perut pun dah sama..

Ros said...

Salam Aidah,

Amboi tucin tu manyak gumok la Aidah.....he.he.he....sampai duduk pun dia tak boleh nak kontrol lagi dah he.he.he....comel sangat.....

Aidah said...

Naz,
Milo sebenarnya lagi banyak baju. Tapi bila dah tua ni dia lebih selesa telanjang. Patutnya makin insaf kan. Hari tu sekejap je dia insaf. Hahaha.

Kak ros,
Puas dah mendietkan dia tapi tak jalan. Sekarang ni nak angkat dia pun tak larat. Hihi.

Aidah said...

Kak ros.
Alaikumsalam. Sori tadi lupa nak jawab. Hehe.