Pages

Friday 20 April 2012

Wad Sakit Jiwa 6A

 

 

Sebelum mula citer ni, akak nak beritahu no 6A tu tak de kena mengena pada yang masih hidup atau pun yang telah mati. Saja je akak letak kat situ bagi tajuk tu ada GPS sikit.

Penghuni wad ni macam biasalah Moli dan milo. Yang si kecik Micki tu masih dikuarantin lagi jadi kena buat test lebih sikit kalau nak tahu ada ke tak sakit pelik ni.

Moli memang kompom ada. Maklumlah childhood very rough kan. Keciiiik lagi dah berjalan menggigil2 dari jalanraya ke rumah mak akak di PD tu. Lepas tu 4 hari mengiau. Yang dengar mak akak pulak tu. Padahal mak akak ni bukan boleh turun cari kan. Mak akak pun kalau jalan pun menggigil2  jugak sebab kaki dia tak kuat lagi sejak slipped disc ni.

Bila akak balik kampung, mak akak terus kerah akak dalam operasi mencari anak kucing yang dah 4 hari mengiau kat sekitar rumah tu. Alhamdulillah jumpa belakang pintu2 buruk tepi longkang rumah tu. (Puan Alang suruh akak tukar nama Moli jadi Moli Albab sebab jumpa belakang pintu. Heheheh.)

 

038

Sekarang ni dah besar, beginilah perangai dia. Tu dia bukan tidur bergulung tau. Tapi dia tengah menyeksa diri sendiri dgn menendang2 dan menggigit perut dan kaki dia. Ngeri akak tengok tau. Lelap2 mata dia tu sebab kepala tu paling teruk ditendang sendirian berhad. Nampak tak kuku kaki siap keluar kat tepi kepala dia tu. Kadang2 lepas bergusti syok sendiri ni, sepet2 mata dia tau. Pelik. Kadang2 berkali-kali akak cuba stop kan, dia buat jugak balik.  Dahlah dgn eating disorder lagi sejak cecah teenage years ni. Canno nak buek ni. Alahaiiii....

 

043

Nak harap deddi beri tunjuk ajar. Kim salam je lah. Dia lagi teruk. Dah tua tua, masih nak mengopek kat selimut akak. Waktu mengopek selalunya ialah waktu subuh masa orang tengah baca Quran. Seolah-olah macam akak mendodoikan dia pulak dgn mengaji tu. Dulu masa Moli baru masuk rumah akak ni, Milo tahu malu. Cover jugaklah. Bila Moli ada, dia tak mengopek, maintain macho. Sekarang ni lantaklah. Kau nampak pun, ada aku kesahh? Tak payah nasihat sebab aku lebih banyak makan garam dari kau, Moli, anakku yang gatal.

 

044

Tangan siap ramas2 lagi selimut tu sampai berlubang tau kain selimut akak.

Husband akak cakap, "Dah you kutip tepi jalan, tak tau asal keturunan, macam tu lah jadinya. "

Nasib baiklah kucing2 akak ni mandul. Kalau tidak merebak pulak baka sakit jiwa ni. Tapi sakit2 jiwa pun tetap fruit of my heart and  diamond umbrella pada akak. Alah, buah hati intan payunglah. Buruk na kalau ditranslate kan. Manalah orang dulu2 dapat kiasan macam ni kan. Intan dan buah hati tu boleh fahamlah, tapi tang payung tu, musykil sikit. Apahal lak tetiba ada payung. Agaknya zaman dulu susah nak dapat payung kot. Hahaha. Maaf keluar tajuklah pulak.

17 comments:

Irfa said...

stress kot sebab penah hidup terbiar
sian kan?

Aidah said...

Mungkin. Memang kesian sbb imagine, masih kecik lagi dan gigi pun belum keras dah kena buang tepi jalan. Nasib baik tak kena langgar.

Murni Alfathunnisa said...

Laa..apehal Moli sampai jadi gitu..? tengok gambar tu saya ingatkan sibuk tengah grooming diri sendiri...
rupa2nya pe'el lain pulak...kucing ni macam2 jugak habit diorang kan...

So Shy Lady (SSL) said...

trauma ke apa tuh si moli. daddy pon satu asyik mng**** eee t. malu!

Suara Kalbu said...

Warna badan Moli macam Bella saya kak.

Bella saya suka hisap kain sampai basah. Ikut sempat je dia tu. Kadang tu duduk sebelah saya, baju atau seluar saya pun boleh dihisapnya sampai basah kahkahakahakha

Aidah said...

Siti Murni,
Akak dulu pun ingat dia tgh grooming tapi bila kepala dia bergegar2 kena tendang tu, barulah akak tahu. Rupanya dia macam psiko sikit. Heheheh.

SSL,
Akak agak trauma lah tu. Tapi ni firstime akak tengok perangai pelik camni. Milo tu toksah cakaplah. Memang malu tau.

Akma_cikyong said...

hahaha tajuk akk bikin org yg sakit jiwa cz tekan laju2 sbb nak tgok sape yg masuk wad..haha
muka atok milo always gebus kebabum!

Aidah said...

Suara Kalbu,
Bella lagi buruk perangai ya. Tak sempat masuk bilik, kat mana yang sempat je. Hahaha. Parah betul masing2 dgn perangai pelik.

Akma,
Bukan niat di hati, dik. Hihihi. Cuma pagi tadi macam tu lah senarionya di bilik akak dgn 2 ekor kucing yang tak berapa betul ni.

Dinas Aldi said...

Sayu jugak saya baca kisah ni..wonder kenapa Moli buat macam tu..

Tapi bila sampai part fruit of my heart & diamond umbrella tu, habis la, the sayu spell was broken, sakit perut saya gelak!

Nini D.. said...

memang secocok sgtlah bakal menantu kita nih kak...dobot pon ada jugak masalah kesihatan.sawan gagap.pantang nampak semua benda yang merayap baik cicak,kumbang,cacing pon dia boleh jadi gagap..kalo nampak burung hinggap kat pagar, lansungla berjurai air liur dia sambil mata pandang tak lepas burung tu.kononnye kalo burung tu nampak air liur dia akan terpesona la kot..aduuuii..

punca sawan gagap?..
kecik2 dulu dia dpt kutu hanjing..boss pon mandikan la dia dgn ubat kutu lps tu kasik tunggu 30menet baru cuci..boleh pulak dobot g jilat bulu dia..haa,apa lagik.berbuih mulut sbb mkn racun.nasib baik panjang umur kak, tapi tu la..dptla penyakit sawan sampai ke tua..sadiss kan.

tapi takla sadis sgt sbb kelako bila setiap kali sawan gagap dia dtg..dah serupa dobot baca jampi serapah! hahahahaha

Naz said...

cian Moli..nightmare kot..

Nini D.. said...

kak...mana komenku??!!!! kikiki

Aidah said...

Dinas,
Bila fikir balik, memang rasa sedih, Dinas. Kalaulah akak tak jumpa macamanalah dia. Masa akak jumpa tu, badan dia kurus sangat. Kiasan orang dulu2 mmg kelasslah, kan.Hahaha.

Nini,
Nampak dari luar, tak tahu pun dia ada tragedi masa kecik. Kelakar pulak akak baca kisah sawan gagap ni. Hahaha. Mahap ya, Dobot. Eloklah tu, dah sesuei sangat dgn bakal tunang yang perasan baby ni. Walaupun...Hahaha.

Naz,
Ha ah. Memang kesian tapi sekarang ni dia paling bertuah sebab jadi kesayangan semua dalam rumah akak ni.

Nini,
Akak balik kampung, dik. Internet yileeek. Masalahnya wi-fi, setakat ada modem je tapi manjang tak de line esp weekend. Komplen dgn TM, dia kata suruh tukar modem, padahal dah 2 kali tukar sampai ratus2 kena bayar. Hari ni baru akak dapat tengok komen Nini. Hihihi. Mahap ye, dik.

Iz said...

Hahahaha... agaknya trauma si Moli tu masih ada kot kak. Masa kekecik terpaksa main tendang2 diri untuk hiburkan hati kotnya. Maklum la tak bertuan, takde toys pulak tu. Tendang diri sendiri pun best jugak, hahahaha

Khairunnisa' said...

Suka baca entri Akak yang ini. Penyusunan kata-kata, dicampur pula dengan ayat-ayat yang menggelikan hati. How can I be like youuuu!?

Nisa'

Aidah said...

Iz,
Sadis sungguh kan. Akak tak sangka kali ni dapat kucing sadis pulak. Kalau lepas bebas, boleh jadi serial killer ni. Hahaha.

Nisa,
Akak menulis seadanya, dik. Tak de yang istimewanya pun. Macamana akak berborak diluar, macam tu jugaklah akak menulis. Terimakasihlah sudi datang dan berborak dgn akak.

Nini D.. said...

ada sehat ka kak?bila mau tulis entry baru?