Pages

Saturday, 31 December 2011

Sama ke rupe kitew?

 

Hari tu masa kat Melaka ada sorang pelukis kat lobi hotel tu. Akak memang minat tengok keje2 org yang berbakat melukis ni. Lagi satu pelukis caricature ni selalunya pandai cari dominan features pada muka kita dan lukis dgn excellent sekali.

 

130 

127

Ada gambar potrait macam SRK ni dan ada juga caricature macam Mr. Bean tu. Akak memang ada jugak rasa nak suruh dia lukis gambar akak tapi malew gitew. Sebabnya kena duduk diam2 depan pelukis tu agak-agak 20 minit macam tu. Rasa awkward lah pulak. Takkan nak duduk tersenyum lepas tu malu tersipu2 macam nak mintak pelempang pulakkan. Kalau masam mencuka tak jalan jugak, macam nak carik gaduh pulak. Muka akak ni kalau serius pun macam nak cari gaduh jugak kengkadang. Sebab tu akak ni banyak tergelak je. Tapi apa hal nak gelak 40 harakat sampai 20 minit macam orang gila kan. Jadi lupakanlah.

 

065

Budak Arif ni tak pe sebab dia memang selamba dan ada lah sikit tak tahu malu tu. Sama tak rupe lam gamba tu.

 

157

En. AHBY pun buat jugak setelah dipaksa oleh akak. Nasib baik dia good mood, kalau bad mood tak de makna dia nak layan paksaan akak tu. Akak tengok rupe lukisan tu macam kelakar je. Tak macam suami akak pun.  Hahaha. Macam rupe sorang pelakun drama swasta kat TV tu yang dialog dia, "Biarkan je lah, Timah. Budak-budaaak......Besok dah besar panjang tahulah die...."  Betul tak? Kan, kan. Muahahahaha....uhuks, uhuks. (Haa, kan dah batuk, buat lagi gelakkan suami, berdosa tau. Uhuks. Maafkan Timah ya, bang. Tetiba.)

 

158

Budak ni pun kena paksa jugak ngan akak tapi ada upah dan kena janji sesuatu ngan dia. Dalam gambar nampak macam bibir tu terlebih seksi, ala Angelina Jolie pulak. Eh, ada rupa anak dia yang nama Shiloh tu pulak lukisan ni. Hmmm....adakah itu bermakna akak ni ada iras2 Angelina Jolie dan En.AHBY pulak iras2 Brad Pitt? Pengsan kejap. Bulu roma pun tak sama inikan pulak ghoman. Cit!

 

122

Inilah janji akak pada Farah. Kena janji yang mama pun akan duduk tersipu2 kat situ buat muka mintak penampar sambil orang tu lukis gamba akak. Ooooh, so awkward, I tell you! Tak reti nak buat muka ni haa. 20 minit yang sangatlah lama. Rasa nak terkenc dan terber pulak bila duduk dendiam tau.

 

144

Hahahaha. Inilah hasil lukisan akak yang teramat terhegeh2 muka kat depan pelukis tu. Kelakarnya muka akak ni . Macam ala2 kolumnis yang jawab masalah remaja kat suratkhabar tu, alah cik sri siantan ke namanya. Tak de lansung rupe akak tau kecuali bahagian dagu berlapis tu, memang sebijik. Hahaha. Dah rupe macam orang yang selalu bawak watak pengetua kat drama tv tu (pengetua taw).  Lepas tu dialog dia kan, " Saya sangat berpuas hati dengan usaha murni Cikgu Markonah mendidik pelajar bermasalah tu. Syabas cikgu, teruskan usaha lagi ya. *betulkan spek kejap* Saya harap cikgu-cikgu lain akan menjadikan Cikgu Markonah sebagai idola dalam kerjaya perguruan ini."    Kahkahkah. Macam tu lah lebih kurang. Entahlah, macam baiiiik je rupe lukisan dari wajah sebenar. Syahdu, redup semacam jeee, walaupun.

Haa, ada satu lagi dialog sesuai, " Pembaca sekelian, dikesempatan ini ingin saya mohon maaf atas kesilapan atau kekasaran bahasa dalam penulisan saya sepanjang tahun 2011 ini. Semoga tahun 2012 lebih mengeratkan lagi persahabatan kita. *betulkan mikrofon pulak * Dan saya juga ingin mendoakan agar tahun 2012 membawa seribu rahmat pada sekelian sahabat. Jangan lupa tujuan asal kita diciptaNya di atas muka bumi ini, ya. Sekian, wasssalam.  Err...Cikgu Markonah, sila ke belakang pentas untuk menyediakan meja jamuan ringan."  ( sungguh macam cikgu contoh betul cikgu markonah ni tau) Hihihi.

Friday, 30 December 2011

Tiap tiap hari nak mandy

 

001

Kat area rumah akak ni ramaiiiiii orang Arab. Ada spesies student, ada spesies dok melahu je, ada spesies peniaga dan ada jugak spesies yang duit terlampau banyak berguni2 tak tahu nak buat apa lalu beli apartment kat sini selama 6 bulan duduk bercuti je. Dah bosan duduk sini dia balik kampung dia balik. Beli pulak tu bukan setakat satu dua , habis dikautnya sampai 4. Dah banyak umurnya tu, sembahyang kat surau tu pun duduk atas kerusi je. Kalau orang tua kita mana  dia nak duduk obersi bila dah tua kan. Sebab nanti karang rindu pulak kat kambing ayam itik lembu dan serba serbi ternakan yang nak dibela kan. Kalau akak dah tua pun akak duduk dendiam je kat rumah kot.

Kalau dah ramai mamat Arab tu, banyak lah jugak restoran Arab ni kat area rumah akak. Macam artis realiti munculnya, kemain banyak lagi. Jadiknya hari tu akak cubalah makan Mandy Chicken tu. Akak sebut Mandy tu macam mandi  bukan 'mandy' style barry mannilow tu tau. Macam tak sampai hati je nak sebut macam nama mat saleh kan. Bila dah cuba sekali, nak lagi dan lagi dan lagi........

 008

Nasi dia ringan je, ayam tu dibakar, masuk segala rempah dalamnya. Akak paling suka sambal cili dan tomato dia tu. Sedap sangat. Akak tak tahulah camane rasa yang Haddramawt punya. Tapi restoran ni namanya Al-Saeeda. Satu pinggan tu memang banyak dan boleh share berdua kalau ruang perut adalah normal. Untuk ruang perut yang agak besar tapi tetap berwajah comel menawan, bolehlah makan sepinggan, tiada salahnya. Harga sepinggan ialah RM11.

 

009

Untuk tidak memanjakan lemak dan nafsu di badan, akak buat fettucini black pepper chicken untuk diri sendiri. Rasakan kau, wahai nafsu! Nyam, nyam, sedap jugak, kata nafsu. Hehehe.

Thursday, 29 December 2011

Busy day

 

Hari ni akak dah sibuk dari pukul 5 pagi lagi. Mengejutkan anak2 terutamanya Arif yang akan pergi orientasi hari ni. En.AHBY pergi kerja dan akaklah yang akan menguruskan semua hal sekolah Arif. Farah dah selesai hal sekolahnya, tak payah sibuk2 nak sediakan dia jugak. Tapi akak angkut dia sekali untuk jadi PA akak. Kemain retis, ahkak sekarang ni tau. Siap ada PA. Ya lah, akak ni bukan sihat sangat. Ada masanya tu terpitam jugak. Lupa akak nak stori. Ada satu pagi tu, akak keluar nak beli sarapan kegemaran, nasi kerabu ayam percik. Tetiba aje akak pitam masa tengah beratur menunggu nasi kerabu tu. Dalam hati dah panik sesangat. Camane nak drive balik rumah, jauh jugak adalah lebih kurang 6 km kot. Takkan nak jalan kaki, lagilah pitam. Masa tu akak cuma tawakal pada Allah. Mulut pulak kumat kamit baca apa2 yang patut. Yang peliknya bila selesai baca ayat kursi, hilang rasa macam nak pitam tu. Tapi tak lama lepas tu datang balik. Akak pun suruh anak2 baca sekali. Alhamdulillah akak selamat sampai rumah, bawak pecutlah jugak sebab nak cepat sampai rumah, ambil wudhu dan baring atas katil.  

Yang sebenarnya akak tak heran bila kena macam ni sebab dulu lagi selalu. Akak pernah sakit lama sampai dekat setahun. Bila pergi check doktor, amik ujian darah termasuk untuk kanser sekali, tak de apa2 yang tak kena. Akak sihat je, kalau ikut ujian doktor. Akak pernah jugak buat ECG bagai tapi semua okey. Alhamdulillah. Cuma yang peliknya bila selalu tak sihat rasa macam nak pitam. Doktor kata akak stress sangat. Tak tahulah nak cakap. Sekarang ni akak cuma amalkan beberapa surah dalam Quran yg disuruh ustaz2 dan org alim. Mohon dan berserah pada Allah saja.  Akak memang pernah kena ganggu tapi tak payahlah citer pasal gangguan misteri akak sebab nanti semua orang termasuk akak pun takut nak baca n3 ni. Hahaha.

Haaa, amek kau, jauhnyaaaa menyimpang citer akak hari ni. Meh kita cepat2 U turn kat traffic light depan tu ya. Yang sebenarnya nak citer pasal hari orientasi budak yang dah besar panjang dan masuk sekolah menengah ni.

 

228

Ini last day dia di sekolah rendah. Tadi lupa pulak nak amik gambar dia pakai uniform sekolah menengah buat pertama kalinya. Tak pelah, hari Rabu next week akak akan ingat nak amik.

 

PC291219 Akak antara yang terawal sampai, duduk kat kerusi baiiiik punye, bawah kipas. Nyaman je sampai nak terlelap dengar gurubesar berucap kat depan tu. Kalau kena amik ujian lepas ucapan gurubesar ni kompom akak fail sebab ngantuk sesangat. Kehkehkeh.

 

PC291223

Dah besar dah budak ni. Harap Arif belajar bersungguh2 dari hari pertama sekolah ya, nak. Mama doakan Arif berjaya mencapai cita cita dan menjadi anak soleh dan anak murid yang menyejukkan hati cikgu2 yang mendidik. Amin.

Wednesday, 28 December 2011

WW: Clockwise and anti clockwise.

 

Assalamualaikum,

 

Which one is which?

 

024

Tuesday, 27 December 2011

Menciknyeee aku kat mama aku niii.

 

119 Aaarrrrgghhhhhh!!! Tolon, tolon.

Haa, macam tu lah rupanya adegan memaksa Milo makan. Seksanya. Terlampau ganas gambar ni sampai blur jadinya.

 

110 Walaupun ada masa dicakar jugak sampai berdarah tangan, akak tetap sumbat makanan pakai syringe tu ke dalam mulut dia. Kena sembur balik je entah berapa kali. Habis kepala dan muka kena makanan dia tu balik. Nasib baik bau macam ikan tuna dalam tin tu. Yang peliknya bila akak pujuk cakap sayang2 kat dia, barulah dia mahu telan ubat dan makanan yang disumbat tu. Haiiih, mengada betul orang kucing tue ni.

 

 112

Dahlah nak sedut masuk dalam syringe tu macam sembelit. Rasa macam nak potong je muncung syringe tu bagi besar sikit lubang dia.

 

134

Inilah perkakas Milo setiap hari untuk rawat sakit perut dia tu. Yang hijau tu untuk mengepit ubat tablet dan shoot masuk terus dalam tekak dia. Silap haribulan tangan kita dingapnya dulu. Syringe halus biru tu untuk bagi dia minum air. Dan akak jugak kena bukak kitab untuk menuntut ilmu merawat kucing demuk yang sakit ni.

 

137 Macam ni lah Milo bila dah selesai bagi makan ubat. Menyampah habis dia tengok muka akak. Bila akak dekat je mengrrrreeeem je dia. Cepatlah elok, Milo. 

Monday, 26 December 2011

Bila Milo tak sihat.

 

Betullah cakap orang, kalau sayangkan kucing, apa pun sanggup kita buat untuknya. Kalau sape yang penggeli atau tengah makan tu, tak payahlah baca part tengah ni ya. Tengok gambar tak pe.

Hari khamis malam jumaat hari tu, Milo muntah-muntah. Lepas tu siap ter *toot* di alas kaki depan bilik mandi akak ni.  Masa ni poop dia tu masih berketul2 dan senang nak buang dan tak de lah semerbak sangat baunya. Selang dua jam lepas tu, dia termuntah lagi. Akak dah rasa macam ada yang tak kena, sebabnya kalau hairball tu, sekali je dia termuntah. Lepas tu siap dia tak selera lansung nak makan. Tengok makanan pun macam menyampah je. Badan pun macam lembik je. Part nak tengok perubahan kelembikan badan ni susah sikitlah sebab kalau hari biasa pun Milo ni bermalasan terbaring je kan. Tapi bila diiringi dgn tak selera nak makan tu, akak risau jugak. Seharian tu dia tak makan dan minum. Bagi makanan basah yang lazat sehingga menjilat hidung tu pun dia melengong je. Petang tu, akak bagi dia minum air zam-zam sikit, itupun kena pakai syringe. Immediately lepas bagi air tu, dia terus muntah2. Malam tu, akak tak tidur sebab kesian sangat tengok dia. Bila tidur dalam katil bakul dia tu, nak gerak pun dia tak berani, sakit perut memulas2 agaknya. Lepas tu kadang2 mulut dia macam terkulat2. Bila nampak dia macam tu, akak bangun dan bagi dia minum air pakai syringe lagi. Pagi tu, bila hantar dia ke toilet dia tu, dia punya poop dah macam watery sikit dan baunya uuuumaaangaiii, busuknyaaaaa. Kali ni, akak tak boleh tunggu lagi, kebetulan En.AHBY tak kerja hari Sabtu tu, jadi kami pun hantar dia ke vet.

 

PC241207

Lembik je dia duduk dalam kereta tu. Farah pulak pergi amik kursus 5 jam belajar memandu tu hari ni. Jadi akak lah yang menguruskan segala bagai untuk Milo. Nasib baik Arif assist dan En.AHBY bawak kereta. Akak pergi Klinik Haiwan Mesra kat Bandar Baru Bangi tu. Dr. Wan, owner klinik tu husband kawan baik akak. Walaupun selalu jumpa dgn kawan akak tu tapi ni baru first time pergi klinik haiwan husband dia. Selalunya kami pergi klinik kat PD je. Klinik Haiwan Mesra tu sangatlah selesa dan kedainya juga besar dan lengkap dengan semua keperluan untuk pets ni. Rasanya lepas2 ni kami nak ke situ jelah kalau ada urusan sebab dekat je dgn rumah akak. Semua jenis makanan ada jual dan yang penting ada RC juga. Nak beritahu jugaklah, RC naik harga sebanyak 8% tahun depan. Haiiiihhhh....apa nak buat, sume mau naik, turun tada, yiileekkk!!

 

PC241209

Ni masa lepas amik temperature kat buntuit tu. Punyalah marah Milo bila di perlakukan sebegitu, tak rela tauuu!! Doktor tu force fed jugak dia sebab dah more than 24 hours dia tak makan. Kucing obese ni kalau dah tak makan sehari memang sangat bahaya sebab liver dia boleh rosak dan organ2 lain pun boleh shut down. Silap hari bulan boleh kena jaundice.

 

PC241213

Masa ni pulak nak bagi makan ubat. Punyalah susah, antibiotik yang pahit tu dikunyah2 nya. Lepas tu berbuih2 air liur dia keluar. Doktor cakap sebab ubat tu pahit.

 

 

PC241214

Masa ni dah tahap maksima gaban kemarahan dia tu. Mulut tu terkatup rapat. Tepi2 mulut tu keluar air liur dia yang berbuih tu. Pandang akak pun kemain beliak lagi. Semua sekali 3 jenis ubat. Adoooiiiyaiiii, susahnya doktor tu nak bagi dia makan ubat tu. Nasib baik tak berdarah2 tangan doktor tu digigitnya. Mungkin sebab Milo dah tak bertenaga sangat sebab dah lama tak makan kan.

Lepas selesai dgn doktor, akak pun shopping sikit kat luar tu. Beli makanan dalam tin yang lebih hancur dari Whiskas packet tu, beli baju Moli, beli collar Moli. Semua bill termasuk shopping tadi adalah RM108.00. Tak pe lah, sayang punya pasal. Akak rasa bill ni boleh tahan lagi, kalau kat Ikano tu, Milo pernah amik darah dan cucuk multivitamin masa dia demam dulu. Dan bill adalah nearly RM300.00 (sila urut dada sekejap).

Tapi doktor manusia kat Klinik Mesra Teluk Kemang tu cakap, kalau manusia yang sakit bill taklah setinggi tu. Agaknya bayaran tu disamping ubat ialah untuk keganasan dan ketakwarasan haiwan yang dirawat tu kot. Manusia senang nak cakap sakit kat mana kan. Lepas tu makan ubat pun tak payah nak jolok2 masuk dalam tekak tu. Dan yang paling penting, manusia tak gigit tangan doktor. Lainlah kalau dia vampire ke kan. Jangan marah ye, puan Alang. Hehehe.

Daaannn.....dari hari sabtu hingga hari ni akak bersilat dgn Milo sebab kena bagi dia makan ubat 3 jenis tu dan kadang2 kena force feed dia. Ada masanya jugak akak jadi cacai untuk bersihkan *tooooooooooooot* dia tu (*toot* kena panjang sikit dari biasa sebab efek bau yang sangat melemahkan semangat).

Esok2 akak citer lagi rutin makan ubat Milo di rumah pulak.

Friday, 23 December 2011

Keanehan dalam kesempurnaan

 

Waduuhh! Tajuk macam bagusss je tapi isi tetap merapu. Hehehehehe.  Hari ni akak nak cerita sikit pasal kaki.

Macamana asalnya kaki itik budak ni. Cuba tengok tu, besar dan leper kat depan.

092

Masa kecik dulu dia suka jalan tunjit2 dan suka bounce dalam crib dia tu. Tinggi tau dia lompat. Lepas tu mesti guna hujung kaki je. Memanglahkan, mana ada orang lompat  guna whole tapak kaki kan, mahu bergegar tulang semua. Satu hari je beratus2 kali dia lompat laju2 dalam crib dia tu terutamanya kalau akak bukak TV.  Puas akak pegang badan dia kengkadang sebab tak nak bagi dia lompat tapi lama mana lah pulak akak boleh pegang dia. Haa sekarang ni terimalah padahnya, tak dengar cakap mak. Kan ke dah meleper dan meluas kaki  kat depan tu.

 

114

Cukup susah nak cari kasut sesuai dengan dia. Kalau cutting tak sesuai memang sempit di depan dan longgar pulak dibelakang. Kadang2 nampak macam pakai kasut clown pun ada. Kehkehkeh. Tapi cari punya cari, Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. Itupun size 10. Baru 12 tahun tapi kasut dah saiz 10.

Akak pun ada jugak masalah kaki. Bukan qiudis atau yang sewaktu dengannya tapi kaki akak panjang sebelah tau. Hahaha. Kalau diukur yang sebelah kanan tu nak dekat 1 inci lebih panjang. Cukup seksa nak beli kasut bertutup kat depan. Nak selamat, beli sandal hitam dan pakai stokin hitam. Sekurang2nya dari jauh nampak macam kasut bertutup semua.

Hari tu akak pakai kasut crocs yang jenis 'medic shoe' tu. Sangat selesa tapi itulah akak cakap, kaki panjang sebelah kan. Takkan nak beli dua pasang saiz berbeza kan. Sepasang je dua ratus lebih harganya, 2 pasang dah RM500. Lepas tu takkan nak buang yang sebelah kasut tak dipakai tu kan. Sangatlah tak logik di situ. Akak pakai jugak tapi lama2 kuku ibu jari akak yang kanan tu macam lebam sebab terhimpit kat hujung tu kan. Habis camno?

En.AHBY suruh akak tempah je kasut tapi akak malaslah sebab mesti mahal. Lagi pun akak bukan ke mana pun. Duduk rumah saja. Biarlah akak tatap je kaki pelik ni dan bersyukur Allah  kurniakan kaki yang sangat sempurna. Alhamdulillah.

 

 

082

Pernah main tak game, 'ti ta ko ti, beli gula 3 kati, mak pergi pasar, adik nak pesan reben warna apa?'  Adik pun jawab "warnabiru." Lepas tu kita eja B,I,R,U sambil tunjukkan kat jari mana huruf U tu kena. Lepas tu kita lipatkan jari yang kena tu. Begitulah, sampai pemenangnya pada sape yang first sekali terlipat semua jari.  Haa, Milo dgn Moli tengah main game tu lah. Tapi akak musykil camana dia nak lipat jari kedalam nanti. Hmmm.....

Thursday, 22 December 2011

Milo yang anti-Wahau.

 

 

Tak tahulah akak kenapa kucing 2 ekor ni tak boleh berjumpa. Mengggerrrrrrem je dua ekor ni. Entah2 parti politik dia lain2 kot. Baka memang tak samalah tapi apa hal anti sangat.

 

005

Milo dengan muka menyampah terlampau kat Wahau. Si Wahau pulak dengan muka, 'engkau tak nak, aku lagi tak hingin!'. Moli pulak duduk terselit kat Milo tu, nampak mata je. Milo ni dah mula memasukkan jarum hasutan kat anak dia, Moli tu. Moli bila jumpa Wahau, siap sembur2 lagi tapi kucing kecik ni kalau sembur pun bukannya ada apa, cuma macam spray mist je. Hahaha. Agaknya Wahau dengan bongkak cakap, " Kalau nak lawan aku, datang sendiri face to face lah, Milo. Apa kelas hantar budak kecik ni. Aku lempang sekali tercampak celah lemari. Muahahaha." 

 

028

Ada satu pagi tu, si Milo tengah syok2 usha burung kat balcony rumah. Tetiba si Wahau datang sebelah tanpa rasa takut macam samseng je. Moli pulak hasut2 daddy dia, Milo tu. "Daddy! Look Daddy! That enormous ugly cat is at your nine o'clock! Finish him off, Daddy!" (kemain speaking si Moli ni kan)

 

029

Milo pun apa lagi. " Cis! Berani kau keluar dari bilik dan datang duduk sebelah aku! Dahlah gumuk, kusut masai pulak tu."

 

 

006 Haaa? Cantik gebus macam ni kau cakap kusut masai, Milo?  Tak faham ke yang Wahau ni kan macam ala2 mat saleh datang Malaysia kan. Mixed tu bukan kucing kampung kan walaupun dipungut jugak. Hehehe.

 

035

Lepas bertikam lidah semua tu, ada lah aksi aku tampar kau, kau tampar aku yang agak mencemaskan. Cuba tengok, bulu Wahau bersepah sana sini atas carpet tu. Akak tak sempat amik gambar pun sebab kalut jugak menjerit2 nak pisahkan kucing 2 ekor tu. Tapi ayat skema akak bila ditanya mak, " Ianya berlaku dengan sekelip mata saja, omak!". Mak akak masa tu cemas betul, takut Wahau cedera ke apa. Tapi akak tengok tak de apa2 luka pun  sebab hanya bulu je yang tercabut sikit, tak botak pun. Lagipun dia kan mewah bulu, memang patut dikenakan zakat sikit.  Walau macamana pun Wahau terus dimasukkan ke dalam bilik untuk rawatan kecemasan dan observation. Tapi sebenarnya nak bagi tarbiyyah sikit supaya dia amik iktibar.   Masa scene kecoh2 tu manalah pergi Moli agaknya.                 

 

033 Si penghasut ni menyorok belakang langsir ni. Memang dasar pengecut tau. Macamlah orang tak nampak dia. Kucing sekor ni dah mula menunjukkan kelakuan tak semenggah. Nak kena babab ni tau.

Wednesday, 21 December 2011

WW : Sedih dan rindu

 

 

005

 

013

Mak dah balik PD.................

Akak?  Homesick pulak macam baru balik asrama.

Dua2 meleleh airmata sepanjang petang semalam.

 

p/s : Bukan wordless wednesday tapi less word written on this particular Wednesday, boleh?. Hihihi. (cikgu Dinas, kalau akak salah tolong betulkan ya.)

Tuesday, 20 December 2011

Tetamu VIP

 

Dah lamaaa mak akak tak datang ke KL ni. Last time dia datang masa nak pergi KK iaitu bulan June lalu. Sejak akhir2 ni kaki mak akak makin lemah dan dia tak boleh jalan tanpa tongkat kaki empat tu. Dengan bantuan tongkat pun kaki dia menggigil2 je bila berjalan jauh sikit. Hari tu akak belikan wheelchair utk disimpan kat rumah akak ni supaya tak susah dia menapak dari kereta ke lif.

Alhamdulillah dah masuk 5 malam dia tinggal di rumah akak ni. Hari ni dah nak balik PD semula. Mak akak tinggal dgn akak ni pun sebab puan Alang bercuti dgn familynya. En.AHBY pulak dah mula bertugas jadi akak tak boleh nak temankan mak di kampung. Maka adalah rezeki kami nak jaga mak sepenuhnya selama 6 hari ni di rumah sendiri.

009 Kalau nak jaga mak kena amik package tau. Si Wahau ni kena ada sekali. Hehehe. Mak akak memang tak boleh tinggalkan kucing kesayangan dia ni. "Bukan kojap, lamo den duduk umah kau tu. Takkan nak ditinggalkan Wahau tu. Nak bawak omak, angkut Wahau sokali!", kata mak.

 

026 

Tapi insyaAllah tak susah nak jaga Wahau ni sebab dia kencing dan berak dalam bilik mandi cuma nak naik atas toilet tu susah sikitlah. Tapi kalau bab makan dan minum adalah agak kelakar sikit. Bekas minuman mestilah baldi besar tu dan mangkuk makanan pulak mestilah mangkuk kaca yang berat sikit. Kalau tak dia memang tak makan dan minum. Mak akak marah jugak kat Wahau, " Lenkali kalau nak datang sini, ingat bawak baldi untuk minum. Gayatlah kau ni Wahau!" Kahkahkah. Akak gelak je dengar mak akak cakap dgn Wahau tu. Kelakar sangat. Siap dia bagi duit kat akak suruh beli baldi plastik yang bertangkai macam tu untuk kasi Wahau minum. Akak cakap, tak payahlah beli lain, mak. Pakai je yang ada kat rumah ni.

Maka dengan adanya mak akak dirumah ni, akak pun tukar perwatakanlah pulak. Macamlah mak akak tak kenal sape sebenarnya anak dia ni. Cukup rajin akak ke dapur memasak hidangan lengkap setiap hari (puji diri sendiri, nampak). Setiap hari kena ada sayur, ulam dan lauk utama. Semalam siap masak spaghetti, nasi goreng, lepas tu siap starter lagi tu iaitu sup cendawan. Kalau tak ada tetamu VIP, akak ni ringkas je. Ada lauk satu cukup, kadang2  kari ikan tu diduetkan saja dgn terung atau bendi. Cukup sayur dan ikan dalam satu hidangan. Memang dasar pemalas. Petang2 dgn adanya mak dirumah, ada minum teh tau. Kadang2 akak goreng mihun, buat kuih udang, macam isteri mithali merangkap anak solehah je rupa akak selama 6 hari ni. Kahkahkah.

Walau macamana pun ada jugak yang dibeli, terutama yang mak mengidam sangat tu iaitu ayam yang dimasak oleh boipren lama mak yang kami panggil Uncle Kenny Rogers. Lepas tu mak pun ada jugak teringin nak makan makanan yang dah digam tu. Apa lagi, nasi beriani gam Johor di Putrajaya. Akak pun lajuuu je pergi beli makanan yang mak pesan tu sambil tersenyum lebar. Anak mithalilah katakan. Padahal bukan tak tahu kan, happy kemain dapat cuti masak 2 hari. Kehkehkeh.

Tapi akak pasti bila mak balik nanti, akan sunyilah semula rumah ni. Aura mak tu yang akan paling kami rindui nanti. Kalau mak ada memang rasa damai je dalam rumah. Yang pasti bilik Arif tempat mak tidur akan melekat bau macam spa bali sebab bercampur perfume, losyen halia, tiger balm dan macam2 balm lagi yang diurut mak pada kakinya setiap malam. Berebut2lah budak dua orang ni nak tidur di situ sebab ada bau Wan, katanya.

Hmmm...entah bila lagi rezeki mak nak datang sini lagi. Mohon pada Allah agar mak sihat dan kuat semula. Amin.

Monday, 19 December 2011

Masih hari kedua: Menara Tamingsari

 

Tak bergerak lagi dari citer hari kedua. Maklumlah kan akak ke Melaka sekejap saja, katanya 3 hari 2 malam kan. Lepas dah memborong makanan tu akak menapaklah agak2 50 meter je ke Menara Taming sari.

047

Tu yang tertulis kat sini, macam mahallah pulak tapi rupanya untuk mycard holder ada diskaun 50%. Semua sekali adalah RM38.00 sebab En.AHBY kira senior citizen. Senior citizen kew?

 

 049

Sebelum beratur nak naik tu, ada 3 orang budak tahan kami suruh kami bergambar kat gambar tu. Dia cakap," Kami tak paksa akak beli gambar tu tapi boleh tak akak amik gambar kat situ" Akak cakap, " Tak pe lah dik, akak tak naklah" (akak kan pemalu, tak koser amik gambar kat situ lepas tu orang yang dah beli tiket tu pakat tengok ramai2 kan. Malu taw. Hehehe) Lepas tu budak tiga sekawan tu tak putus asa lagi. " Ambik je kak, kami tak paksa pun akak beli gambar tu nanti." Sambil tu dia siap block kami utk jalan ke depan. Dalam hati, akak fikir, buat apa nak amik gambar kalau kita memang tak nak beli kan. Walaupun dia buat fotoshop bagai, akak masih tak minat. Lepas tu akak pun cakap lagi, " Tak pe lah dik, akak tak naaaaak" (berlagu2 lagi tak nak akak tu). Budak tu pun muka kelat je mengangguk dan biarkan akak jalan terus untuk beratur.

 

 

050

Punyalah ramai orang time cuti sekolah ni tapi dalam 15 minit je tunggu sebab sekali naik boleh sampai 66 orang.

 

071    057

059 087

Memang gayat hokey, kat atas tu. Dah lah cermin je keliling tu. Nasib baik lantai tak cermin. 80 meter tingginya. Mana tak gayat kan. Berpeluh2 jugaklah tapak tangan. Untuk tak bertambah takut, akak tak berani pun pandang directly ke depan cuma tengok thru lens camera sahaja. Hehehe. Penakutnya kan. Masa turun tak best sangatlah tapi masa naik memang best. Walaupun agak kegayatan tapi akak rasa berbaloi lah naik kali ni. Last time cuma Arif dan En.AHBY je yang naik.

 

072

Penuh jugak kapasitinya masa tu, cuma ada 3 seat kosong. Okeylah jugak naik Tamingsari ni sebab cantik pemandangannya dan duduk kat dalam tu pun sejuk dan selesa ja. Sambil duduk kat atas tu dia pun pusing 3 kali untuk kita view semua pemandangan.  Jangan risau sebab pusingannya pun perlahan je kat atas tu.

Lepas tu menapak lagi 100m ke Dataran Pahlawan. Apa lagi, shoppinglah. Akak tak de lain, baju kelawar. Batik trengganu di kedai Seem Noor dan Noor Arfa memang cantik2 designnya. Si Arif beli kasut dan baju Spongebob, Farah pulak beli skirt dan jaket. En.AHBY macam biasa muka kerut sebab nak kena keluar duit. Hehehe. 

 

 147 148

149

Malam tu pergi turun bawah makan di K5 Cafe kat hotel tu. Sedap jugak makanannya tapi yang sangat berbaloi untuk dienlarge dan ditepek diblog ialah macaroni and cheese ni. Sangat sedap segala mushroom dan chicken yang diletak kat dalam tu. Yang lain tu biasa2 saja. Farah yang order ni, akak cuma jamah manje2 saja sebab katanya allergic kat cheese kan. Manyak lugi lor! Tak pe lah kan, adalah hikmahnya Allah jadikan macam tu. Kalau semuanya akak boleh makan mahu bertambah tonggong akak ni. (tonggong tu maknanya debab melampau terutama di punggung tu. Hehehe)

Macam tu je lah citer hari kedua. Esok kami balik dah.

Saturday, 17 December 2011

Hari kedua di Melaka : pergi kerjE kitE bersaME orang MelakE

 

 

024

Pagi lagi kami dah turun breakfast sebab kononnya menurut tour guide rombongan kami iaitu ahkak jugak, aktiviti adalah sangat padat.  Arif dah mula menyuap sementara yang lain2 masih sibuk mengumpul makanan di meja untuk dipolok2kan masuk dalam mulut.

 

023

Pagi lagi kami dah turun jadi orang tak ramai sangat. Selesalah sikit kan, kalau tak tu macam berlaga2 pulak masa nak mengambil makanan kan. Dalam pada sibuk menyuap tu sempat jugak jeling kiri kanan. Lepas tu ternampak pulak kelibat familiar kat sini.

 

025

Jumpa pulak dgn artis popular ni haa. Sape tak kenal, baiiiiiiik punye. Hehehe. Yang sebenarnya, waiter ni memang sangat iras muka Dafi. Akak pun tanya dia, pernah tak orang cakap, muka you ni macam Dafi. Dia cakap, selalu. Lepas tu, en.AHBY pun request amik gamba dgn dia. Nama sebenar dia Syahirin kalau tak silap akak tapi memang baiklah orangnya, senyum sentiasa dan sangat peramah. Selalu jugak layan kami berbual bila kami turun makan.

 

PC121201 Dah kenyang makan, kami jalan kaki depan hotel tu untuk tunggu bas panorama  hop on hop off ni. Konon nak tour bandar Melaka kan, tapi rupanya bas ni dah macam public bas untuk angkut orang pergi kerja bagai. Maka pada pagi Isnin tu kami turut menyesakkan pengangkutan pergi kerja orang Melaka. Hahaha. Sebenarnya akak pernah jugak naik bas panorama ni 3 tahun dulu tapi dia pakai bas double decker tu maka sesuailah sightseeing namanya tapi kali ni guna bas biasa je sebab bas double decker tu rosak. Dah bertahun rosak katanya. Macam rombongan tah ape2 kami pada pagi tu melawat bangunan tempat kerja orang. Siap bersesak dgn mat bangla atas bas tu. Kelakar betul dan gambar pun tak dapat nak amik sangat sebab cermin bas macam  kelabu keladak je.

 

PC121204 

Setelah membazir masa agak sejam lebih, kami pun tekan loceng dan berhenti di depan kapal antik besar tu. Ini pun driver bas tu  yang cadangkan sebab dia pun agak kepelikan dan kesian dgn kami yang muka keboringan duduk dalam bas mengiring orang pergi kerja. Apa hal kan. Kat sini akak borong lagi belacan yang dah siap bakar, cincaluk yang dah siap campur bawang dan cili (pemalas betul akak, kalau boleh semua nak segera dan siap nganga mulut je). Ada satu keropok sedap kat sini iaitu keropok geragau, memang ngam rasanya pun akak borong jugak.

 

035 039

Haa, ni lah dia 2 gambar semenggah yang berbaloi nak masuk blog, masa akak mengiring orang pergi kerja dalam bas panorama tu. Yang lain cuma gambar pejabat sahaja. Hahaha. Okeylah sambung lagi esok2 ya sebab kat rumah akak sekarang ni ada tetamu VIP.