Pages

Friday, 9 December 2011

KE MelakE kitE

 

Semalam anak akak, Farah, baru selesai SPM. Punyalah lama, dekat sebulan baru selesai. Lepas tu dah adatlah budak2 ni bila abis perang buku, mulalah menggeletis ajak berjalan. Mak bapak jugak yang berpeluh cari bajet. Dua tiga jam jugak bermesyuarat laki bini. Terkeluar tajuk je entah berapa kali. Lepas tu kalau mesyuarat2 macam ni, akaklah setiausaha/kerani, akaklah tukang bancuh kopi dan akak jugaklah pegawai research yang tak bertauliah. Pendekata macam pekerja rencamlah akak ni. En. AHBY pulak pajak jawatan tukang keluar duit sambil berkerut2 muka dan misai bagai.  Misai pun dah memutih akak tengok. Muahahaha. 

Destinasi paling simple ialah Melake. Cadang nak ke Penang sebab dah 2 tahun tak ke sana, tapi kerana kesuntukan masa dan kekurangan bajet, maka Melake menjadi pilihan. Kalau nak pergi Penang agaknya mesyuarat AJK je makan masa bulan2 kot. Lagi pun si Farah belum hilang trauma naik kapal terbang.

Hari ini akak nak buat banner 'Jom ke Melake kitee' untuk dihias tepi kereta supaya lebih jitu dan mantop pemanduan En.AHBY.  Sambil2 buat banner tu tengah pilih jugak gambar2 yang diambil masa ke Melake sikit masa dulu. Sebenarnya tahun ni je dah 3 kali ke sana tapi trip yang pendek2 je, bak kata En.AHBY nak kentut pun tak sempat (apahal akak sekarang ni cukup ingat hal kentut2 ni). Hahaha.

 

 

192

Air terjun jadian ni menyambut ketibaan kite kalau ke Melake. Cantik tapi kalau nak mandi tak payahlah sebab akak rasa air tu recycle dari bawah naik atas balik.  Tak pasal2 dicop buang tebiat tetengah highway air keroh tu nak mandi air terjun lak.

 

060 Dah tentu banyak bangunan2 lama yang cantik2.

 

 

061

Kalau boleh nak pergi sini jugak tapi naik beca kena fikir doploh kali sebab dah lah tak pakai meter lepas tu kussemangat mahaaaaalnyee. Pak cik beca tu pun tak kuasa nak bawak akak agaknya. Kusssemangat katanya nanti. Hehehe.

 

 067

Yang pasti ini jadi destinasi Arif yang utama. Akak pulak kalau nak naik ni kena tengok keadaan cuaca dan kestabilan kepala.

 

068

Dan insyaAllah akan tinggal di sini 2 malam. Iyeee dua malam sahaje sebab masa tak mengizinkan di samping akak yang dah penat bancuh kopi dan menggoreng karipap untuk menu mesyuarat.  Okey, nak start packing, mintak diri dulu yee.

4 comments:

~mrs azmi~ said...

tahun ni kita dok tengok jela orang jalan sana sini... sambil verangan boleh g jalan jugak!

Dinas Aldi said...

Saya last time pi Melaka 3 tahun lepas kot..uish dah lama tu. Lepas jaga exam ni kalau jadik insyaallah nak pi. Tapi tak konpem lagi sebab pengerusi mesyuarat saya, setiausaha pun saya, AJK pun saya & drebar pun saya jugak, kahkahkah! Sabor jalah.

So Shy Lady said...

akak, kami pon dh lama t.jjak mlaka ni, ada rzeki nnti nk buat rombongn cik kiah ke sana jg. mesti sdap karipap akk tu ;D

Aidah said...

mrs. azmi,
Tak pe, yang penting kena verangan dulu.

Dinas,
Bestnyeee kalau jadi ahli rombongan cik Dinas. Bawak badan je. Hehe.

SSL,
Semenjak dua menjak ni kesitu je rezeki akak sekeluarga. Tapi setakat ni memang puas hatilah. Alhamdulillah.