Pages

Tuesday, 6 December 2011

Hasil tangguk di kedai buku.

 

 

026

Buku paling latest yang akak beli. Cantik buku ni penuh warna dan hadisnya semua dari Imam Nawawi. Imam Nawawi ni memang sangat terkenal terutama dalam menyumbangkan pendapat2 untuk mazhab Syafi'i, mazhab yang kita pegang untuk amalan2 seharian. Akak ingat dulu ustaz akak cerita ada satu mazhab tu, tak pasti apa dia, kalau kita kentut dan berbunyi pulak kentut tu, tak batal air sembahyang tapi kalau kentut tu kita tahan dan terlepas semula ke dalam usus maka batal air sembahyang. Macam tu lah serba sedikit ilmu kentut yang ustaz cerita masa sekolah. Pelikkan, kalau pasal kentut ingat je sampai sekarang, cuba pasal kumpulan gas nadir ke, ada akak ingat? Haraaaaaaammmm satu pun tak ingat.

 

028 Kan akak cakap, cantikkan. Penerangan untuk setiap hadis memang jelas, siap pengajaran lagi, nak bagi orang macam akak ni faham. Buku ni akak rasa sesuai jugak untuk bagi kat anak suruh baca sebab warna-warni betul. Harganya tak mahal RM23.00 sahaja dan ada dijual di MPH.

 

025

Tapi bukan itu aje akak beli di MPH. Ini pun akak rembat jugak. Lampu untuk baca buku sambil baring, malam2 bila orang semua dah tidur dan akak masih terkebil2 sorang2.

 

031

Mudah nak guna, gantung je kat leher macam tu. Lampunya boleh tahan terang kalau nak suluh buku. Kalau nak suluh benda lain memang tak bolehlah harap  sangat. Pendekata, kegunaannya hanya untuk baca buku, janganlah pulak dibuat untuk suluh luar tingkap kalau tetiba dengar bunyi pelik kat luar tu di malam hari ya. Silap haribulan benda kat luar tu yang tangkap kita dulu. Hihihi.

3 comments:

Dinas Aldi said...

Adoihhh kak, kuat pulak saya tergelak bila tengok Milo pakai lampu tu! Semua orang tengok kat saya di luar ni sebab saya gelak sorang2, kahkahkahkahkah!

So Shy Lady said...

hihi cute je lampu tu kak! buku tu pun mnarik btul. Sy dh lama t.bli buku... 2thn lpas bblanja dkat rm500 kt pesta buku smpai skrg t.habis bc lagi...malas punya psl :(

Aidah said...

Dinas,
Buat masa ni milo lah yang jadi model blog akak, yang lain tak kuasa nak pakai tudung dan tunjuk muka.

SSL,
Akak ni beli kemain rajin, baca sangatlah melambat. Kdg kena sound ngan asben. Hehe.