Pages

Tuesday, 13 December 2011

Equatorial Hotel, Melaka

 

Kalau pergi Melaka, memang inilah hotel kegemaran akak. Akak pernah duduk Mahkota Hotel. Okey jugak tapi agak buruk sikit. Lagi pun akak pernah tempuh satu kejadian seram kat situ masa kali kedua tinggal situ. Lepas tu lansung tak berani lagi.

 

 

085Hari tu akak duduk dibilik 2019 tapi kali ni dibilik 1622 pulak. Kedua-duanya ialah bilik premier. Kalau book terus di hotel ialah lebih kurang RM348++  untuk semalam dan dia akan bagi RM88.00 voucher sehari untuk kita spend di F&B outlet di hotel ni. Kalau book online samada di Agoda atau mana2 lah mungkin murah sikit tapi tak dapat voucher.

 

086 Bilik adalah luas dan cukuplah untuk sembahyang dua orang kat tepi katil tu. Lepas tu premier room ni yang bestnya ada day bed kat tepi tingkap tu.

 

102  Sangat cosy dan bagi akak memang berbaloi sebab anak2 pun tidur sebilik dengan kami. Dalam almari tu dah siap satu set bantal dan comforter untuk anak yang tidur di day bed ni.

 

107 Siap ada curtain lagi kat situ. Akak suka konsep day bed ni, boleh jimat duit, tak payah amik 2 bilik atau extra bed. Di Park Royal Penang pun ada jugak bilik macam ni tapi itu kalau kita tempah junior suite.

 

150 Pemandangan dari bilik juga sangat cantik. Itu yang bangunan tinggi tu ialah Holiday Inn, hotel baru umurnya, rasanya dalam 3 tahun kot. Sebelah tu ialah Mahkota Hotel. Dua2nya tepi laut.

 

159 Hotel ni terletak di tengah bandar tu berhampiran Dataran Pahlawan. Jalan kaki je kalau nak ke kubu A Famosa.

 

117 Makan kat hotel ni pun sedap2 dan yang pentingnya dapur hotel ni dapat sijil halal Jakim. Harga sepinggan nasi goreng tu kena buat2 tak nampak kalau tak nak selera terbantut ya. Buat tak tahu aje. Hehehe. Oh ya, Tiramisu tu sangat sedap.

Akak memang puas hati tinggal sini sebab layanan memang best. Kalau kita mintak extra pillow dan towels, cepat je datang hantar. Lagi satu bab toiletries pun tak berkira. Kalau nak replenish cepat je budak house keeping hantar. Maklumlah kan, kami satu family ni jumlah luas permukaan badan dan isipadu sangatlah lumayan. Takkan cukup sabun satu tiub kan. Akak pernah tinggal di Legends Water Home di PD tu, sangatlah kedekut bab sabun mandi dan syampu ni, terpaksa bawak dari rumah pulak.

069Suka tengok bunga hidup yang menyambut tetamu bukan bunga plastik. Kalau ada rezeki, nak kesini lagi sebab anak2 sangat suka ke Melaka, sejak akhir2 ini. Tapi hotel ni selalu full. Kalau nak datang kena book awal2, ya.

166 Punyalah ramai orang ke Melake masa cuti sekolah ni, penuh lobby hotel ni. Dan masa ni akak sangatlah malas nak bangun amik gambar, dari sofa lobby tu je akak snap sebab masa ni nak check out dah. Rasanya kalau pergi bercuti 3 hari 2 malam sangatlah meletihkan bila umur dah tua2 ni. Tengoklah kalau ada rezeki, rancang percutian yang boleh relaks dan santai saja dan tak naklah terlalu mengejar masa sangat.

7 comments:

Dinas Aldi said...

Nampak bestlah hotel ni kak. Saya suka la day bed tepi tingkap tu, nampak cosy ja. Saya dah berangan dok kat situ dah ni, haha! Pemandangan pun cantik :)

anamizu kaito said...

aaaaaaa makanan tu T______T






luv,
cik ana

So Shy Lady said...

ok jugak hotel tu kak bleh suggest kt hb klau g mlaka nnti. apacrita sram tu kak? ce cite

mama maman said...

besh gak eks.. tp kena booking awl la ye.. kami nih peel suka last minute.. sure la tak dapek kannn

Irfa said...

blog ni nampak sedap dipandang ;-)
nak view pun senang je

Aidah said...

Dinas,
Memang best, sebab yang paling penting dataran pahlawan walking distance ja. Katil pun sgt firm dan sesuai dgn org macam akak yang selalu sakit belakang ni.

ana,
Jemput....jemput. Jangan segan2 ya.

SSL,
Nanti akak citer tapi tunggulah ramai sikit korum barulah terlebih seram. Hihihi.

Mama maman,
Akak pun kdg2 last minute jugak sebab nak tgk cuti dulu, lepas tu kena ambil kira mak yang kadang2 tak sihat. Tapi insyaAllah thru internet selalu dpt kalau last minute cuma ada yg mahal jugaklah.

Aidah said...

Irfa,
Ye ke? Alhamdulillah, ada yang akak dah buang hiasan kat tepi tu sebab kdg rasa macam semak jugak.