Pages

Thursday, 22 December 2011

Milo yang anti-Wahau.

 

 

Tak tahulah akak kenapa kucing 2 ekor ni tak boleh berjumpa. Mengggerrrrrrem je dua ekor ni. Entah2 parti politik dia lain2 kot. Baka memang tak samalah tapi apa hal anti sangat.

 

005

Milo dengan muka menyampah terlampau kat Wahau. Si Wahau pulak dengan muka, 'engkau tak nak, aku lagi tak hingin!'. Moli pulak duduk terselit kat Milo tu, nampak mata je. Milo ni dah mula memasukkan jarum hasutan kat anak dia, Moli tu. Moli bila jumpa Wahau, siap sembur2 lagi tapi kucing kecik ni kalau sembur pun bukannya ada apa, cuma macam spray mist je. Hahaha. Agaknya Wahau dengan bongkak cakap, " Kalau nak lawan aku, datang sendiri face to face lah, Milo. Apa kelas hantar budak kecik ni. Aku lempang sekali tercampak celah lemari. Muahahaha." 

 

028

Ada satu pagi tu, si Milo tengah syok2 usha burung kat balcony rumah. Tetiba si Wahau datang sebelah tanpa rasa takut macam samseng je. Moli pulak hasut2 daddy dia, Milo tu. "Daddy! Look Daddy! That enormous ugly cat is at your nine o'clock! Finish him off, Daddy!" (kemain speaking si Moli ni kan)

 

029

Milo pun apa lagi. " Cis! Berani kau keluar dari bilik dan datang duduk sebelah aku! Dahlah gumuk, kusut masai pulak tu."

 

 

006 Haaa? Cantik gebus macam ni kau cakap kusut masai, Milo?  Tak faham ke yang Wahau ni kan macam ala2 mat saleh datang Malaysia kan. Mixed tu bukan kucing kampung kan walaupun dipungut jugak. Hehehe.

 

035

Lepas bertikam lidah semua tu, ada lah aksi aku tampar kau, kau tampar aku yang agak mencemaskan. Cuba tengok, bulu Wahau bersepah sana sini atas carpet tu. Akak tak sempat amik gambar pun sebab kalut jugak menjerit2 nak pisahkan kucing 2 ekor tu. Tapi ayat skema akak bila ditanya mak, " Ianya berlaku dengan sekelip mata saja, omak!". Mak akak masa tu cemas betul, takut Wahau cedera ke apa. Tapi akak tengok tak de apa2 luka pun  sebab hanya bulu je yang tercabut sikit, tak botak pun. Lagipun dia kan mewah bulu, memang patut dikenakan zakat sikit.  Walau macamana pun Wahau terus dimasukkan ke dalam bilik untuk rawatan kecemasan dan observation. Tapi sebenarnya nak bagi tarbiyyah sikit supaya dia amik iktibar.   Masa scene kecoh2 tu manalah pergi Moli agaknya.                 

 

033 Si penghasut ni menyorok belakang langsir ni. Memang dasar pengecut tau. Macamlah orang tak nampak dia. Kucing sekor ni dah mula menunjukkan kelakuan tak semenggah. Nak kena babab ni tau.

13 comments:

Suara Kalbu said...

Akak,

Ida dah jatuh cinta betul tengok milo dan moli ni. Kat Wahau yang gebus tu pun sama. Semalam masa nak tido duk sembang ngan suami cakap ida ada jumpa tucing demuk dalam blog kawan baru. Nama tucing demuk tu Milo, terus suami ida mengekek gelak. Cutenya nama.. kata dia hihihih

Ida pun bela 3 ekor tucing. Bella, Awie dan Oden hihihi.Bila lah nak demuk macam dioranng ni

Aidah said...

Milo cakap, dia terharu sebab walaupun demuk ramai orang sukeee. Waah! Kucing ida ada yang berlakun twilight, penyanyi dan tukang gunting rupanya (kat umah akak ada tailor nama oden). Hihihi.

~mrs azmi~ said...

boleh tahan garang jugak eh milo tu.. ke sebab diapi-apikan dek si moli??

Akma_cikyong said...

hahaha giles r!pepagi bace stoli si milo ngn wahau nie,wat akma tersengih2 jerk!superb lawok r :)
kihkihkih

Aidah said...

mrs. azmi,
Memang dia sangat garang, orang pun kena gigit. Tapi paling kelakar suara dia macam kucing betina. Shhh...rahsia tau!

Akma,
Tersengih je tak pe, jangan gelak guling2 macam bebudak kat rumah ni. Hihi.

So Shy Lady said...

ya allah gram sgt2 ksmua tu gebus yg amat haha

smpai tcabut bulu2, ganas sungguh! s pnghasut tu kah3x tau takut!

Dinas Aldi said...

Napa dema tak bleh ngam eh? Pelik jugak kan. Sampai tercabut2 bulu gaduh, huihhh!

Tak bleh tahan gelak tengok si Moli sembunyi balik langsir tu, kahkahkah!

Aidah said...

SSL,
Dah byk kali si penghasut tu buat cam tu tau. Yang daddy ni pulak ikut je cakap anak dia tu.

Dinas,
Akak rasa diorang tak leh ngam sebab ada sejarah dgn keturunan memasing kot. Dgn kucing kampung, Milo tu okey je. Agaknya Milo jeles dgn Wahau yang macam bagusss ja. Hehehe.

Akma_cikyong said...

lau akma xmalu,mmg niat nak guling2 jer dlm opis nie..haha
geli sungguh aty tgok keletah depa nie..

Irfa said...

comelnya...........
suka tengok je tapi x suka bela
hehe

Aidah said...

Akma,
Kalau akma ada kat rumah akak ni, sama2 lah kita gelak guling2. Hahahahaha.

Irfa,
Bela kucing memang menuntut byk masa dan leceh jugak kalau tak minat tapi akak suka maka tak nampaklah semua tu.

Nina said...

pandai milo didik anaknya,kecik2 lagi dah pandai speaking. yelah,kan milo asal kampung aje. haha. steady je wahau. takde geng pun rock steady!

Aidah said...

Memang speaking london je tu kat rumah ni. Wahau tu memang steady je, akak saspeklah kan, wahau ni macam ala ala godfather kat neighbourhood dia dulu. Hehehe.