Pages

Wednesday, 20 July 2011

Alhamdulillah. Semoga Angah tenang di sana.

 

 

Hari ini selesailah sudah segala hal yang tertunggak antara pihak penuntut dan arwah Angah. Selama 3 tahun saya dan suami menulis berpuluh surat rayuan untuk segala yang tertunggak yang membabitkan arwah.

Arwah abang saya meninggalkan kami secara mengejut 3 tahun lepas (kalau saya kuat, akan saya publishkan post mengenai arwah yang dah berbulan saya pendamkan). Pada usia 43 tahun, anak-anak pula masih kecil, wasiat pun tak sempat dilaksanakan. Wang simpanan pun tak dapat dikumpulkan. Banyak hajat dan cita-cita arwah terbengkalai begitu sahaja.

Bila dia meninggal dunia, saya dan suami terpaksa ke depan untuk menguruskan segala hutang piutang yang bukan sedikit. Siapalah yang tak berhutang kan, tambahan pula di usia begitu. Rumah (ada insurans) dan kereta pun belum habis dilangsaikan. Hutang dengan pihak hospital sahaja sebanyak RM184,000.00 dan insurans hanya melunaskan RM50,000.00 dari jumlah itu. Isterinya pula warga Thai yang dilahir dan dibesarkan di Mekah. Jadi dia tak berkebolehan membaca dan menulis dalam tulisan rumi. (tak pernah diajar di sekolah di Mekah sana). Anak-anak pula masih kecil, yang sulung masih menuntut di matikulasi.

Masa mula-mula arwah meninggal, kami sentiasa dihujani surat lawyer. Semuanya menuntut bayaran bagi pihak bank dan beberapa institusi lain. Selama 3 tahun ini, kami turun naik mahkamah. Stress betul masa tu. Dahlah saya kehilangan satu-satunya abang saya. Dialah tempat mengadu saya bila saya tertekan dengan masalah (kami sangat rapat). Nak berurusan pula dengan pihak berkenaan yang begitu cepat merujuk lawyer mereka masing-masing. Ada lah beberapa pihak yang tak bersimpati lansung, sampai menuntut interest pada setiap bulan tertunggak. Kadang-kadang saya terpaksa juga berhadapan dengan mereka yang pandai mengkritik, menuduh dan  mengarah itu ini tapi tak mahu menolong. Menangis saya setiap hari.

Tetapi ada hikmahnya semua ini, saya yakin itu. Ramai orang memberi saya amalan-amalan sunnah seperti contohnya Al-Mathurat, Yasin 41, dan banyak lagi amalan  lain kerana diri saya yang selalu sakit dan lemah masa tu. Ramai pula insan-insan mulia yang kini menjadi sahabat saya. Saya juga semakin rapat dengan kakak saya. Dia lah juga yang mengambil alih segala perbelanjaan makan minum dan persekolahan anak-anak arwah.

Hari ini, saya sangat bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya dan suami kekuatan untuk menyelesaikan segala urusan arwah yang pada satu masa dahulu saya rasakan sangat mustahil untuk saya laksanakan. Sedikit-sedikit dapat kami langsaikan menggunakan serba sedikit harta arwah yang tinggal. Terima kasih pada pihak berkenaan yang ada juga simpati dan memberi diskaun untuk pembayaran. Tanpa diskaun, tak mungkin dapat kami lunaskan semuanya.

 

Astaghfirullahal'azim. Saya mohon ampun sangat pada Allah. Bukan tujuan saya untuk membangga diri atau menyebut-nyebut apa yang telah saya lakukan TETAPI saya hanya menulis semua ini untuk tujuan dokumentasi dan untuk menghela nafas panjang. LEGA SUNGGUH RASANYA. Dulu menggunung urusan arwah yang perlu diselesaikan tapi kini saya hanya nampak busut kecil.  ALHAMDULILLAH.

 

Orang kata, time heals griefs tapi semakin hari saya semakin rindu dengan arwah.

 

043

Lalu hari Ahad lepas, saya ziarah kubur arwah. Masa minggu pertama setelah dia pergi, saya mimpikan arwah. Dari hati dia berbicara dengan saya " Angah tak berniat nak tinggalkan ida sorang-sorang dengan bebanan masalah Angah. Angah minta maaf". Saya menangis setiap kali saya ingat mimpi ini. ( rindunya saya )

 

041 Saya ziarah juga arwah abah dan bersihkan pusaranya. Hari Ahad lepas ialah birthday abah. (kami selalu sambut birthday sama-sama dulu sebab cuma one day apart saje kan)

Tentu warga alam barzakh ini tak sabar-sabar menunggu Ramadhan, cuti satu bulan.

Al Fatihah untuk abah, angah dan semua muslimin dan muslimat yang telah selamat pulang kepadaNya. Semoga kamu sekelian tenang di sana.

5 comments:

siti murni said...

al-fatihah...

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah.

apa salahnya meluahkan perasaan, berkongsi rasa hati dan pengalaman.

semoga arwah tenang di sana.

Aidah said...

Terima kasih kerana sudi membaca luahah hati saya.

Mak Wardah said...

Semoga Wok suami diberkati dan roh mereka yang pergi sentiasa di rahmati

Aidah said...

Al-Fatihah untuk yang selalu dirindui.