Pages

Thursday, 7 July 2011

Dah banyak makan jangan asik duduk dan baring saje.

 

Haaa…panjang lebar tajuk entry kali ni. Dah guilty sangatlah tu. Menggigil kepala lutut bila nak timbang berat badan.  Bila gi jalan, mana ada orang turun berat badan kan. Logiklah tu. Takkan bila ada orang jemput makan nak buat eksyen lak kan.  Kang tak pasal-pasal kena jeling.

Lopeh ni den ado satu lagi trip. Aduuiii ai. Buat 2 3 hari ni, kena control diet sikit. Nak pergi gym, dah tak tahu jalan. Kang sesat barat pulak, last-last melencong ke kedai makan. Lagi haruuuu. Treadmill kat rumah ni dah mogok pulak. Ke perli, tak tahulah. Hari tu masa En.AHBY bertreadmill di rumah ni dan set kelajuan standard dia tetapi treadmill tu macam kena rasuk. Kemain laju lagi bergerak. Nasib tak tersungkur laki den. Ni TV lah punya pasal, tak de cerita lain ke nak tayang, balik-balik cerita seram. Macam kita ni boleh gak amalkan 3 Qul ke ayat kursiy ke. Yang si treadmill tu canno? Dahlah duk sebelah TV. Sian.

 

 

nikon2 091

  Ada ajaran sesat cakap, kalau asik duduk je lepas makan nanti jadi batu. He he he.

 

 

nikon2 094 

Dan kalau asik terbaring pun lama-lama jadi batu. Haa suspen tak suspen.

Ini ada orang Kelantan cakap, dulu kilat selalu sambar Budha yang baring tu. Lepas tu ada orang masuk kat dalam bilik dalam badan Budha tu dan hilang. Lama-lama sami tu mintak tolong orang Islam letak Quran kat dalam tu. Baru lah tak kena sambar kilat lagi. Betul atau tak, saya tak tahu. Yang saya pasti, kitab Al Quran memang mukjizat nabi Muhammad saw.

Itu ajelah cerita saya hari ini. Nak baring jap, kaki dah lenguh, punggung dah kebas.

5 comments:

Dinas Aldi said...

sebab tu la bila pi shopping mall, cek makan dulu, lepas tu baru jalan2 sakan dari kedai ke kedai, kihkihkihkih!

selamat jalan2 lagi naa & jangan lupa cerita kat sini share dengan kami :)

TopsyTurvyMum said...

Pelik plak diorang ni percaya kat patung2 ni semua, tapi mintak gak tolong kat kat org islam selamatkan patung sembahan dia.
Tak boleh pikir ke, mana KUASA yang lebih berkuasa kan??

Aidah said...

Dinas,
Betul petua tu. Akak kena amalkan supaya tak naik berat berkilo-kilo.

TTM,
Ha ah memang peliklah. Akak selalu dengar orang kafir datang untuk berubat dengan pengamal perubatan Islam. Dan kadang-kadang ada gak orang Islam pegi kat bomoh siam. Issh tak paham akak.

siti murni said...

Moralnya...tak boleh asyik duduk dan tak boleh asyik berbaring...laju pun laju lah treadmill tu...hehe...kalau saya buat je jugak....asyik makan, kalori tak bila nak terbakar kans..

Aidah said...

Alasan je sebenarnya treadmill rosak. Akak ni terlampau sayang kat lemak, pemanas badan ni. Ha ha ha.