Pages

Friday 15 July 2011

Langkawi lagi. ( Galeri Perdana )

 

Hari kedua di Langkawi, kami sewa teksi untuk 4 jam (RM100) untuk pergi jenjalan tempat-tempat menarik.  Kadar menyewa kereta di sini pun murah gak, dalam RM60 – RM80 tapi En. AHBY sangat tak berminat menyewa kereta kalau pergi bercuti sebab katanya nak rehat dari pegang steering wheel.

 

Destinasi pertama ialah Dataran Helang. Kami pergi pepagi sebab orang tak ramai dan tak panas lagi jadi tak de lah mata mengecik je bila amik gambar.

054

 

Lepas tu kami pergi Galeria Perdana, tempat Tun Mahathir simpan segala hadiah-hadiah yang diberi pada beliau semasa menjadi perdana menteri dulu.

 

066 Tun cakap,  “ Biarlah hadiah-hadiah pemberian orang padanya dikumpulkan di sini sebab semua hadiah itu adalah sebenarnya milik seluruh rakyat Malaysia, bukan beliau seorang. Di Galeria Perdana ini semua orang boleh menikmatinya.

067Tiket untuk dewasa, yang ada mykad ialah RM5.00 yang tak de ialah RM10.00 dan kanak-kanak ialah RM4.00, mykid holder pula ialah RM2.00. Kamera pun kena beli tiket jugak iaitu RM2.00 dan videocam ialah RM5.00. Untuk pelajar sekolah pun ada special rate. (school excursions)

 

071 Pasu laker gergasi ini ialah pemberian Thalexim dari Republik Sosialis Vietnam. Tingginya ialah kira-kira 10 kaki. Mungkin bunga gergasi yang Dinas jumpa tu sesuai diletak dalam pasu ni.

081Kapal Saint Geran, sebuah kapal dari East India Company (1737).

 

086   Kalau nak lebih bergaya di hari raya ni, bolehlah beli kendi ni. (hadiah dari Pakistan)

 

089Kalau tak silap, saya pernah nampak bekas minyak wangi ni di almari solek moyang saya masa kekecik dulu.

 

091 Ruby Crude Oil, hadiah dari Petronas sempena lawatan ke Hanoi, Vietnam, 8 Mac, 1996.

 

 

098  Hiasan siling yang sangat cantik dan sedikit berciri timur tengah.

 

122 Antara ketiga-tiga kereta ini, hanya satu yang dibeli sendiri oleh Tun. Yang lain adalah hadiah.

 

130 Inilah dia kereta yang dibeli sendiri oleh Tun, Pontiac Catalina.

 

135 Teringin betul nak kayuh basikal kayu ni. Unik sungguh.

 

136  Teringin jugak nak bawak balik kampung masa raya ni. Berapa down payment ek?

 

095 Galeria Perdana ni dibuka setiap hari dari pukul 8.30am – 5.30pm dan pada cuti umum dan cuti sekolah ditutup pada pukul 6.00pm.

 

097

Di sini juga sudah tersedia walkway untuk OKU. Senanglah nak bawa mak saya lain kali.

 

182 Sebenarnya ada lebih 9000 koleksi hadiah yang diterima oleh Tun. And at one time hanya 2000 boleh dipamerkan, jadi pihak galeri akan rotate kan koleksi hadiah tu. Mungkin lain kali bila kita berkunjung ke sana, set hadiah lain pula yang kita dapat tengok.

 

118 This is my favourite potrait of Tun. Jauh sekali pandangannya. Macam itulah agaknya orang yang brilliant macam beliau ni. Mungkin banyak idea-idea bernas yang kita saksikan sekarang lahir dari momen seperti ini.

Kalau saya ni tengok luar tingkap, mesti tengah skodeng anak-anak. “Hooii, buat apa main pasir tu! Selipar mana? Pergi pakai selipar cepat. Kang masuk cacing, mama jugak yang susah nak bagi makan ubat cacing. Adik tu pulak apesal duduk mencangkung kat rumput tu? Tak takut tungau ke?” , macam tu lah kira-kiranya bebel saya sambil mengunyah cekodok tepung berinti kelapa.

0 comments: