Pages

Tuesday, 19 July 2011

Introducing Pempedas

 

Hari Sabtu yang lepas, saya bawak bebudak kecik pergi makan ice cream di Ice Room. Kononya untuk Puan blog punya birthday treat TETAPI yang enjoy sangat ialah yang tukang suggestlah. Yang ikut ialah 4 orang budak kecik yang biasa mengekor saya bila saya bergerak ke mana-mana. Yang lain haruslah tak ikut sebab belum bangun tidur.

 

019 Ini adalah blueberry ice cream. Rasanya okey lah.

 

021 Ini pulak nut icecream. Rasanya sangat sedaaapp.

 

 022

Budak kecik dua orang ni order mango ice cream. Pun sedaaaappp. Siap berebut-rebut lagi tu. Suruh duduk sebelah menyebelah tak nak, jadinya bersilatlah sudu di tengah-tengah.

 

 

023

Saya dan En.AHBY order mixed fruit ice cream. Sedih sebab tak sedap. Sebenarnya tekak saya nak makan ABC masa tu. (tekak melayulah sangat, apa nak buat). Ice cream kat sini macam ice flakes sebenarnya. Texture ice cream tu tidaklah halus. Rasa-rasanya diorang amik ice cream blocks dan letak atas mesin macam ABC tu.

 

024

  Arif cakap macam chicken floss. (Asik ingat ayam je budak ni) Sekarang ni ayam dah mahaaaaal sangat. RM8.50 sekilo!!!!! Hari tu, Puan Alang pergi pasar beli ayam 2 ekor for RM44.00!!! Maka kami bercadang nak boikot ayam. Tapi si Arif ni, tak boleh lansung kalau tak makan ayam satu hari. Ais krim pun dia cakap macam ayam.

 

Bila dah habis ais krim dan otak pun dah beku kami pun bergerak nak balik.

Oh ya, sebelum keluar kedai, ada sorang budak dalam rombongan kami itu telah musykil dan datang bawak satu benda pada saya.

 

032 Ateh, ini pempedas kan. Terbahak-bahaklah orang gelakkan dia. Nasib baik bila nak balik baru dia discover pempedas ni, kalau tidak mahunya dia letak dalam ais krim tu. (sangat adventurous)

 

029 Pempedas dan rakan-rakannya, pengkicap dan pencucuk gigi.

Apa hal pulak kat Ice Room ada benda-benda ni semua? Sebab di Ice Room ini juga ada dijual makanan lain seperti nasi goreng, chicken chop dan yang seangkatan dengannya.

6 comments:

TopsyTurvyMum said...

pempedas=kasi pedas??

Tak pernah makan ice cream kat ice room, tapi tiramisu dia besttt!!

Aidah said...

Macam tu lah katanya. Kalau bahasa mamak, cili kasi taruk.

Betul ke tiramisu dia best, rugi akak tak try.

Dinas Aldi said...

haritu dah jangkit lagu, kali ni jangkit pempedas dan pengkicap pulak. saya akan menggunakan perkataan2 glamer ini dalam kehidupan seharian.

tapi tak bleh bg students dengaq, nanti depa kata teecha buat ajaran sesat, kahkahkah! biaq teecha jangkit sorang ja sudah.

Aidah said...

A yoo tak tahu, a yoo tak tahu. Keh keh keh.

siti murni said...

adoiii..dugaan betul lah hari ni..tadi tengok kek..now ice cream pulak...huhu..dugaan..dugaan...tambah2 yg mixed fruit tuan punya blog yang empunya....haih..nak jugakkkKkK!

Aidah said...

He he he, kalau di bulan puasa, akak tak mahu lah jenjalan blog yang ada gambar makanan je. Diduga dan digoda nanti.