Pages

Saturday 2 July 2011

Bahtera Coklat

 

Wahhh! Cantiknya kapal antik ini.

nikon2 195

Kepada peminat cekelat, sila nikmati gambar ini. Jika anda cinta separuh mati sama cekelat, mungkin tiada apa-apa yang akan merubah cinta anda TETAPI kalau hubungan anda dengan cekelat suam-suam kuku sahaja, sila sediakan asam boi supaya anda tidak akan meloya.

 

 

nikon2 066Banyak betul masa lapang chef ni. 

 

 

nikon2 064 Bila saya usik kapal ni, siap melekit-lekit lagi rasa kat tangan. Yang putih-putih tu mungkin kulat kot.

 

nikon2 068 Rasa-rasanya layar ni boleh lagi diterima tekak, itupun kalau dah terlampau kebulur atau mengidam sangat.

 

nikon2 069

Hmmm…..yang ini kalau dibayar pun tak nak hokey!

 

nikon2 067

Tu yang kuning-oren tu macam cekelat toffee caramel rupanya. Tapi rasanya tak pasti la pulak. Ada jugak saya cuba menzalimi anak sendiri dengan menyuruh diorang jilat sikit. Tapi tak seorang pun berjaya saya zalimkan.

 

Pesanan pada chef yang terlampau kreatif ini : Terima kasih lah kerana berjaya membuat saya geli dan kembang tekak dengan cekelat.

Hikmah disebalik penemuan harta karun ini ialah diet saya dalam pengurangan makan cekelat mungkin menjadi kot. Kepada sesiapa yang ketagih dengan cekelat, sila bayangkan segala lendir dan kulat yang bersarang di kapal cekelat ini.

4 comments:

Dinas Aldi said...

ohhh tidaaaaaaakkkkkkk!

namun anda tidak berjaya menghilangkan minat pencinta coklat yg seorang ini, kihkihkih!

Aidah said...

Samalah kita. Adalah 2-3 jam je loya ngan cekelat. Baru kejap tadi dah telan coklat Cote D'ors yang sedap tu. He he.

So Shy Lady (SSL) said...

betul ke kak dh bkulat tu...isyh buat apa display..kang t.pasal2 bdk2 g rasa

Aidah said...

Botuuul. Memang pelik kerja chef ni. Mungkin saje dibiarkan berkulat utk nampak antik kapal tu. Anak-anak akak sampai skarang tengok gamba tu mesti meloya.