Pages

Wednesday, 13 July 2011

Sentapnya hati Wa.

 

 

 

011

Apa pandang-pandang? Hari ni wa sentap tau. Tiap kali tokey gi jalan, wa mesti tak leh ikut. Asik kena tinggal. Hari tu gi KB, ada ke patut wa dihantar balik kampung. Apa kelas wa orang KL duduk terperosok kat Teluk Kemang tu. (Milo ni sangat perasan yang dia tu pure siamese cat, padahal kucing jalanan je)

Kali ni wa dihantar ke MAS Kargo lak. Itu pun setelah wa merajuk, menyorok kat bawah sofa di balcony kak wok selama 3 hari. Okeylah jugak. Ada hercond, ada tilam empuk tapi wa tatap sentap. Sekali sekala wa pun teringin jugak naik kapai trobang kan.

 

 

014

Adooii yai, dah duduk terlentang ni susah no nak bangun. Ya, wa sedar wa dah kurang muda. Badan pun dah sakit-sakit………..

 

016Tapak kaki pun dah pecah-pecah……

 

015   Alah wa duduk baliklah, tak larat nak bangun. Sorilah kalau wa duduk terkangkang lak. Kaki wa ni macam dah tak mau dengar cakap wa. Tadi ingat nak bersila tapi lutut wa ni tak leh bengkok sejak kecik lagi.

 

025

Macam ni lah nasib wa. Nasib baik bini tokey ada bekalkan makanan lam mangkuk tingkat tu. Kalau tak lapar lah wa. Tsk tsk. Wa cukup sensitip kalau bab makan. Sayuuuu je hati kalau tak cukup makan.

 

 

024 Van ni jemput wa setelah wa ditinggalkan di tepi highway oleh tokey and the gang. Tokey sangat kedekuit, tak nak spend money dengan visitor’s pass yang wajib diambil kalau nak masuk kawasan MAS kargo. (RM10.00 untuk seorang dan kereta pun perlu ada pass.) Tokey cakap baik dia spend duit tu untuk beli pinggan mangkuk dan periuk belanga kat Langkawi nanti. Hu hu hu hu …….wa sangat sentap hokey!!!!

 

Pssst…wa dengar kat Langkawi  ada burung besar tak leh terbang, betul ke?

 

 062

Whooaa…ini makan setahun pun tak habis ni. Kenyang perut wa. Mintak-mintak tokey tapaukanlah burung ni untuk wa. Baruuulah wa tak sentap. Slllurrrp.

6 comments:

Dinas Aldi said...

nak tergelak tengok dia duduk macam orang ja kat sofa tu, hakhakhak!

Aidah said...

Sebenarnya dialah tuan besar dalam rumah ni.

siti murni said...

hahaha...lawak lah kucing gemok yang perasan tu...suka2 dia lak nak sentap bagai..biar la tokey ngan bini tokey gi makan hangin...sibuk je nak ikut yer...hehe

Aidah said...

Serik tu, asik kena tinggal je. Sekarang ni mana-mana akak pegi dia mengekor je.

Uncle Lee said...

Hello Aidah, I think your kuching very manjah and spoilt, ha ha.
Like a rich cat the way it relaxes.
He's cute too.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.

Aidah said...

Tq uncle Lee for visiting.
You're right, manja and spoilt, like Garfield minus the orange stripe.