Hari tu masa kat Melaka ada sorang pelukis kat lobi hotel tu. Akak memang minat tengok keje2 org yang berbakat melukis ni. Lagi satu pelukis caricature ni selalunya pandai cari dominan features pada muka kita dan lukis dgn excellent sekali.
Ada gambar potrait macam SRK ni dan ada juga caricature macam Mr. Bean tu. Akak memang ada jugak rasa nak suruh dia lukis gambar akak tapi malew gitew. Sebabnya kena duduk diam2 depan pelukis tu agak-agak 20 minit macam tu. Rasa awkward lah pulak. Takkan nak duduk tersenyum lepas tu malu tersipu2 macam nak mintak pelempang pulakkan. Kalau masam mencuka tak jalan jugak, macam nak carik gaduh pulak. Muka akak ni kalau serius pun macam nak cari gaduh jugak kengkadang. Sebab tu akak ni banyak tergelak je. Tapi apa hal nak gelak 40 harakat sampai 20 minit macam orang gila kan. Jadi lupakanlah.
Budak Arif ni tak pe sebab dia memang selamba dan ada lah sikit tak tahu malu tu. Sama tak rupe lam gamba tu.
En. AHBY pun buat jugak setelah dipaksa oleh akak. Nasib baik dia good mood, kalau bad mood tak de makna dia nak layan paksaan akak tu. Akak tengok rupe lukisan tu macam kelakar je. Tak macam suami akak pun. Hahaha. Macam rupe sorang pelakun drama swasta kat TV tu yang dialog dia, "Biarkan je lah, Timah. Budak-budaaak......Besok dah besar panjang tahulah die...." Betul tak? Kan, kan. Muahahahaha....uhuks, uhuks. (Haa, kan dah batuk, buat lagi gelakkan suami, berdosa tau. Uhuks. Maafkan Timah ya, bang. Tetiba.)
Budak ni pun kena paksa jugak ngan akak tapi ada upah dan kena janji sesuatu ngan dia. Dalam gambar nampak macam bibir tu terlebih seksi, ala Angelina Jolie pulak. Eh, ada rupa anak dia yang nama Shiloh tu pulak lukisan ni. Hmmm....adakah itu bermakna akak ni ada iras2 Angelina Jolie dan En.AHBY pulak iras2 Brad Pitt? Pengsan kejap. Bulu roma pun tak sama inikan pulak ghoman. Cit!
Inilah janji akak pada Farah. Kena janji yang mama pun akan duduk tersipu2 kat situ buat muka mintak penampar sambil orang tu lukis gamba akak. Ooooh, so awkward, I tell you! Tak reti nak buat muka ni haa. 20 minit yang sangatlah lama. Rasa nak terkenc dan terber pulak bila duduk dendiam tau.
Hahahaha. Inilah hasil lukisan akak yang teramat terhegeh2 muka kat depan pelukis tu. Kelakarnya muka akak ni . Macam ala2 kolumnis yang jawab masalah remaja kat suratkhabar tu, alah cik sri siantan ke namanya. Tak de lansung rupe akak tau kecuali bahagian dagu berlapis tu, memang sebijik. Hahaha. Dah rupe macam orang yang selalu bawak watak pengetua kat drama tv tu (pengetua taw). Lepas tu dialog dia kan, " Saya sangat berpuas hati dengan usaha murni Cikgu Markonah mendidik pelajar bermasalah tu. Syabas cikgu, teruskan usaha lagi ya. *betulkan spek kejap* Saya harap cikgu-cikgu lain akan menjadikan Cikgu Markonah sebagai idola dalam kerjaya perguruan ini." Kahkahkah. Macam tu lah lebih kurang. Entahlah, macam baiiiik je rupe lukisan dari wajah sebenar. Syahdu, redup semacam jeee, walaupun.
Haa, ada satu lagi dialog sesuai, " Pembaca sekelian, dikesempatan ini ingin saya mohon maaf atas kesilapan atau kekasaran bahasa dalam penulisan saya sepanjang tahun 2011 ini. Semoga tahun 2012 lebih mengeratkan lagi persahabatan kita. *betulkan mikrofon pulak * Dan saya juga ingin mendoakan agar tahun 2012 membawa seribu rahmat pada sekelian sahabat. Jangan lupa tujuan asal kita diciptaNya di atas muka bumi ini, ya. Sekian, wasssalam. Err...Cikgu Markonah, sila ke belakang pentas untuk menyediakan meja jamuan ringan." ( sungguh macam cikgu contoh betul cikgu markonah ni tau) Hihihi.