Pages

Sunday 31 July 2011

Selamat Hari Selasa ....ooopps Hari Puasa.

 

Masa kekecik dulu, bulan puasa memang seronok walaupun sementara menunggu berbuka tu amatlah seksanya. Hausnya jangan cakaplah, macam boleh je habiskan satu jag air sirap tu. Penyudahnya nasi dapat masuk sesuap dua sahaja. Bila selesai sebulan puasa, badan saya makin kurus melidi. Tapi itu cerita masa kecik ketika tulang rusuk pun boleh buat gitar.

Masa sekolah asrama pulak, puasa saya sangatlah rugged. Sahur memang tak pernah. Manalah nak ada selera bila lauk sahur selalunya ikan jaket goreng  dan sup kosong. Masa buka pulak memang cukup sepinggan sahaja. Tak pernah dibuat pulak  dek student lain bertambah dua tiga pinggan, maklumlah sekolah perempuan jadinya penuh berhemah dan bersopan santun gitu. Hasilnya bila balik rumah masa raya, berat badanku pun sangat ideal. Adalah jugak dapat jelingan di beberapa sudut dari jejaka-jejaka kampung yang datang beraya. (perasan je lebih sebenarnya). Walaupun puasa rugged, solat terawih tetap pergi, yang bestnya kalau pergi terawih, prep dikecualikan.

TAPIIIII  entah dimana titik mulanya saya pun tak sedar, tetiba tersangatlah makmur lemak di badan, walaupun telah berpuasa sebulan. Sahur pun boleh tahan selera tuuuu. Bila berbuka jangan cakaplah, bazar ramadhan memang wojib pergi setiap hari. Apa taknya anak-anak punya selera lain, mak lain, bapak lagilah lain. Jadi pergilah beli ikut selera dan kehendak tapi tidak ikut nafsu tau! Selalunya saya akan pastikan tidak berbelanja lebih dari dua juadah seorang. Satu juadah heavy dan satu lagi kuih atau apa-apa yang ringan yang boleh dimakan lepas terawih. Dapur rumah pun kadang kadang sahaja berasap di bulan Ramadhan ni. Bukan malas masak tapi saya nak sokong peniaga-peniaga muslim kat bazar Ramadhan tu (kononnn). 

 

Tahun ni tak tahu lagi macamana ibadat puasa saya dan keluarga. Mohon saya pada Allah agar kami dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan lebih cemerlang. Supaya apa yang kami laksanakan nanti jadi bekalan untuk 12 bulan yang akan datang bila tiba Ramadhan sekali lagi. Agar kami menjadi individu yang lebih beriman dan bertakwa bila selesainya Ramadhan ini. Amin.

 

 

Di rumah ini cuma Mizz Nisya yang baru nak belajar puasa tahun ini. Kanak-kanak lain semua dah dapat lesen F1 kalau bab puasa ni. Dalam erti kata lain, kalau tak puasa memang tak patut sangatlah kan.

 

Namanya pun baru nak belajar puasa jadi puasa pun boleh tersasul jadi selasa. Maafkan je lah.

 

 

Lepas tu si Abang pulak nak bagi ucapan selamat berpuasa.

Tinggal satu batang je lagi gigi susu yang masih belum dicabut kat depan tu. Tersangatlah kelakar rupanya sekarang, macam atuk-atuk je. Si Wahau tu pulak memang jadi mangsa buli budak berdua ni.

 

Bila dah pakai tudung, barulah sejuk ilmu nak serap dalam kepala. Satu take saja, loud and clear

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN!!!

Sebagai permulaan bulan mulia ini, saya ingin memohon maaf pada sesiapa sahaja walau hanya di alam maya, atas segala kata-kata yang menyinggung perasaan atau bahasa yang terkasar sehingga mengilukan hati. Selamat mengerjakan terawih. (yang ini kalau disuruh ustazah tu berucap, menangis dia. Panjang sangatlah....Nisya penatttt!)

Saturday 30 July 2011

Rendang merendang. Part 1.

 

Dengan berbekalkan 4 keping Salon Pas di pinggang dan beberapa bahagian lain di badan, saya pun turun ke dapur untuk acara kebesaran keluarga kami iaitu masak memasak. 4 orang askar pengiring pun sudah diberi taklimat untuk membantu  chief tukang masak nanti. Semua bahan penumis pun sudah siap ditumbuk dan dimesin oleh bibik.

 

047 Kaki dapur outdoor ni baru saja saya beli semalam. Oleh kerana pinggang dah sakit nak membongkok, masak dibawah, saya dan En.Ahby gigih mencari stand untuk dapur gas outdoor tu. Jumpa jugak satu di kedai hardware di Port Dickson yang dijual dengan harga RM54.00. Lepas ni tak de lah jalan macam nenek bongkok tiga lagi setiap kali jadi tukang masak rendang ni. Siap boleh duduk atas kerusi lagi sambil mengacau rendang. Sukeeeee.

 

059 Mula-mula saya masak rendang ayam. Bahan-bahannya ialah 3 ekor ayam, cili kering, cili api, kunyit, halia, lengkuas, serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, kerisik dan 1 kg santan. Jumlah setiap satu bahan penumis tu tak yah cakaplah, sebab kalau ikut resipi kak wok ni biasalah kan, 1 genggamlah, 1 cekaklah, sebesar ibu jari dan macam-macam lagi ukuran anggota badan yang akan jadi rujukan. Lagi pening kepala orang yang nak salin resipi nanti. Jadi ikut pandai-pandailah ya.

 

061 Bila dah menggelegak santan tu, masukkan pula daun puding untuk rasa yang lebih oomph. Kacau perlahan-lahan supaya rendang tak hangus dan tak hancur daging ayam tu. Bila sudah semakin kering kuahnya, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dah dihiris.

 

058 Ini pulak pembantu saya yang paling mahal gajinya. 1 jam pakai kena bayar RM500.00. Saya dah komplen kat agen tadi, siap bertengkar lagi. Katanya rate dia memang macam tu. Malas nak kecoh-kecoh, jadi saya guna jugaklah khidmat dia ni tapi hanya selama 3.5 saat.

 

065

   Pung pang, pung pang dah siap pun rendang ayam. Yang hitam-hitam tu ialah daun puding ye, bukan cili kering.

 

 

 

Okey, oleh kerana entry kali ini agak panjang, saya telah membahaginya dengan sesuka hati kepada 2 parts. Kalau rasa membosan tu bolehlah sambung baca lenkali ya.

 

RENDANG MERENDANG. PART 2.

Acara seterusnya pulak ialah memasak rendang daging hitam (minang style).

Oleh kerana ini kali pertama buat rendang minang jadi haruslah di salin resipi betul-betul.

2kg daging batang pinang, 1/2 kg paru dan 1/2 kg hati.

2 sudu plastik bubur McD jintan manis

2 sudu plastik bubur McD jintan putih

2 sudu plastik bubur McD biji ketumbar

Kesemua bahan diatas(kecuali daging) digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk.

5 senduk melamine cili kering yang telah dikisar.

Satu bekas tapau putih tu, bawang merah yang dihiris.

Satu genggam tangan kanak-kanak 5 tahun, bawang putih.

5 ketul halia sebesar ibu jari kaki.

1 ketul ibu jari kaki lengkuas.

Secekak serai dihiris-hiris. (macam lirik lagu irama malaysia pulak)

Daun puding yang telah dipetik semahu-mahunya.

1 kg santan......eh kalau tak cukup tambah lagi RM2.00 santan.

1 biji kelapa parut yang dijadikan kerisik.

Jangan lupa 2 sudu besar gula enau.

 

050 Mula-mula tumbuk bahan yang perlu ditumbuk sambil mulut terjerit-jerit kat askar-askar kecik yang dah buat acara bebas di keliling rumah.

 

062 Habis semua harta karun dikutipnya. Penat je chief tukang masak bagi taklimat kat diorang ni pagi-pagi tadi.

 

070 Tumis dulu segala rencah-rencah sampai naik bau, barulah di masukkan daging. Bila dah kecut daging tu barulah masukkan santan. Kemudian bila dah mendidih santan, masukkan pula daun puding dan gula enau/merah. Bila dah nak kering santan, barulah masukkan kerisik.

 

054

Untuk tujuan mengacau rendang hingga kering, saya telah menggunakan khidmat buruh buruh paksa. Kebetulan agen tu memang ramai buruh ni dalam simpanan, murah pulak tu. Gajinya, 2 ketul rendang ayam dan nasi panas untuk makan tengahari nanti. Murah kannnn. Tapi sebab murah maka halalkanlah kalau ada setitik dua peluh masuk kat dalam rendang tu nanti ya. He he he.

073 Dah siap pun rendang daging minang saya. Inilah yang akan jadi hidangan untuk bersahur esok-esok, insyaAllah.

Hari Mantai

 

Di Negeri Sembilan ni,  sehari dua sebelum Ramadhan atau Syawal adalah hari yang sangat meriah dengan masak-masak. Keluarga saya pun tak ketinggalan. Dari kecik memang sangatlah sibuk jabatan dapur ni. Menu masakan pulak semuanya mencabar. Rendang ayam, rendang daging, lemang, dodol . Tapi itu masa mak saya, kak wok, masih aktif menjawat jawatan ketua pengarah jabatan dapur ni. Sekarang ni sejak dia dah naik pangkat jadi presiden, tugas dapur telah di sub kan pada dua orang anak perempuannya iaitu saya dan Puan Alang. Biasalah kitorang ni, kalau leceh sangat tu, pangkah saja dari menu, tak yah buat. Bukan rajin sangat pun. Lepas tu, puaslah mengadap kak wok, menerangkan pelbagai alasan kenapa menu itu kami pangkah dengan sewenang-wenangnya. He he he.

Kali ini, menu hari mantai pra Ramadhan kami ialah rendang daging hitam dan rendang ayam.

 

DSC00471Pagi-pagi lagi saya dan En.AHBY dah menuju ke batu 4 untuk mendapatkan daging lembu kampung fresh.

 

DSC00468 Dengar-dengar daging batang pinang dah naik hargalah pulak. Saya hanya beli 2 kg daging batang pinang, 1/2 kg hati dan 1/2 kg paru. Semuanya adalah kira-kira RM58.00 (after discount, sebab penjual daging itu sedara arwah abah saya. He he)

 

DSC00467 Suasana hari mantai ni tak semeriah di Seremban. Ada 1 gerai jual daging lembu dan 1 gerai jual ayam. Gerai yang lain-lain tu jual sayur-sayur kampung, pakaian dan juadah sarapan.

 

DSC00469 Nasi kerabu dan nasi dagang pun ada dijual.

 

DSC00466 Kebetulan pulak hari ini ada acara Perbarisan Tamat Latihan Perdana di Port Dickson. Maka jalanraya adalah sangat sesak. Nasib baik ada ramai abang polis trafik ni, kalau tidak berensotlah kereta nak bergerak. 

Thursday 28 July 2011

Kuasa tambahan

 

Bila dah umur 40 an ni terasa lambat sangat segala otot dalam badan nak recover. 2 hari yang lepas saya telah mengemas, menggosok, menghayun dan menyental. Secara tak lansung saya telah mendera segala otot dan tulang belulang dalam badan ni.

Hari ini saya hanya lepak atas kerusi dan atas katil. Ingatkan bila bangun tidur pagi tadi, legalah. Rupanya tidak. Maka diselongkarlah laci mencari segala tampalan dan koyok yang panas menyenggau untuk ditampal diseluruh badan.

Besok nak balik kampung untuk menyambut 'hari mantai' (hari sebelum puasa atau sebelum raya bagi orang negeri sembilan) . Biasalah kalau hari mantai ni ada yang masak rendang dan lemang bagai. Tapi di rumah  kami CUMA masak rendang ayam dan rendang daging. (CUMA???!!!!!)

Pinggang saya ni sakit na lah pulak. Mintak -mintak esok legalah. Amin. 

Hari ini, satu benda pun saya tak buat kat rumah ni, kecuali basuh baju, sidai baju dan lipat baju.

Dan seharian saya berkunjung ke rumah rakan sepermainan yang dah lama saya tak jumpa.

 

021 Si detektif Jane yang sangat sibuk dengan kes terbarunya. Hari ini saya naik pangkat woo.

 

019 Dan si burung merah yang ada penyakit darah tinggi ini. Kali ini saya siap bawak kuasa tambahan lagi untuk tolong dia.

Mintak-mintak dapatlah naik level.Asik-asik kat situ je, tak gerak-gerak. Dah naik menyampah nengok si hidung kembang tu.

Wednesday 27 July 2011

Wok wok Wednesday

 

Wok kat atas tu bukan kak wok mak saya tapi wok, kuali kat dapur tuuu.

Hari tu pi Langkawi, leher panjang jugak menjengok kat seksyen Tefal tu. Memang sangatlah murah Tefal di Langkawi. Kalau di KL ni tak mampu nak beli banyak-banyak sebab yang kecik untuk goreng telur je dah dekat RM30.00. Haruslah yang besar tu pulak beratus kan.

Makanya saya pun membelilah serba sedikit.

 

312

Grill pan tu harganya ialah RM99.90.

Pancake pan tu pulak RM 81.90.

Stirfry pan (wok) tu ialah RM 109.00.

Dan periuk tu pulak RM 169.00.

Bagi mak cik-mak cik yang dah bermesyuarat hari tu dan sebulat suara untuk membuat rombongan ke Langkawi lepas raya ni bolehlah mula compare price Tefal di sini. Kalau murah agak agak berpuluh-puluh ringgit tu, eloklah bincang dengan pak cik-pak cik POP (persatuan orang pencen) tentang bajet membeli periuk belanga di Langkawi.

 

 

Hari ini saya masak simple sahaja iaitu........

 

 

022

Sardin goreng kicap berlada yang sangat sedap rasanya sebab dimasak penuh kasih sayang dengan kuali Tefal yang bersinar-sinar. He he he .

Kaunter order makanan yang bersantan dan perlu direneh, ditumbuk dan diuli ditutup buat sementara waktu kerana hari ini dan hari seterusnya, tukang masak sibuk mengemas dan menggosok baju. Sila rujuk menu stir fry untuk makanan hari ini. Harap maklum.

Tuesday 26 July 2011

Sibuknya Selasa

 

 

002

Pagi-pagi lagi semua orang teramatlah sibuk dan nak cepat bergerak ke destinasi masing-masing. Semoga nanti dapat menyumbang kepada produktiviti negara agar Malaysia lebih makmur, aman dan bahagia.

 

Yang di rumah pun sibuk jugak ke?

Hmmm.....hari ini nak kemas rumah untuk persiapan menyambut Ramadhan. Sebaaaab masa bulan puasa haruslah tenaga tak sebanyak mana kan.

Jadi....cadar setiap bilik perlu ditukar ganti. Sepanjang bulan puasa ni tak yah nak ngada-ngada tukar cadar dan comforter nanti lepas raya baru boleh ganti lagi (kecuali emergencylah kan, nanti jadi ibu kejam pulak). Selimut pun semuanya perlu dibasuh. Langsir juga perlu diturun dan dibasuh. Kemudian gantikan dengan yang bersih.

Bilik air kena basuh dan kilatkan lebih-lebih sikit.

Aircond perlu di cuci filternya, kipas pulak disedut dengan vacum cleaner.

Dah alang-alang bawak keluar vacum cleaner, haruslah carpet di vacum sekali. Rumah saya ni pulak menggatal dipasang wall to wall carpet masa baru pindah dulu. Maka menangislah saya sambil menolak-nolak corong vacum tu.

Dah selesai vacum, ternampak pulak almari buku yang berserabut. Dari almari buku berjangkit pulak ke almari pinggan mangkuk di ruang makan yang penuh dengan barang yang patut dibuang lamaaaa dulu. Lepas tu ternampak pulak rak kasut yang dah penuh sampai tak boleh tutup. Apa taknya, kasut koyak pun masih simpan lagi ke?

Dapur pulak paling penting dalam senarai membersih ni sebab maklum bulan puasa. Memang semua akan makan serentak dan sepah-sepahnya nanti jangan cakaplah. So kenalah kilat-kilat kan lebih sikit supaya amik masa lama untuk berserabut dan kotor balik.

Telekung extra dalam almari tu kena siap basuh dan iron.

Haa...lagi satu kena kira stock dalam fridge dan food cabinet. Selalunya di bulan puasa memang sangat jarang pergi supermarket. Kalau tak cukup, nak pergi JJ pulak.

 

 

UUUMAK AIIII.....buleh buek ko sumo tu?

Ontahlah omak. Den baghu boghangan yo. Bolun buek laiie. (terjemahan: pelamin anganku musnah, ibu. Tak sempat nak buat apa-apa)

 

Sehingga kini saya masih terkebil-kebil sebab matahari dah tinggi tapi masih lagi berangan rumah berkilat dan bersih menggunakan kuasa magic tanpa perlu mengangkat punggung yang berat ini.

Monday 25 July 2011

Istimewa Isnin

 

Omputih tu pandai-pandai je cakap manic Monday kan. Hari lain pun ada gak kelam ribut, bukan khas hari Isnin je kan.

Jadi nya hari ini saya nak kongsi sikit kejadian istimewa berlaku pada hari Isnin ini.

 

1.   Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan.

2.   Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

3.   Bukti keEsaaan Allah diturunkan.

4.   Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke langit.

5.   Nabi Musa AS mengunjungi bukit Tursina.

6.   Nabi Muhammad s.a.w wafat.

 

Walau bagaimana pun ada jugak beberapa kejadian kurang istimewa yang selalunya terjadi pada hari Isnin.

1.   Anak-anak masuk bilik pagi-pagi dengan muka berkerut dan cembeng disertai dengan mulut   yang tak habis-habis memberi alasan untuk cuti sakit.

2.   Mak cik yang berniaga nasi kerabu dekat depan 7-11 tu bercuti pada setiap hari Isnin.

3.   Kalau weekend tu tak duduk rumah maka berkoyan-koyanlah baju yang hendak dibasuh.

4.   Perut meragam, kapla fenin sebab asik melantak masa weekend, maklumlah jemputan kahwin segala bagai. (konon....alasan macam terpaksalah teww)

5.   Wallet yang sudah kempis akibat sale pada hujung minggu di merata tempat.

Daaaaaaaaaan  banyaaaaaaaaaak lagi yang selalu terjadi pada hari Isnin disebabkan oleh diri kita sendiri yang tak tahu nak mengisi Sabtu dan Ahad dengan berhemah dan sopan santun.

Bak kata Mak saya sepatah: Buek apo kau carhik pasal. Cubo ontok-ontok kek ghumah, kan elok. Ni tak. Asa cuti yo mulolah moghambu. Dah tak ghoti nak duk ghumah ko?

Translation :  Kenapakah anda selalu mencari masalah? Bukankah elok duduk diam sahaja di rumah. Apabila cuti umum, anda selalu pergi bersiar-siar. Adakah anda tak jumpa rumah sendiri lagi? (okeylah saya tahu, terjemahan tak tepat tapi biasalah kan kalau pakai penterjemah tak bergaji ni memang macam tu)

 

DSC00017

DSC00018Hari Isnin juga ialah hari di mana saya dan dua orang ahli kumpulan ini sahaja yang tinggal di rumah (yang lain pergi skolah dengan muka masam). Hari ini kami akan merancang bagaimana untuk mencuri masa untuk menyelesaikan perkara tertangguh.

Sekian. Terima kasih.

Saturday 23 July 2011

Sesunyi Sabtu

 

Weekend ini saya sekeluarga tak balik kampung. Kalau tak, hari Jumaat dah terpacul depan pintu rumah mak. Pelik pulak rasanya tak balik kampung. Sunyiiiii sahaja rasanya. (dah tua-tua pun masih rindukan omak). Pagi-pagi lagi dah bergayut telefon, berborak dengan mak. Oleh kerana tak balik kampung, maka perbualannya pun agak lamalah jugak. Nasib baik free, kalau tak bopoluh ayam itik nak membayar bil tepon.

Cuaca pulak mendung kat luar tu. Silap-silap kang boleh hujan yang kat dalam rumah ni. Sejak kerap balik kampung ni, kami sekeluarga macam dah tak reti nak mengisi hujung minggu di KL. Pelik betul. Mungkin bila dah tua-tua ni, jiwa tu lebih damai di kampung agaknya.

Nasib baik malam ni ada lawan bola Malaysia dan Singapura. Bolehlah layan kejap (tapi tengok celah jari je macam cerita hantu sebab suspenslah).

 

012 Semoga Malaysia dapat membelasah Singapura dengan 4-0. Dan harap-harap malam ni Malaysia pakai jersi biru yang seakan bertuah ni.

 

 

008

Tapi malam ni ada sorang player tak masuk padang sebab sangat keletihan selepas menghadiri bengkel UPSR sehari suntuk. Yang mascot tu pun tak dapat jugak ke padang sebab terlampau boroi, dah tak larat nak lari.

Thursday 21 July 2011

Duluuuu................dan sekaraaaaaang.

 

 

P5220635 

Milo tahun 2004

 

007

7 tahun kemudian.......sangat makmur lemak di badan.

 

 

P1020144 Arif  tahun 2000.

 

nikon2 208

11 tahun kemudian. Mata masih sepet, gigi makin besar dan badan macam biasalah, makmur bahagia. Tang  faktor kepoyoan tu sangatlah bertambah kuasa ampatpoloh. (tak dapek nak nolong doh, dah keturunan Hj Bukit)

 

P4260026

Farah tahun 1998

 

nikon2 198

13 tahun kemudian.  Dah pakai tudung (alhamdulillah).  Mata masih bundar, makmur bahagia jugak lemak di badan. Baby fat lah mama! (eceeh, statement cover lah teww.)

 

004Puan tanah pada tahun 1976.  Bergambar dengan TV antik berkaki yang sangat femes zaman dulu-dulu. Masa kekecik dulu, asal nak amik gambar je mesti pilih background kat situ. Konon macam cool sangatlah tu.

 

 

Dan gambar sekarang, 35 tahun kemudian, tak payahlah dipampangkan kat sini. Tak sampai hati nak melukakan perasaan sendiri. Kalau kucing  yang makan makanan kucing je pun kembang macam tu, boleh bayangkan kekembangan tuannya pulak. (asal halal rembat sajee)

Wednesday 20 July 2011

Intai kami antara nampak......

 

 

038Apa hal budak dua orang ni berselubung ni? Nak kata sejuk macam obersi tak pulak. Kat luar tu matahari panas kemain, mencarak-carak.

 

039  Inilah sebabnya. Sekarang ni dah ada jual DVD Karak. Tapi  sejak dah ada Astro First ni, DVD ori pun dijual dengan harga RM12.00 sahaja. Ragu-ragu jugak saya. Manalah tahu yang cetak rompak dia cakap ori kan. Nak tepon pihak berwajib, malas pulak (biasalah tu, prasangka buruk manjang, buat aduan tak nak). Jadi saya buangkan segala syak wasangka dan layan saje cerita ini.

 

040 Sangat khusyu' dan tawadhu' bila tengok cerita hantu. Yang si baju oren tu tersengih sebab dia dah pun tengok cerita Karak ni di asrama. Konon macam;  "hek eleh aku tak takut pun, dah tahu kat ceruk mana hantu tu nak keluar". Tapi bila kita tanya dia, lepas ni apa jadi, sape yang mati dulu, dia macam tak sure lak. Kataaa dah tengok. Ini mesti tengok kat celah-celah jari je ni.

 

Kepada peminat cerita hantu dan suka sangat tengok berulang kali macam tengok konsert Celine Dion ke atau macam tengok konsert David Foster with friends ke (nampak no ahkak ni dah tuo, layan konsert macam ni je ke?), silalah dapatkan DVD ini di kedai video berhampiran. Yang jual di kedai mamak tu tak yah lah layan. Kalau adalah  mamat lalok datang menjual kat meja anda kan. Kang tak pasal-pasal kita jadi penaja 'bekalan' dia untuk hari tu.

 

Sebelum saya blah dan pergi angkat kain di jemuran, sila bayangkan ada seseorang yang rambut panjang mengurai  berketak ketak sedang mendendangkan lagu ini kepada kengkawan sume.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu rinduaaaaaaaannnnnnn......HI HI HI HI HI

(diulang rangkap di atas 16 x)

 

Malam tu anak saya si penakut berdua tu tanya, "Mama, kenapa kalau bab-bab hantu tu, imejnya stuck kat dalam otak dengan teramat clearnya. Kalau abis study, ingatan clear macam ni, kan bagus kan mama."

Hmmmm....saya pun pelik jugak bila bab study, memanjang lupa je bebudak ni. Angkara syaiton agaknya kot!

Alhamdulillah. Semoga Angah tenang di sana.

 

 

Hari ini selesailah sudah segala hal yang tertunggak antara pihak penuntut dan arwah Angah. Selama 3 tahun saya dan suami menulis berpuluh surat rayuan untuk segala yang tertunggak yang membabitkan arwah.

Arwah abang saya meninggalkan kami secara mengejut 3 tahun lepas (kalau saya kuat, akan saya publishkan post mengenai arwah yang dah berbulan saya pendamkan). Pada usia 43 tahun, anak-anak pula masih kecil, wasiat pun tak sempat dilaksanakan. Wang simpanan pun tak dapat dikumpulkan. Banyak hajat dan cita-cita arwah terbengkalai begitu sahaja.

Bila dia meninggal dunia, saya dan suami terpaksa ke depan untuk menguruskan segala hutang piutang yang bukan sedikit. Siapalah yang tak berhutang kan, tambahan pula di usia begitu. Rumah (ada insurans) dan kereta pun belum habis dilangsaikan. Hutang dengan pihak hospital sahaja sebanyak RM184,000.00 dan insurans hanya melunaskan RM50,000.00 dari jumlah itu. Isterinya pula warga Thai yang dilahir dan dibesarkan di Mekah. Jadi dia tak berkebolehan membaca dan menulis dalam tulisan rumi. (tak pernah diajar di sekolah di Mekah sana). Anak-anak pula masih kecil, yang sulung masih menuntut di matikulasi.

Masa mula-mula arwah meninggal, kami sentiasa dihujani surat lawyer. Semuanya menuntut bayaran bagi pihak bank dan beberapa institusi lain. Selama 3 tahun ini, kami turun naik mahkamah. Stress betul masa tu. Dahlah saya kehilangan satu-satunya abang saya. Dialah tempat mengadu saya bila saya tertekan dengan masalah (kami sangat rapat). Nak berurusan pula dengan pihak berkenaan yang begitu cepat merujuk lawyer mereka masing-masing. Ada lah beberapa pihak yang tak bersimpati lansung, sampai menuntut interest pada setiap bulan tertunggak. Kadang-kadang saya terpaksa juga berhadapan dengan mereka yang pandai mengkritik, menuduh dan  mengarah itu ini tapi tak mahu menolong. Menangis saya setiap hari.

Tetapi ada hikmahnya semua ini, saya yakin itu. Ramai orang memberi saya amalan-amalan sunnah seperti contohnya Al-Mathurat, Yasin 41, dan banyak lagi amalan  lain kerana diri saya yang selalu sakit dan lemah masa tu. Ramai pula insan-insan mulia yang kini menjadi sahabat saya. Saya juga semakin rapat dengan kakak saya. Dia lah juga yang mengambil alih segala perbelanjaan makan minum dan persekolahan anak-anak arwah.

Hari ini, saya sangat bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya dan suami kekuatan untuk menyelesaikan segala urusan arwah yang pada satu masa dahulu saya rasakan sangat mustahil untuk saya laksanakan. Sedikit-sedikit dapat kami langsaikan menggunakan serba sedikit harta arwah yang tinggal. Terima kasih pada pihak berkenaan yang ada juga simpati dan memberi diskaun untuk pembayaran. Tanpa diskaun, tak mungkin dapat kami lunaskan semuanya.

 

Astaghfirullahal'azim. Saya mohon ampun sangat pada Allah. Bukan tujuan saya untuk membangga diri atau menyebut-nyebut apa yang telah saya lakukan TETAPI saya hanya menulis semua ini untuk tujuan dokumentasi dan untuk menghela nafas panjang. LEGA SUNGGUH RASANYA. Dulu menggunung urusan arwah yang perlu diselesaikan tapi kini saya hanya nampak busut kecil.  ALHAMDULILLAH.

 

Orang kata, time heals griefs tapi semakin hari saya semakin rindu dengan arwah.

 

043

Lalu hari Ahad lepas, saya ziarah kubur arwah. Masa minggu pertama setelah dia pergi, saya mimpikan arwah. Dari hati dia berbicara dengan saya " Angah tak berniat nak tinggalkan ida sorang-sorang dengan bebanan masalah Angah. Angah minta maaf". Saya menangis setiap kali saya ingat mimpi ini. ( rindunya saya )

 

041 Saya ziarah juga arwah abah dan bersihkan pusaranya. Hari Ahad lepas ialah birthday abah. (kami selalu sambut birthday sama-sama dulu sebab cuma one day apart saje kan)

Tentu warga alam barzakh ini tak sabar-sabar menunggu Ramadhan, cuti satu bulan.

Al Fatihah untuk abah, angah dan semua muslimin dan muslimat yang telah selamat pulang kepadaNya. Semoga kamu sekelian tenang di sana.

Tuesday 19 July 2011

Introducing Pempedas

 

Hari Sabtu yang lepas, saya bawak bebudak kecik pergi makan ice cream di Ice Room. Kononya untuk Puan blog punya birthday treat TETAPI yang enjoy sangat ialah yang tukang suggestlah. Yang ikut ialah 4 orang budak kecik yang biasa mengekor saya bila saya bergerak ke mana-mana. Yang lain haruslah tak ikut sebab belum bangun tidur.

 

019 Ini adalah blueberry ice cream. Rasanya okey lah.

 

021 Ini pulak nut icecream. Rasanya sangat sedaaapp.

 

 022

Budak kecik dua orang ni order mango ice cream. Pun sedaaaappp. Siap berebut-rebut lagi tu. Suruh duduk sebelah menyebelah tak nak, jadinya bersilatlah sudu di tengah-tengah.

 

 

023

Saya dan En.AHBY order mixed fruit ice cream. Sedih sebab tak sedap. Sebenarnya tekak saya nak makan ABC masa tu. (tekak melayulah sangat, apa nak buat). Ice cream kat sini macam ice flakes sebenarnya. Texture ice cream tu tidaklah halus. Rasa-rasanya diorang amik ice cream blocks dan letak atas mesin macam ABC tu.

 

024

  Arif cakap macam chicken floss. (Asik ingat ayam je budak ni) Sekarang ni ayam dah mahaaaaal sangat. RM8.50 sekilo!!!!! Hari tu, Puan Alang pergi pasar beli ayam 2 ekor for RM44.00!!! Maka kami bercadang nak boikot ayam. Tapi si Arif ni, tak boleh lansung kalau tak makan ayam satu hari. Ais krim pun dia cakap macam ayam.

 

Bila dah habis ais krim dan otak pun dah beku kami pun bergerak nak balik.

Oh ya, sebelum keluar kedai, ada sorang budak dalam rombongan kami itu telah musykil dan datang bawak satu benda pada saya.

 

032 Ateh, ini pempedas kan. Terbahak-bahaklah orang gelakkan dia. Nasib baik bila nak balik baru dia discover pempedas ni, kalau tidak mahunya dia letak dalam ais krim tu. (sangat adventurous)

 

029 Pempedas dan rakan-rakannya, pengkicap dan pencucuk gigi.

Apa hal pulak kat Ice Room ada benda-benda ni semua? Sebab di Ice Room ini juga ada dijual makanan lain seperti nasi goreng, chicken chop dan yang seangkatan dengannya.

Sunday 17 July 2011

Pinggan Mangkuk di Langkawi

 

Tibalah acara yang ditunggu-tunggu oleh rombongan anak kak wok………MEMBELI PINGGAN MANGKUK!!!!!  YEEEEEAAAAYYY!!!

Setelah 18 tahun berkahwin, barulah sekarang terasa nak upgrade pinggan melamine di rumah dengan pinggan kaca berjenama Corelle, Corningware, Visions dan beberapa jenama lain yang selalu disebut-sebut orang pompuan semasa sesi beramas mesra di kenduri kahwin. Selama ini saya tak minat pun terutamanya bila mendengar betapa meriahnya acara membasuh pinggan   oleh 2 orang anak saya. Daripada pening kepala nak mengemas kaca yang jatuh berderai di dapur tu, baiklah saya pakai pinggan plastik je. ( kalau boleh nak pakai pinggan kertas lagi, jimat air)

Di Langkawi, ada 2 kedai yang femes di kalangan bas-bas rombongan ni iaitu, Hj Ismail Group yang terletak di pekan Kuah dan Idaman Suri yang letaknya agak-agak 5 km dari pekan.

Mula-mula masuk kedai Hj ismail Group ni, agak berpinar-pinar mata saya. Uuuu Mak Aiii, banyak eh pinggan mangkuk. Murah lak tu.

Sebelum menjadi lebih tak waras dengan kejakunan diri sendiri, saya telah mengarahkan anak saya Arif yang bersaiz agak besar duduk di ruangan kurang berisiko tinggi iaitu di seksyen cokelat.  Arif ni kalau berjalan sentiasa bawak backpack, cemerkap pulak tu. ( sila rujuk kamus untuk makna cemerkap, ya anak-anak). Tak ke haru kalau dilibasnya nanti rak-rak pinggan mangkuk tu. Kemudian saya pastikan pula En.Ahby  leka di seksyen  kain pelekat.

 

Baruuulah senang hati nak memilih SATU set untuk dibawa pulang ke rumah.

 

P7101047 Saya cukup minat dengan food warmer yang boleh pusing-pusing tu. Comel je. Senang masa raya nanti nak hidang pada tetamu. Untuk 5 mangkuk, harganya ialah RM110.00. Ada jugak set yang lebih banyak mangkuknya.

 

P7101048 Biasanya corelle hanya akan bagi 4 keping pinggan makan untuk satu dining set. Tapi kita orang Melayu ni kalau bertandang ke rumah kawan mestilah bawak anak-anak kan. Takkan cukup 4 keping je pinggan. Jadi bolehlah beli loose plates ni. Untuk promosi, murah sikit. Tapi kalau latest design, harga sekeping pinggan makan ialah RM40.00. Yang berbentuk square lagi mahal dari round ya, makcik-mak cik sekelian.

 231 Sedang asik memfokus kamera, saya terperanjat. "Ooopocot Mak Kau lawa gilo!", ada kebolehan melatah rupanya ahkak ni.

Nampak tak tu En. AHBY tiba-tiba muncul di tepi lensa kamera saya. Entah bila masa dia datang, tak sedar lak saya. “Lama lagi ke you nak pilih ni?” , dialog rutin En.AHBY bila membawa saya pergi shopping. Saya tak jawab apa-apa hanya muncungkan bibir ala-ala siti nurhaliza. Oleh kerana terkesima dengan kejelitaan saya bila muncung begitu, saya mendapat lebih masa untuk shopping.

 

232Daaaan... berkat dari tak menjawap teguran suami, rezeki saya murah hari itu. Saya telah diberi PERCUMA 3 set mangkuk Pyrex itu untuk set-set Corelle yang telah saya beli. Setiap satu set tu ada 3 mangkuk Pyrex dan nilainya pulak ialah RM120.00 sekotak. Biar betul. Saya telah menangis terharu di tepi kaunter bungkus membungkus tu. Tak caya ahkak, diik. Ahkak tak pernah menang apa-apa contest pun. Hari ini ahkak dapat free gift yang memang ahkak nak. Selalunya lebih-lebih pun ahkak pernah dapat tisu sekotak atau beg recycle tu. Dah berlambak beg tu kat rumah. Yang peliknya memanjang lupa je nak bawak keluar bila gi shopping.

 

 

Sebelum pergi ke kaunter bayaran, saya nampak sesuatu yang magik di atas sebuah gelas kristal.

229 Pepatung ni sikit punya baiik landing atas gelas kristal ni. Jadi saya hadiahkan imej ini untuk Dinas.

 

230

Yang ini pulak untuk Siti Murni. Dengar-dengarnya dia juga sukakan dragonfly.

Itu ajelah ole-ole dari akak. Cikgu akak di 'Kelas Maju Bersama Dunia IT' ni belum ajar lagi akak bab contest atau memberi souvenir pada kengkawan blog ni. Cikgu saya asik mesyuarat je, susah nak bergerak syllabus. (ke anak murid yang slow no menangkap)

Esok-esok lah ye!

Dan kalau rajin saya akan masukkan dalam blog, semua kuali dan pinggan mangkuk yang dah dibeli berserta harganya sekali. Bolehlah sesape yang baca buat comparison dengan harga-harga kat sini. Kemudian masa buat mesyuarat ahli-ahli koperasi, bolehlah bentangkan tajuk, berbaloi atau tidak  membuat rombongan pergi Langkawi untuk membeli pinggan mangkuk. Ada jugak gunanya info ahkak ni.

Saturday 16 July 2011

Lagi-lagi Langkawi ( The Loaf)

 

Oleh kerana salah seorang anak saya, makanan rujinya ialah roti, maka mana-mana kedai roti femes dan halal, wajib kami pergi.

 

192 The loaf ialah kedai roti milik Tun Mahathir. Terletak di Perdana Quay, Telaga Harbour Park di Pantai Kok.  Bakery ini menggunakan cara tradisional Jepun dalam pembuatan rotinya. Saya pun terbayang drama O-Shin satu masa dulu.

 

193 Banyak ciptaan Chef ni yang sedap-sedap belaka. Harganya lebih kurang sama dengan harga roti-roti di bakery lain seperti Sun Moulin. Tu yang tiga segi kat depan sekali tu sangat sedaaap, sedikit crunchy sebab ada coconut flakes di atasnya.

 

194Ada juga dijual garlic bread, croissant, french loaf dan queen bread. Roti-roti selalunya di bakar pada waktu pagi dan kalau pergi selepas gelincir matahari (kekdahnya ialah melihat bayang-bayang kaki sendiri di kawasan lapang),banyak roti yang dah habis. Kalau nak makan spaghetti atau yang seangkatan dengannya pun boleh juga. Tapi ini khas untuk tekak mat saleh dan makan pun ala-ala ringan-ringan.  Jangan pulak pergi sini nak orda masak lemak tempoyak ikan patin lak ya.

 

191Comel saja bakery ini. Sambil minum-minum kopi, bolehlah tengok kapal-kapal berlabuh. Dah selalu sangat minum kopi sambil mengumpat di bawah pokok rambutan depan rumah tu, sekali-sekala nak jugak bersantai macam ni. Kalau tak kenangkan dosa yang dah berkoyan-koyan, boleh jugak nak adakan sesi umpat mengumpat sekali. Tajuk dan bahan umpatan memang banyak kat sini (bagi pengumpat tegar).

 

186 Oh cacai-cacai hamba sedang membersihkan perahu layar hamba rupanya. Bagus, bagus wahai cacai sekelian. Hujung bulan ini ada bonus menanti, jangan takut.

 

196 Perahu layar yang berkabin warna kayu tu untuk disewa ya, tuan tuan, puan puan. Harganya ialah beribu jugak untuk satu hari. Siap 2 bilik tidur dan tempat masak lagi. Kalau nak chef pun boleh gak. Tak payahlah fikir nak makan kat mana, kan. Terlentang aje, makanan dah siap. Sungguh produktif bagi mereka yang hobinya ialah mengumpul lemak.

 

184

Di hujung marina tu ada sebuah boutique hotel, The Danna yang baru dibuka pada bulan Julai 2010. Hotel ini milik Tradewinds Corporation Berhad (TCB) yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary. Rates nya adalah lebih kurang dari RM788 semalam. Orang Langkawi kata hotel ini milk Tun. Mungkin Tun ada share kot. Esok-esoklah kita tanya Tun pasal gossip ini ya!