Pages

Monday 30 January 2012

Biaseeee dia tu!

 

 

Assalamualaikum,

 

Selamat bertugas ya, pada mereka yang cuti panjang sempena CNY dan selamat bersekolah semula untuk sekolah yang amat pemurah bab cuti ni. Termasuklah anak akak yang baru mula sekolah hari ni. Tapi hari ni nak pergi sekolah matanya merah pulak sikit. Bila ditanya kenapa, dia cakap dia risau sebab namanya ditulis dalam buku kawalan kelas sebab lupa nak bawak buku log satu hari tu. Dengan pen merah pulak tu. Cikgu cakap nanti masa assembly, kena panggil nama mereka yang ditulis dalam buku tu dan kalau pen merah, kena rotanlah pulak. Tu lah yang buat dia risau sangat nak ke sekolah hari ni.

Alahaii...kesian pulak akak tengok dia stress. Masa zaman akak sekolah dulu, tak pernah akak nampak kawan2 yang dirotan. Kena panggil atas pentas pun jarang2. Kalau kena panggil pun,kesalahan yang besar macam duduk dorm masa broad daylight dan ponteng, ponteng prep, merokok, mencuri. Lepas tu ada lah first warning, second warning bagai. Jadi sempatlah nak insaf dan bertaubat kan.

Sekolah sekarang strict betul, ya. Akak tak tahulah sekolah lain tapi sekolah anak akak ni memang strict sangat. Kalau sampai lewat ke sekolah pun, macam kalau lebih 7.25am tu akan di panggil jugak atas pentas. Cikgu pun bagi tahu dia tak mahu terima alasan bas lambat ke rosak ke apa. Pandai2 lah sound ngan driver tu. Dan akak pun dah pesan dgn driver van anak akak supaya cuba sedaya upaya tak lambat.

Bukannya apa, kedua2 anak akak ni memang kecut perut betul kalau kena denda di sekolah.  Trauma sampai berpeluh2 sakit perut setiap kali nak ke sekolah. Puaslah akak membekalkan selawat dan doa hari ni untuk dia agar cikgu lembut hati dan maafkan dia. Maklumlah tingkatan 1 kan. Perlukan masa sikit nak sesuaikan diri dengan rutin sekolah menengah pulak kan. Tapi anak akak ni memang pelupa. Mungkin ini jadi pengajaran padanya untuk tak lupa lagi.

Kat rumah ni pun akak pening kepala jugak ngan budak sekolah dua ekor ni. Satu pelajar tua yang sepatutnya dah pencen tapi taaaaak pencen2 lagi. Dan satu lagi yang baru 5 bulan sekolah, lepas tu, apa pelajar tua ni buat dia ikuuuuut je. Macam idola lah pulak. Walaupun.

 

002

Dicakar2nya beg akak sampai melambak jatuh kebawah. Beg akak tu pun dah terburai2 benangnya akibat selalu dicakar Milo. Lepas tu sibuk2 macam dia boleh angkat dan susun balik. Saja nak ajar anak buat jahat jugak. Tapi Milo ni, bila akak buntang mata dan cakap, "BIASE DIA TU!!!!", dia faham. Selalunya dia tahu dia dah buat salah dan lari jauh2 menyorok.

 

 

040 

Kes ni biasa terjadi kalau dia kena marah tahap impak maksima. Sebab kesalahannya pun jenis impak maksima jugak macam nak kencing atau nak ber*** dan tak reti2 nak keluar cari tandas atau beritahu orang suruh bukak pintu. Selamba je buat hal atas alas kaki depan pintu bilik mandi tu. Bila akak masuk bilik tengok berlipat kemas je macam lipat nasi lemak tu. Bukak lipatan tu, dah ada hadiah ikhlas dari Milo sebanyak 3, 4 ketul. Memang kenalah naik atas pentas kan. Kalau muka macam tak insaf tu, kena bagi jugaklah selepuk dua dari akak. Lepas tu dia merajuklah konon dan lari bawah kerusi ni. Susah payah betul dia nak menyelit masuk kat tempat sempit ni. Tang perut je dah tersekat dua tiga kali. Konon macam "biarlah aku pergi membawa diriku. Uhuks." . Bawa diri hape? Bawah kerusi dalam bilik yang sejuk berhekon lagi. Kalau ya, nak bawak diri pergilah keluar kat balcony tu ke, tengah panas tu kan. Tak pun ke pintu dapur tepi tong sampah tu ke. Barulah orang lain pun tangkap syahdu. Tak payahlah merajuk, Milo, kalau setakat kat bawah kerusi tu. Buang masa je. Hahahaha.

8 comments:

Suara Kalbu said...

Alalalalala..sian Milo majuk. Meh sini auntie pujuk meh. Auntie banjer KFC nak ? Kehkehkehkeh

Nini D.. said...

pelajar tua yg takkkk pencenn2 laghik tu kak,tolong kim salam sikit....
ammmbbboooiii...pandai ye buat nasi lemak bungkus depan bilik air....
biaseeeee dia tu!!

Aidah said...

Suara Kalbu,
Susah2 je auntie ni tau. Terima kasihlah. Mak saya cakap jangan makan banyak2 nanti lagi boroi. Hahaha.

Nini D,
Nasi lemak tak per lagi. Kalau roti canai kuah banjir lagi haruuuu. EEEwwww, minta maaflah ya, kalau ada yang tak lalu nak makan roti canai lak lepas ni. Hahaha.

Dinas Aldi said...

Dia lipat macam nasik lemak kak? Serius? Bijak sungguh di Milo ni. Okla memang nakal perbuatan dia 'membuang' suka hati tu tapi pandai la dia melipat lepat sembunyi perbuatan dia tu, kahkah!

Aidah said...

Dia memang pandai sorok sisa dia tu kalau dah buat salah, Dinas. Tapi lipatan tu taklah macam orang meniaga nasi lemak tu. Lipatan tu lebih pada origami tak jadi. Hahaha.

akulah elleez.... said...

hehehe milo majuk eh meh dtg umah aunty liz leh kwan dng anak bulus aunty yg sama2 pandai wat kuih lipat melipat ni tau2 ada bau jer.....

Nota Cikgu Anum said...

strict jgk ek skolah tu. setau ai klu naik atas pentas denda utk kengkonon bg pgajaran tu, ade la kot skolah yg buat. tp public canning dh diharomkan. sesaje cikgu die gempaq jer kot :)

Aidah said...

Akulah elleez,
Ada geng melepat milo ya. Kalau meniaga lepat okey jugak. Ini lepat busuk, sape nak. Hehehe.

Nota Cikgu Anum,
Ai saspek pun macam tu jugak. Saje cikgu nak bagi gempaq. Tapi elok jugak sebab bebudak zaman sekarang pelupa betul. Lemas dibuatnya sebab maknya yang dah beruban ni pun tak pelupa macam tu.