Pages

Sunday 8 January 2012

Bila cuaca panas

 

Sejak akhir2 ni cuaca sangatlah panas. Panas berdentang katanya. Akak ni bila panas terik sangat cuaca, mulalah sakit kepala. Memang tak boleh buat apa kalau sakit kepala teruk macam tu.

Hari Sabtu lepas sepatutnya ada orang datang servis aircon tapi dia tak dtg pulak sebab van dia breakdown. Rasa nak hangin je bila dia cakap camtu tapi nak buat camana. Takkan nak histeria pulak kan. Sabar je lah. Maka appointment dibuat sekali lagi sabtu depan. Dan bersabar je lah dgn aircon yang sepoi2 bahasa ni. Syukur jugak masih ada kesejukannya walaupun tak de feeling London cuma feeling masuk shopping mall time sale, hari Ahad dan orang ramai berpusu-pusu macam seolah2 barang yang ada tu free gamaknya.

Sebenarnya cuaca panas macam ni mengundang rasa musykil jugak sebab pernah ada orang beritahu akak tahun 2012 ni ialah tahun bumi berada paling dekat dgn matahari. Maka tarikan graviti akan jadi lebih kuat, lepas tu mungkin akan terjadi bencana alam yang luarbiasa. Akak tak pasti betul atau tidak semua tu. Wallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Takut jugak bila terkenang tsunami di Jepun dulu dan banjir besar di Thailand. Dengar2nya ada jugak orang simpan stok beras sekarang ni sebab takut beras naik harga dan takut tanaman padi tak menjadi. Akak masih macam biasa, pastikan ada stok extra sekampit disamping yang ada dalam tong beras. Tapi takut dan risau macam tu saja pun tak guna. Yang paling mudah dan selamat, beribadat seperti kita akan mati esok hari dan bekerja seperti kita akan hidup selamanya. Walau macamanapun akak rasa banyak dah tanda2 bumi ni dah terlalu uzur. Tapi walaupun uzur, masih banyak anugerah dan rezeki keluar dari perut bumi ni.

 

046

Macam moktan dan manggis ni yang tengah musim sekarang. Sedaaap makan masa cuaca panas ni tapi kena minum air banyak2 sebab nanti kang batuk, mak maraaah!

 

047

Yang ni pulak limau Cameron Highland, baki2 yang tinggal pemberian Puan Alang. Manisss jugak.

 

002

Dan tak lupa jugak buah yang dtg bercuti dari obersi iaitu cik stroberi dan cik ceri. Yang jambu jeruk perisa epal tu pulak menumpang glemer org obersi. Pernah rasa tak jambu tu? Puan Alang beli di Cameron Highland jugak. Sedap tau tapi akak cari kat KL ni tak de pun.

Macam tulah tekak akak tika cuaca panas berdentang macam ni. Tak berapa lalu nak makan. Tapi Alhamdulillah ada rezeki jugak makan buah.

 

022

Yang 2 ekor ni, akak tak tahu nak cakap apa. Hujan sejuk pun dia bergelung, panas terik pun sama jugak. Pendekata hanya makan tidur, makan tidur, makan tidur.............Tak pernah kesah puuunn.

10 comments:

Dinas Aldi said...

Makan buah2an best, especially yg jenis banyak air, sodap yo sambil kunyah2 tu minum air ye macam tembikai tu haa. Tapi tu la, musim2 ni kalau makan tembikai lebih2, alamat mencari demam le..

Tijah said...

paneh tu bukan apo kak...taun ni kan taun nago. bahang dio menyombo2 la gek eh tu.

Suara Kalbu said...

Amboiiiii Cik Moli..seronotnya awak tido atas badan gebu Encik Milo hihihihi

Aidah said...

Dinas,
Betul, betul. Makan tembikai boleh jugak cherry berry masa cuaca panas ni.

Tijah,
Yo ko Jah. Patutlah bopinau mato akak ni kok mondongak ko ateh. Kosan eh ado nago.

Suara Kalbu,
Macam tuuulah si Moli. Nak tidur mesti carik perut Milo. Hehehe.

mama maman aka yana said...

sedapnya moktam ngan manggis..:)

cantik tmpt dodo diorg... siap ada spounge box lg..:)

Aidah said...

Sekarang ni memang musim kan, banyak jual kat tepi jalan. Kadang2 tempat tido tu penuh dgn barang2 akak. Kahkahkah.

Irfa said...

senang jadi kucing yer..tido je kejenya,.,dia bukan kisah naik gaji ke pencen umur 60 ke..bukan mslh dia kan?hehe

Nini D.. said...

gambar bawah sekali tu Nini setuju...panas ke..hujan ke...sejuk ke...salji ke...cenggitu jugak dia..dobot pon sama..kekadang tu tengah panas terik pon boleh golek gelantang atas jalan raya..pening!!

Aidah said...

Itulah kaann. Tapi ada gak masa dia bengang kot, bila org tak faham cakap dia. Hehehe.

Akma_cikyong said...

uishh...paneh2 nie mmg sodap lah kan pekena buah2,dpt lak makan kt topi2 sungai ker,bwh pokok ateh pangkin ko..fuh!mmg felingg gitu..kihkih
hamboi!gbr last xtahannn~~hikhik