Pages

Thursday 26 January 2012

Haiiii! Lamanyaaaaa cuti!

 

 

Assalamualaikum,

Fullamak cuti panjang akak ya. Tengok kawan2 gigih update. Ahkak jugak yang terbabas cuti padahal dah balik KL pun. Cuma agak malas sejak akhir2 ni dan badan pun agak kurang sihat.

 

021

Cuti hari tu akak balik kampung jugak dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Hari Sabtu tu bertolak pukul 7.15 am tapi highway S'ban KL dah sesak  dengan kereta. Berensot jugak tapi masih bergerak, Alhamdulillah.

Sampai PD terus memerap duduk rumah sebab jam yang tiap2 hari dihadap dek orang KL tu dah berpindah pulak ke PD. Hari Ahad tu akak keluar jugak pagi2 pergi Giant. Perjalanan balik rumah semula sampai dekat 2 jam. Padahal hanya lebih kurang 12 km je. Menanges disitu.

Jadinya kali ni, nak berjalan sepoi2 manja exercise tepi pantai pun akak tak dapat buat. Hanya makan tidur, makan tidur macam.............

 

112

Macam si tembam atas tu. Tak de maknanya dia nak duduk bersantai dgn kucing2 lain kat luar tu. Pot baiiiiik punya dalam bilik atas katil bawah ekon. Yang anak ni pun asik nak berkepit dengan daddy debab tu sebab kalau balik kampung bertambah jakun si Moli tu. Semua benda pelik. Semua benda nak disemburnya. Orang gelakkan dia pun disemburnya. Kelakar betul. Dah tak kenal dia dgn tempat asalnya. Dasar lupa daratan betul.

 

 

041046

Kat rumah mak akak ni ada 3 ekor kucing yang sangat suspicious di mata Moli. Antara ramai2 tu, inilah yang paling ditakuti Moli. Ketua mafia cawangan Teluk Kemang, Wahau.

 

 

143142

Sebab apa dia takut? Sebab Wahau ni ada kuasa luar biasa tau. KUASA HIMPITAN BERAPI!!!! Tak de lah berapi sangat pun. Hanya berbulu je dan mungkin Moli takut lemas dgn bulu Wahau ni kot. Menjerit2 dia panggil  Daddi! Daddi! Help meeee!!!

 

 

P6140867

Tapi Wahau tu harap muka je garang, hati lembut macam span. Daaaan Wahau juga sangat takuuuut pada ketua gangster cawangan Seri Kembangan ni. Muahahaha. Tak boleh lawan ganasnya, der. Masa kat kampung hari tu sempat jugak dia melempang Wahau. Berterbangan bulu Wahau akak tengok atas simen balkoni tu. Dan Mak akak telah menggunakan kuasa veto dan mengarahkan Milo dibawak masuk bilik akak, jauh dari Wahau.

 

 

P4240045

Jawab Milo, " Lagiiiii aku suka sebab dapat tidur bawah ekon. Hahaha ......zzzzzzzz."

16 comments:

Akma_cikyong said...

hahahaha lawak gilers kisah akak balik kpg..si wahau ngan milo dok beradu kegebuan atas katil ker kak..hikhik

~mrs azmi~ said...

tak lama lagi sok moli pun boleh join persatuan kucing2 debab.. hihi

Aidah said...

Akma cikYong,
Macam tu lah kucing dua ekor yang dah menopaus ni. Hahahaha.

mrs azmi,
Ha ah. Akak ni tengah menternak lemak dia pulak biar gebu cam Milo.Hihi.

Nini D.. said...

giler kelasss nama dia,Wahau!!
bulu-bulu dia buat Nini rasa gerammmmm!!!!!!!

akak tolongla peluk ciumkan dia utk Nini bila blk kg nnti ye..pehtu bgtau dia ada awek dari Taiping kirim salam..dia nak kenenkan anak dia nama dobot dgn wahau...ahaks!!

Akma_cikyong said...

wah ade lamaran lah kt wahau..kihkih comel!haha misty tmbah jeles lah si milo~~

Irfa said...

HAHAHA..
mak dah start kuar kuasa verto yg tak tahan tu

12km 2 jam perjalanan?mmg nanges la

Aidah said...

Nini,
Akak sebagai orang tua menurut je. Kalau wahau dan aweks taiping tu dah sama2 suka, apa salahnya. Yang jadi masalah, dah potong habis dan tak dapat berzuriat lagi. Canno tu? Kahkahkah.

Akma cikyong,
Tak de lamaran pun dia jeles, inikan pulak dah ada yang berkenan lagi kena penampar beracun si Wahau tu nanti. Hahaha.

Irfa,
Memang melemaskan dik. Tak de makna nak berdamai di kampung. Memerap je lah akak di rumah mak. Nak ke pasar dekat pun jam.

Murni Alfathunnisa said...

chek kalau tension suka baca entry kak aidah! qeja nak gelak saja...haih..

watak minggu ini 'wahau' yer...ketua mafia cawangan teluk kemang! aduyaii...

milo purak2 merajuk lari tido bawah ekon...dasar kuat tido dia ni..haha

Dinas Aldi said...

Wehhh ada yg berkenan kat Wahau kat atas tu haaa, fewit!

Tak bleh tahan tengok pose ketua gengster cawangan Seri Kembangan. Cek pun takot, kahkahkah!

Aidah said...

Siti Murni,
Milo tu buat alasan je nak masuk bilik sebab tak tahan panas. Namanya gangster...

Dinas,
Milo kalau balik kampung, kucing rumah mak akak semua menyorok takuuuuut. Tapi jangan takut, Dinas, dijamin tak ganas malah hati bunga2 lagik. Kahkahkah.

Suara Kalbu said...

Ohhh..sangat rindu nak tengok keletah Milo dan Moli lepas dah banyak hari tak dapat online hihihi

Aidah said...

Suara Kalbu,
Tak de aktiviti apa pun ida, budak 2 ekor ni. Bermalas-malasan juga gamaknya. Hahaha.

Nina,
Akak pun semangat nak reply komen ida ni. Memang taste robin tu lagu lama2 sebab dia tu orang lama jugak dik. Dah 50 lebih umurnya. Akak siap google wife dia semua tau lepas abis baca buku tu. Macam kaku je dia ngan wife dia. Tapi dgn mistress, sakan loving. Best kan buku tu. Nampak na akak ni suka bergossip pasal royalties ni, kan. Hahaha.

Aidah said...

Nina,
Tetiba akak tersalah tulis nama lak kat atas tu dan tetiba komen nina tak dapat di publish pulak. Sorry ya. Tah hape2 jadi macam biarlah rahsia pulak kat e-mail tu. Berkali2 tekan publish tak leh jugak. Tapi akak suka lah baca komen nina walaupun panjang lebar. Ada geng yang suka buku yang sama, nampaknya. Hehehe.

Nina said...

haha. kata post ada unsur ju-on, haruslah komen juga misteri tatkala mahu dipublish.

from ida with love

wah ida pulak kau maria!

Aidah said...

Nina,
Hihi. Tak sangka ada expose mistik pulak. Padahal bergossip pasal si Robin je. Apa2 pun komen Nina buat akak gelak sorang2 taw. Bertambah keseraman di situ. Hahaha.

Iz said...

hahaha kelakar gila muka moli kena hempap dek kucing resaksa.