Pages

Wednesday 4 January 2012

Rabu yang macam hari Isnin.

 

Malam tadi akak tak lelap sangat tido. Nervous mengalahkan budak darjah satu nak masuk sekolah. Budak darjah satu zaman sekarang pun dah tak nangis lagi kan. Akak pulak yang berpeluh2. Mintak2 janganlah kejadian pitam tu berulang lagi. Mulai hari ni akak akan bertugas bawak kereta kemana2 tujuan hal sekolah anak akak yang sorang ni, Arif.

Pagi tadi pukul 5, mata dah terjegil tak boleh lelap balik. Bangunlah pergi masak air dan siapkan breakfast untuk Arif dan En.AHBY. Akak punya senang aje, bancuh quacker oats dalam mug. Cukuplah sampai pukul 8 pagi kot. Hehehe. Macam bagus jee.

Pukul 6.30 dah keluar rumah, first stop stesyen komuter untuk En.AHBY dan kemudian ke sekolah Arif. Dalam kereta semua senyap, telan je segala pahit dalam mulut sebab nervous kot. Yang gelak besar dgn lawak Johara dalam radio ERA tu hanyalah si Farah. Maklumlah orang dah habis skolah.

Daaaan Alhamdulillah pagi ni semua beres dan akak tak rasa apa2 yang pelik, hanya pening kepala sikit sebab tak cukup tido. Tinggal kategori menjemput pulak pada petang nanti. Mohon cuaca baik sampai petang nanti.

Esok Arif akan start naik van sekolah pagi2 tapi waktu balik tak tetaplah pulak. So balik, akak jugak yang akan menjemput dia.

 

063

Balik rumah, inilah pemandangan dalam bilik. Sikit punya baiiiik peluk memeluk. Nasib baik Moli masih bawah umur. Kalau tak, apakah akan terjadi sumbang mahram di situ? Hussssshh! Mintak simpang jauh2.

14 comments:

Naz said...

haha..cutenye Milo peluk Moli mcm tu...penyayang Milo ye

~mrs azmi~ said...

milo tak sunat lagi ke kak?

tapi.....

mereka sangat comel!!

hihi

Aidah said...

Naz,
Memang si debab tu penyayang, daddy terbaik katanya.

mrs azmi,
Dah lamaaa sunat, dik. Kadang2 macam ala2 lembut pulak akak tengok sebab suara haluih macam kucing betina. Yang akak risaukan si Moli tu sebab belum operate lagi.

Nina said...

akak, saya harap akak kaunseling kan moli dan milo tu. bukan nak menyibuk hal orang, tapi kalau dah terlanjur, nanti yang malu kita semasyarakat ni jugak kan...

on a more serious note (eh,tak cukup serius ke tadi?), take good care of yourself k. jangan stres2 ;)

Akma_cikyong said...

hihi waaahhh...milo pandai dah skrg..syg btul dia kat moli 2..hihi ke buang tebiat time tuan xder umah jer nie??hihi

Aidah said...

Nina,
Itulah pepagi sebelum keluar rumah akak biarkan tv on, rancangan tanyalah ustaz. Sekurang2nya adalah malu jugak walaupun ustaz tu dlm tv je. Kehkehkeh. Tq for your concern, Nina.

Akma,
Dia memang tak tahu maluuu, akma. Depan kami ni selamba kodok je. Hahaha.

Suara Kalbu said...

Tak jemu ida tengok gambar ni kak.

Besarnya nilai kasih sayang walaupun mereka cuma kucing. Tapi manusia ? Suka suki buang anak tepi jalan. Kalau lah diaorang tahu yang saya 9 tahun dah menunggu dan berusaha untuk dapatkan seorang baby ....

Irfa said...

MASUK BLOG AKAK NI..BUAT SAYA TETIBA RASA NAK BELA KUCIN :)
LEBIH KURANG SAMA NGAN STUASI SY NGAN BABY KENIT YANG PELUK ERAT SAYA TAK NAK BAGI GI KEJE

Dinas Aldi said...

Comel & mesra sungguh budak2 berdua tuuuhhhh, kahkahkah!

Alhamdulillah kesihatan akak ok. Semoga terus ok, saya doakan :)

Unknown said...

hahaha..comel la plak moli ni peluk memeluk...

Nota Cikgu Anum said...

aritu kite dgn baby(motip panggey laki ai 'baby' hehhheh)jln2 cari makan. Al kisah nyer die ajak cari kucing sbb nengok si Milo ni la. Ingat nk p pet shop rupenye p pasar borong. Sakit ati ai. Nak kucing cantik gemuk cam Milo tp cari kat jalanan. benci tau

Aidah said...

Suara Kalbu,
Ooh, ida masih menanti ya. Semoga tahun ini Allah makbulkan apa yang dihajati. Amin.

Irfa,
Time dia berkasih sayang ni memang comel tapi bila time dia ganas, kita marah pun dia buat derk je, tau.

Dinas,
Terima kasih atas doa, Dinas. Selalunya first day memang berat sikit kan. Harapnya alah bisa tegal biasa lah kan.

suw,
Milo tu kejap aje nak tido dekat2 dgn Moli tu. Sebab dia kan byk lemak, cepat berpeluh ketiaknya. Kahkahkah.

Nota Cikgu Anum,
Baby tu niat dia memang baik tuh. Daripada carik kat petshop baik dia rescue yang kat tepi jalan je, kan. Milo dan Moli ni pun akak kutip yang orang buang je nih. Pelan2 bagi dia debab tau. Hehehe.

Murni Alfathunnisa said...

masyaallah milo..! moli! ape ke hea nye tu...?? kot yer pun bersenda gurau, bermanja bagai hormat la sikit kat orang tak cukup tido tu....adei la pening i...pening...haha tak pasal2 plak saya yang pening...

Aidah said...

Pening tak pe lagi, jangan termuntah ya. Sebabnya Milo ni dah kira kategori tua macam atuk2 tau. Si Moli tu pulak macam kategori budak baru sekolah rendah cam tu. Hahaha. Lawak ja. Apalah tahunya 2 ekor tu, dah namanya haiwan kan. Akak ni je yang lebih2.