Pages

Thursday 5 January 2012

Yeayyy! Dah dapat puuun.

 

Masih kejadian semalam. Lebih kurang pukul 12 tengahari. Akak dengar bunyi sayup bell kat pintu rumah. Belit tudung kat kepala lepas tu jengok kat lubang pintu tu.

Orang yang ditunggu dah tiba. Messenger antara kakak dan sahabat blogger yang duduk nun jauh di utara.

050

051

Bukak selapis dgn ganas, ada pulak selapis lagi. Tak sabar dah nak tengok isi dalam ni.

 

053

Inilah rupa FM dari Dinas. Terimakasih banyak-banyak naa. Ini kira pestaim akak dapat dari sahabat yang kenal dari blog ja. Alhamdulillah.  Tapi betul cakap Dinas, kucing suka mai dekat dia. Cer tengok Milo tu. Sibuk nak cium FM tu. Agaknya ada bau tangan Dinas kot. Tak pe lah, senang sikit, kalau ada rezeki jumpa Dinas nanti, Milo taklah gayat sangat. Hihi.

 

055

Daaaan terus akak letak bersama2 kawan senegerinya di peti harta karun feveret akak.

Hmmm....bila nak pi Penang ni agaknyaaaa.... Dah lama tak makan murtabak restoran Hameediyah, tak makan tauhu bakar kat gurney, char kuey tiow di Park Royal, dan yang paling special nasi kandar kat tepi laut sebelah hotel tu. Ingat makaaaaaan jeeee akak ni. Hahahahaha. Eh, tak jugak. Kali ni kalau ada rezeki pi Penang lebih bermakna sebab dah ada kawan yang nak di jengok jugak kan. InsyaAllah.

13 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

cantik la kak! sy pun ada dpt smalam tp waaaaaaa ada ke patut sy dmnta amik parcel tu kt post ofis daerah lain pdhal dpan prmhn sy ni pun ada post ofis! grrrrrrrr


oh, itu k aidah ke?

~mrs azmi~ said...

geram betul ngan tangan gebu milo tuuu

FM adalah souvenir yang paling seswai untuk sesiapa saja! hihi

takyah pening2 kepala nak beli souvenir apa dan paling penting cantik! boleh feeling2 begi ke semuaa destinasi tu kan

Aidah said...

SSL,
Diorang ni memang tau. Akak kan kali ni bernasib baik dia mau naik atas anta, kalau tak memang kena kutip sendiri, jauh jugak.
Oops, bukan dik, itu my elder sis, Puan Alang tapi swimsuit yang dia pakai memang akak punye. Hehehe. Yang gamba atas tu pulak parents akak dgn cucu2nya.

mrs azmi,
Akak pun gerammm jugak walaupun tiap hari tengok. Nasib baik banyak bulu, kalau tak dah digigit2 tu.

suri solehah said...

salam kenal...seronoknya dapat cenderahati dr kawan2 maya..

Aidah said...

Terima kasih datang lawat akak ya. Tu lah kan, rezeki nak dapat kawan baru walaupun di alam maya. Alhamdulillah.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah dah sampai & elok ja tak pecah ka hapa, hehe..

Malu lak tengok nama sendiri kat entri blog ni..

Murni Alfathunnisa said...

sila la mai penang lagi kak..

kami warga penang menunggu kedatangan akak...nanti chek belanja the best nasi kandar in town...ekeke

Aidah said...

Dinas,
Alahaiii, Dinas. Terima kasih bobanyak ya. Bila ada peluang akak sendiri bagi souvenir kat Dinas, by hand, yek? Harap mak Dinas dah okey sekarang ni.

Siti Murni,
Alhamdulillah ada lagi sorang kenalan yang boleh akak jengok di Penang. Tapi nak warn sikit, akak ni macam org tak de hidung, mak akak cakap, sebab MALEW GITEW. Hihihi.

Nota Cikgu Anum said...

ai pon miz Penang. yg paling miz serabai Tmn Tun Sardon :)

Aidah said...

Alamak ni satu lagi makanan yang kena carik ni, tak pernah makan tuh.

Akma_cikyong said...

wah!kak aida dah dpt yer FM 2..2la..wlau akma xkenal akak n kak dina..tapi korang sgt sporting!hihi

Aidah said...

Alhamdulillah. Dah rezeki akak dapat pembaca yang baik2 belaka.

Suara Kalbu said...

Waaaaaaaaaaaaa..dapat FM la. Ida pun suka kumpul FM :-)