Pages

Tuesday 3 April 2012

Ingin turunkan berat badan 5kg dalam 2 minggu?

 

 

Hebat tak tajuk akak. Gerenti lepas ni ramai yang sesat masuk blog akak kan. Terutama bakal pengantin ke atau orang nak pergi reunion ke kan.

Jangan terpedaya dgn tajuk gah akak tu. Akak bukannya nak jual produk teh cirit birit atau milkshake yang boleh buat kita kenyang sampai seminggu tu. Sebenarnya akak nak cakap dari pengalamanlah. Eh, bukan..bukan pengalaman akak. Sebab akak masih tembam dimana2 cuma pengalaman atuk kat rumah ni.

Hari tu kan, masa hal tak de air tu. Akak kan letak dia kat Klinik Haiwan Mesra. Sebelum boarding tu, doktor tu suruh Milo timbang dulu. Bukannya syarat nak boarding cuma saje nak tengok pengecutan badan tu, ada atau tidak. Lagipun doktor tu jugak yang suruh akak tukar makanan Milo 2 minggu lepas.

Akak saspen jugak. Dahlah 2 minggu lepas kena leter Milo ni dgn doktor tu. Lepas tu akak pun silap dengar, ingatkan masa tu 7.3 kg. Rupa2nya 7.4 kg dalam rekod doktor tu. Tapi alangkah terkejut dan bahagia rasa di hati sebab dia dah turun dari 7.4 kg ke 6.8 kg.

Iya..akak tahu kat tajuk tu 5kg kan. Tapi 500g pada Milo tu lebih kuranglah macam 5kg lah kan. Bukan senang tu nak turun. Sebelum ni tak pernah sampai bawah 7kg. Dah bertahun asik lebih 7kg je.

040 

039

Sebelum. Selonggok lemak di atas katil.

 

100

107

Selepas 2 minggu. Nampak tak macam slim sikit kat perut tu. At least adalah potongan sikit kan.

 

096

Daaaan inilah makanan Milo yang baru. Akak belum jumpa kedai yang ada jual loose pack lagi jadi sekarang ni makanan Milo lah yang paling mahal. Pek 400g tu  harganya RM19.90. Tapi boleh tahanlah untuk 2 minggu. Yang bagusnya makanan ni low protein jadi itulah yang menyebabkan berat badannya tak naik. Kalau kita ada diet camni kan best. Makan tidur, makan tidur dan berat masih turun dgn jayanya. Akak yang terbaring je ni mesti dah lama slim. 2 minggu terbaring, slim macam Siti, lagi 2 minggu slim macam Liyana Jasmay. Wow hebat akak ni ...tiap2 minggu memeranjatkan suami nanti. Hehehe. 

 

130

Semenjak dah rasa macam slim ni kan, selalulah posing atas katil dgn peha terkeluar sikit camtu. Macam Angelina Jolie yang posing dgn peha sebelah terkeluar masa Academy Awards tu. Hahaha. Milo pun perasan seksi sekarang ni tau.

Kalau ada sesape yang ada kucing obese, bolehlah bagi makanan fit tu. Yang muda lagi dan belum sampai 7 tahun umurnya boleh bagi INDOOR 27 RC. Tapi macam biasalah, kalau nak tukar makanan kucing kena ikut formula betul ya. Dari hari pertama hingga kedua, makanan baru 1/4 dan makanan lama 3/4 dalam portion makanan dia. Hari ketiga dan keempat, 1/2 dan 1/2. Hari kelima keenam, makanan baru 3/4 dan makanan lama 1/4. Dan hari ketujuh baru boleh stop makanan lama dan bagi terus makanan baru. Okey. Selamat mencuba. 

13 comments:

Nini D.. said...

dobot kalo makan bersukat,..mmg meroyan le jawabnya....

btol la....kuku kaki atok nmpk kurus..kikikikiki.....

kak,gmbr posing atas karpet pepel tu ala-ala model tyra banks ke?

mama maman aka yana said...

amboi.. tertipu la tajuk tuh.. hahaha..:)

wlpun kurang 5oog tp dah nmpk slim banyak dah tuh.. hehehe.. senang dah gamaknya dia nak bergerak eks..:)

Aidah said...

Nini,
Haiikk...kuku je ke yang kurus. Hahaha. Macam tulah kalau perasan dah slim macam supermodel, posing tak nak kalah. Manjang posing bajet retis je tau.

Yana,
Kan akak dah cakap. Tajuk akak memang macam baguss je kan. Tapi kalau ada produk mujarab macam tu memang ngamlah.

Irfa said...

betul la kak..tajuk tak boleh blah tu buat saya terus klik tanpa perlu fkir 16kali..hehe

boleh la kot cuba makan tu kalau nak slim :)

Akma_cikyong said...

hahaha atok..atok..2-3 menjak nie asik atok jer kami gosip =) hikhik
mne si micki ngn moli kak??
klau lah product bleh manusia mkn,mmg aku org 1st nk p terjah kedai 2..haha mkan2,then kurus..haha so market skit cam atok!ngeh3

Iz said...

Alololo ciannye. Cam kesian pulak bila kucing turun berat badan nih. hehehe.. Kucing saya yg Lilo ngan Ichii tu, tak naik, tak turun berat badannya. Macam tu pun risau jugak. Siap tanya doktor apahal la depa tu tak naik2 berat badan. Hahaha

Ros said...

Assalamualaikum Aidah,

Ya...betoi la Aidah...Milo dah nampak slim sikit dah la ni....kesian la pulak Kak Ros tengok..tapi kalau badan besar lagi kesian kan Aidah....

Wahhh Milo nih...posing yang sangat mengancam lah.....he.he.he...

Naz said...

dia tak ngamuk ke badan dia dh kecik..hehe..senang sikit nak bergerak..tapi pipi maintain..

Aidah said...

Irfa,
Tajuk memang tak boleh blah. Kalau makan tu, memang gerenti slim sebab cirit birit sepanjang masa. Hahaha.

Akma,
Akak memang jeles ngan Milo ni. Akak dah try macam2 tapi tak satu pun menjadi. Makin meriah lemak, adalah.

Iz,
Memang. Akak pun kesian gak. Tapi dulu lagi kesian sebab nak catu makanan dia. Bila dia mintak jugak tambah dalam bowl tu akak rasa kesian sangat. Tapi indoor 7 ni doktor cakap tak payah catu. Bagi je dia makan tak kira masa. Tak yah control pun. Milo memang sukelah cam tu.

Kak Ros,
Alaikumsalam. Dulu masa badan dia lebih 7kg, bergerak pun susah. Nafas dia pun macam mencungap je. Sekarang ni dah okey sikit. Taklah kuat sangat bunyi nafas tu. Alhamdulillah.

Naz,
Tang pipi tu kena bawak pergi nip/tuck. Hahaha. Tak dapek nak nolong...

Dinas Aldi said...

Tahniah Milo! Memang dah nampak slim kat perut tu. Teruskan usaha, lepas ni konpem ramping, fewit! :D

Aidah said...

Kan. Bila dukung, rasa ringan je, Dinas. Kalau dulu rasa macam sekampit beras. Hahaha.

hmylieen said...

masyaAllah...besonyaaaa miloooo sukernya tgkkkk, boboo dah kurus skit!!

So Shy Lady (SSL) said...

aa lah sjibik angelina joli bia buat aksi kaki tjulur tuh kahkahkah
bleh lah menerai kebaya lpas ni, kan milo kan kahkahkah


ewah kak aidah, minggu k3 slim mcm scha al yahya, confirm ;P