Pages

Monday 30 April 2012

Rojak sambil menyapu rumah....

 

 

Assalamualaikum...

Masuklah rumah akak. Mahaplah kalau berdebu sikit. Baru je tadi menyapu. Berabuk sikit semenjak dua menjak ni. Maklumlah agak busy sejak akhir2 ni. Badan pulak kemain selow lagi kalau buat keje ni. Tak macam dulu macam lipas kudung bergerak. (kesian lipas....kena kencing manis lalu kudung kakinya)

Akak ni busy bukan apa, sibuk menyiapkan barang2 keperluan anak akak je. Maklumlah nak berjauhan dari mak ayah. Anak sulung pulak tu. Haruslah lengkapkan segala2nya. Lepas tu pulak sekarang ni Metrojaya ada buat warehouse sale kat Bukit Jalil kan. Dari cadar sampailah ke barang cinonet, semuanya harus diborong di sana. Jimat gak duit sikit.

Tapi yang paling best kalau warehouse sale MJ ni ialah bab perfume. Memang murah bangat. 

 

033

Paling banyak dijual ialah Chris Adams punya perfume, sebotol yang 100 ml tu harganya RM69 saje. Kalau beli 2 botol (boleh campur2) harganya RM129. Jimat lagi. YSL tu pulak sekotak perfume dgn body shower dan lotion harganya RM135. Sarah Jessica Parker Endless tu pulak hanya RM60 sahaja. Burberry pun ada jugak tapi cepat habis. Yang kat sudut atas sebelah kanan tu pulak perfume cap montot Milo. Ini lagi panas dan cepat habis. Hahaha.

Akak beli ni bukan semua akak punya. Ada utk mak dan Puan Alang punye yang enteprem jugak.

Comforter set Jean Perry pun ada jual tapi tak banyak sangat. Jeans pun berbaloi gak beli sebab kalau kat luar harganya jeans goggles tu lebih RM100 kan. Kat sini hanya RM49 sahaja. T-shirt Polo tu pun ada gak. Kemeja Polo yang RM179 tu dijual RM71 saja. Dapatlah beli sehelai dua utk anak. Macam tu lah kalau dah tua macam akak ni. Beli untuk anak dulu. Kita punya kemudian citer.

Jadinya dari hari Jumaat, akak dah bertunggu tangga di Dewan Sri Putra Bukit Jalil tu (alah tempat konsert Mania masa 2 minggu lepas). Last day sale ialah esok, maka kalau sesape yang ada bajet tu bolehlah pegi. Akak ni dah terlebih bajet sampai duit operation Peah gossip tu pun akak dah terpakai. Nasibbaik boleh cover dgn duit belanja harian. Kalau tidak hantar kat bidan kampung je lah utk spay. Boleh? Hahaha.

022

Masa ni Moli sedang menikmati saat2 manis sebagai anak dara yang ada harapan jadi ibu. Semalam akak dah hantar ke Bangi untuk dimandulkan. Pakej 3 hari 2 malam duduk wad di bilik single ialah RM120.00. Yang atuk kompius sebelah tu pun akak hantar vaksin jugak. RM35 utk pakej angkut sendiri dan bawak balik sendiri dgn mengahnya.

 

004

Tapi Milo masa nak bagi ubat cacing, sangatlah drama. Siap sembur2 doktor tu. Lepas tu dikunyahnya ubat yang pahit tu sampai berbuih2 mulut. Dah masuk setengah, dimuntahkannya pulak depan doktor tu. Muntah pulak siap complete dgn makanan yang dia makan tengahari tu. Selambak di situ. Puaslah doktor tu mengelap. Buat malu kaum kerabat je tau.

Tapi dengan bangga dan kembang hidung Milo nak bagi tahu yang berat badan dia turun lagi 100g dan doktor telah mengisytiharkan Milo tak obese lagi. Bestkan. Makan sampai lima enam kali sehari, tidur 24 jam tapi berat badan masih turun. Kalau sesape ada kucing boroi, debab semacam kat rumah tu, cepat2lah bagi makan RC Indoor. Memang berkesan.

068

Hari ni atuk dapat m.c sebab baru lepas cucuk montot. Walaupun dah ringan, tapi tetap gebus. Tiap kali akak bawak klinik, semua orang nak pegang dan peluk dia. Dan soalan wajib ialah "brape kilo kucing akak ni? Stetmen wajib dari peminat pulak ialah "Umanngaiii besarnya, tak pernah nampak kucing besar camni!" Sian kan. Masih tak nampak slim. Lepas ni nak buat plastik surgery pulaklah utk kulit yang dah menggelebeh tu. Agak2 ada tak bomoh kampung buat pakej. Bajet akak dah tak de nih. Heheheh.

Mintak mahap ya dgn tajuk atas tu. Rojak tak jadi datang utk acara kemas rumah hari ni.

14 comments:

Irfa said...

kenapa rega perfume kat situ murah sgt?kat klia ni mahai :(

biasalah..dh jadi mak mak ni..keperluan anak2 adalah di utamakan

Aidah said...

Mula2 tu akak musykil jugak tapi tengok exp date mmg lama lagi. Pas tu mmg promoter MJ yang jual. Diorang cakap sebab yang dijual tu stok lama. Itupun tak byk. Kiranya kalau dah habis kat situ, tak de lagilah nak dtg stok lain. Berbaloi jugaklah beli, akak rasa.

TopsyTurvyMum said...

Wahh...turun 100g jer terus tak obese. Hebat Milo!
Gambar Milo yang last tu sebijik cam arwah kucing MIL dulu. Namanya Ella. Kaler dia, corak tompok dia ngan cara tido sebijik!

TopsyTurvyMum said...

lupa lak..
Kak..saya try nak tukar template blog lebih kurang cam template akak ni tapi tajuk lain. Tak boleh la..blogger kasi msg error. Tensi dennn!!
Akak buat camne??Tulunn!

Aidah said...

TTM,
Wallamak orang obersi datang bertandang rumah akak. Nasib baik baru lepas sapu. Hehehe. Akak kan kalau bab tukar template ni ada orang tulun buat kan. Tapi yang akak perasan template ni agak complicated sikit instructionnya nak buat style copy paste pun tak jalan. Memula budak ni download dulu, pastu keluarkan kalau yang ada zipfolder tu. Pastu gi blogger acc, pegi kat setting kalau tak silap. Kalau nak bagi lebih faham lagi akak bagi link kat bawah tu ya. Akak bukannya mahir sangat pun. Tapi mmg ikut step by step instruction bawah tu. http://btemplates.com/faqs/#questionhow-to-install-a-blogger-template

Nota Cikgu Anum said...

salam..sy dgn jayanya membesarkan dua bdk kitten ni. hadoii..gabra sgt. kul sblas balik umah tgk kucin. kul due nanti blk lg. kne sembur dgn pengetua gak kang. yg tensi nye..dorg ni lima bersaudara. due saya cilok. belen dok dgn mak die lg. ari2 mkn RC. mahai gilos bende ni kn tp yg dok dgn mak die lg debab. adekah sy telah menyiksa bdk berdua ni. tolon la puan dokter :)

Nini D.. said...

ok...ni nak komen panjang2....

bab perfume tu nini hoke lg sbb tak berapa giles perfume..perfume hantaran kawen dulu pon masih ada 3/4 idak berluak..tak koserr dah cik abg tu nk belikan perfume tapi.....
bila mendengar bab seluar jeans,mulalah hati nih nak brlagu riang...sebab??..nini suka seluar tak kesah samada jeans,khakis,track-suit mahupon seluar 3suku(kat umah ajela)!!..tak berapa gemar berskrit labuh atau berkain meleret2 sbb tak berapa berjiwa gegurl.kalolah boleh nini mintak akak belikan barang selai jeans tu..(saiz pinggang 30 kak ye untuk Uson,saiz 27 utk ladylike,applemint,.) maklumat lanjut kita calling2 ye..muahahahaa,sesuka aje den nih!!


atuk jampi tn doktor ke?..aduila.memang drama tok bomoh nie.wah,sudah makin kurus!..ni mesti kes sakan kumpul duit tabung sbb nak pinang dobot kan?..ala,xpe la tok nampak gebus pun..gebus barula bestt...boleh peluk ketat2~..sbb perot yg menggelebeh tu la dobot sayang lebey...nanti boleh main cubit2 lemak dgn dobot..tak gitu tok? :p

Murni Alfathunnisa said...

uwaaa...macam nak nanges je..apsal MJ kat Penang ni takde dengar warehouse sale pun! huhu..saya ni dah la memang minat membeli perfume..pakai nya sayang..sembur ala2 kedekut gitu! Harga murah tuuu...

Adeh..moli dah mandul!..takde lagi dah penyambung keturunan....hehe...

Saya kalau baca bab milo ni..konfem gelak sorang2..haih..macam peel si atuk ni..

Dinas Aldi said...

Saya masa zaman setadi kat KL dulu memang suka sesangat pi Metrojaya, perfume memang best. Masa tulah, sekarang saya perfume sebotol kecik setahun pun payah nak habes, kehkeh..

Tahniah Milo dah tak obes lagik!

hmylieen said...

perghhhhhhhhhhh turun dah dak milo ni tapiii tetap maintain nampak debab dan comellll!!

Iz said...

Ya Allah, si Sookie tu pun sama jugak bila makan ubat kak. Masa masuk klinik tu, kemain lagi sopan santun. Kalo si Aoi masuk klinik satu tapak je dah meraung macam pompuan meroyan, tapi bila makan ubat senang je. Si Sookie tu, masuk klinik sopan, duduk atas meja, sopan lagi. Bila timbang, doktor ada geleng kepala sikit (sikit je haha), pastu bila makan ubat, sampai basah meja dek air liur dia. Siap kena ganti ubat batu. Sbb tu la saya rela susah sikit, asalkan tayah bagi makan ubat sendiri. Tak sanggup nak bersilat dgn dia.

Iz said...

eh sori. bukan ubat batu ye.. UBAT BARU. hahahaha. ape ke teruk benor typo

Aidah said...

Cikgu Anum,
Kalau dah namanya cikgu, tetap gigih tau. Sanggup ulang alik jengok anak kucing. Hehehe. Tak pe cikgu kalau yang dibela tu kurang gemuk dari mak dia. Bagi je dia makan wetfood utk kitten kalau belum ada gigi. Kalau dah bergigi, bagi dry food pun tak pe. Tapi mesti ada air semangkuk sebab dryfood ni kdg2 boleh buat dia haus. Kalau nak bagi mak dia menyusukan sekali sekala pun boleh tapi nanti bertambah2 lak tanggungjawab cikgu. Saya ni pun bukan pakar puuun tapi dapat jugaklah menggemukkan si Milo tu. Hahaha.

Nini,
Akak memang rasa bersalah tak sudah, Nini. Asik terkenang2kan jeans yang tak dapat akak belikan tu. Harap2 adalah peluang lain utk akak belikan apa2 utk Nini nanti. Ada rezeki, kita jumpa ya.

Siti Murni,
Kita sama lah, dik. Akak pun suka gak kumpul perfume ni tapi pakai pun jimat gak. Maklumlah sekali sekala je boleh membeli. Tapi kan, kalau tak silap akak, MJ kat negeri lain pun ada jugak warehouse sale tau. Akak pernah tengok iklan kat sokkabar tapi dah lupa kat negeri mana.

Dinas,
Akak ni time sale mampulah shopping. Kalau tak sale tak payahlah, mahai! Hehehe.
Best kan, asik turun je tapi masih overweight cuma tak obese lagi.

hmylieen,
Memang perghh sangat. Jeles akak tau.

Iz,
Hahaha. Kelakar betul. Akak baru nak tanya, ubat batu tu ubat fesyen baru ke? Ingatkan boleh try kat Milo. Rupanya typo. Gelak besar akak sorang2.

So Shy Lady (SSL) said...

byk nye borong wah patutlah harum smerbak je blog akk neh hahaha


oooo dh selimlah ye si debab tuh tahniah!