Pages

Saturday 30 July 2011

Rendang merendang. Part 1.

 

Dengan berbekalkan 4 keping Salon Pas di pinggang dan beberapa bahagian lain di badan, saya pun turun ke dapur untuk acara kebesaran keluarga kami iaitu masak memasak. 4 orang askar pengiring pun sudah diberi taklimat untuk membantu  chief tukang masak nanti. Semua bahan penumis pun sudah siap ditumbuk dan dimesin oleh bibik.

 

047 Kaki dapur outdoor ni baru saja saya beli semalam. Oleh kerana pinggang dah sakit nak membongkok, masak dibawah, saya dan En.Ahby gigih mencari stand untuk dapur gas outdoor tu. Jumpa jugak satu di kedai hardware di Port Dickson yang dijual dengan harga RM54.00. Lepas ni tak de lah jalan macam nenek bongkok tiga lagi setiap kali jadi tukang masak rendang ni. Siap boleh duduk atas kerusi lagi sambil mengacau rendang. Sukeeeee.

 

059 Mula-mula saya masak rendang ayam. Bahan-bahannya ialah 3 ekor ayam, cili kering, cili api, kunyit, halia, lengkuas, serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, kerisik dan 1 kg santan. Jumlah setiap satu bahan penumis tu tak yah cakaplah, sebab kalau ikut resipi kak wok ni biasalah kan, 1 genggamlah, 1 cekaklah, sebesar ibu jari dan macam-macam lagi ukuran anggota badan yang akan jadi rujukan. Lagi pening kepala orang yang nak salin resipi nanti. Jadi ikut pandai-pandailah ya.

 

061 Bila dah menggelegak santan tu, masukkan pula daun puding untuk rasa yang lebih oomph. Kacau perlahan-lahan supaya rendang tak hangus dan tak hancur daging ayam tu. Bila sudah semakin kering kuahnya, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dah dihiris.

 

058 Ini pulak pembantu saya yang paling mahal gajinya. 1 jam pakai kena bayar RM500.00. Saya dah komplen kat agen tadi, siap bertengkar lagi. Katanya rate dia memang macam tu. Malas nak kecoh-kecoh, jadi saya guna jugaklah khidmat dia ni tapi hanya selama 3.5 saat.

 

065

   Pung pang, pung pang dah siap pun rendang ayam. Yang hitam-hitam tu ialah daun puding ye, bukan cili kering.

 

 

 

Okey, oleh kerana entry kali ini agak panjang, saya telah membahaginya dengan sesuka hati kepada 2 parts. Kalau rasa membosan tu bolehlah sambung baca lenkali ya.

 

RENDANG MERENDANG. PART 2.

Acara seterusnya pulak ialah memasak rendang daging hitam (minang style).

Oleh kerana ini kali pertama buat rendang minang jadi haruslah di salin resipi betul-betul.

2kg daging batang pinang, 1/2 kg paru dan 1/2 kg hati.

2 sudu plastik bubur McD jintan manis

2 sudu plastik bubur McD jintan putih

2 sudu plastik bubur McD biji ketumbar

Kesemua bahan diatas(kecuali daging) digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk.

5 senduk melamine cili kering yang telah dikisar.

Satu bekas tapau putih tu, bawang merah yang dihiris.

Satu genggam tangan kanak-kanak 5 tahun, bawang putih.

5 ketul halia sebesar ibu jari kaki.

1 ketul ibu jari kaki lengkuas.

Secekak serai dihiris-hiris. (macam lirik lagu irama malaysia pulak)

Daun puding yang telah dipetik semahu-mahunya.

1 kg santan......eh kalau tak cukup tambah lagi RM2.00 santan.

1 biji kelapa parut yang dijadikan kerisik.

Jangan lupa 2 sudu besar gula enau.

 

050 Mula-mula tumbuk bahan yang perlu ditumbuk sambil mulut terjerit-jerit kat askar-askar kecik yang dah buat acara bebas di keliling rumah.

 

062 Habis semua harta karun dikutipnya. Penat je chief tukang masak bagi taklimat kat diorang ni pagi-pagi tadi.

 

070 Tumis dulu segala rencah-rencah sampai naik bau, barulah di masukkan daging. Bila dah kecut daging tu barulah masukkan santan. Kemudian bila dah mendidih santan, masukkan pula daun puding dan gula enau/merah. Bila dah nak kering santan, barulah masukkan kerisik.

 

054

Untuk tujuan mengacau rendang hingga kering, saya telah menggunakan khidmat buruh buruh paksa. Kebetulan agen tu memang ramai buruh ni dalam simpanan, murah pulak tu. Gajinya, 2 ketul rendang ayam dan nasi panas untuk makan tengahari nanti. Murah kannnn. Tapi sebab murah maka halalkanlah kalau ada setitik dua peluh masuk kat dalam rendang tu nanti ya. He he he.

073 Dah siap pun rendang daging minang saya. Inilah yang akan jadi hidangan untuk bersahur esok-esok, insyaAllah.

2 comments:

Dinas Aldi said...

adoi awal2 dah gelak part letak salon pas kat badan tu, kahkahkah!

meriah sungguhla masak, seronok tengok. pasal tengok saja yg seronok tu, kalau kena buat sekali, kehkehkeh!

Aidah said...

Salon pas dan yoko yoko memang jadi peneman setia diwaktu-waktu begini. Hu hu hu.