Pages

Friday 15 July 2011

Rombongan anak, menantu dan cucu cik wok ke Pulau Langkawi

 

Kali pertama pergi pada tahun 1993.

Tujuan : Hanimuun.

Hotel: Pelangi Beach Resort.

Jumlah wang yang dibawa : Dua tiga keping syiling yang dijumpai dalam laundry basket. (dah habieh  duit kat kenduri kahwin)

 

 

Kali kedua pergi ialah tahun 1998

Tujuan : Saje jalan-jalan sebelum melahirkan anak kedua.

Hotel : Mula-mula Tiara Resorts, amik package dgn MAS tapi bila check-in mlm tu dan ternampak beberapa helai rambut entah sesape atas bantal (siap kelemumur lagik, eeuuuww) terus kembang tekak dan tak jadi baring pun. Malam tu, saya tidur atas kerusi menantikan matahari terbit esoknya. Lepas subuh , terus keluar carik public phone ( masa tu tak de hand phone ya) untuk book hotel lain pulak. Kami pindah ke City Bayview.  

Jumlah wang yang dibawa : Dua sampul duit syiling yang telah siap ditukarkan ke duit kertas.

 

Kali ketiga pergi ialah tahun 2001

Tujuan : Memperkenalkan Pulau Langkawi pada mak saya, Kak wok.

Hotel  : Holiday Villa Resort.

Jumlah wang yang dibawa : Tiada dalam rekod sebab Mem Besar, Kak wok ada sama jadiii semuaaaa dia nak belanja.

 

Kali keempat pergi ialah baru-baru ini.

Tujuan : Membawa anak-anak mengingati semula percutian masa kekecik dulu. Si mama pulak nak menggantikan pinggan melamine dengan pinggan kaca. Anak-anak kan dah besar jadi bolehlah dinaiktarafkan sistem pinggan mangkuk di rumah ini.

Hotel : City Bayview (senang nak shopping)

Jumlah wang yang dibawa : Adalah sekepal je, cukuplah untuk beli SATU set sahaja pinggan mangkuk.

 

 

nikon2 264 Terketar-ketar lutut turun tangga kapal terbang setelah sebahagian dari penerbangan asyik tempuh awan saja.

 

 032

Tak banyak perubahan pada lapangan terbang Langkawi ni. Masih satu tingkat dan tak banyak kedai, tak macam Penang, KK atau KB.

 

 041

Bilik Executive ini sangat spacious, tilam yang firm (hotel standards), carpet yang bersih (tiada musty odour) dan bathroom yang ada bath tub dan shower room. Semua orang adalah sangat berpuas hati dan tidur dengan nyenyak setiap malam. Dan kali ini, tokey dan bini sangat kedekuit kerana hanya menempah satu bilik sahaja. Bila lagi nak bagi anak-anak tidur menyelit bawah ketiak mak bapak kan. ( Alasan….. sebenarnya dah siap kira duit untuk shopping pinggan mangkuk )

 

037 

Sesape yang dah menempah executive rooms ini bolehlah ke business lounge di tingkat 14 setiap pukul 5 pm to 8 pm untuk menikmati complimentary hi-tea.

 

035 

036  

Ada cakes, pastries, kuih melayu macam popia, samosa dan coffee+tea. Alhamdulillah sedap tapi perut saiz besar anak cucu keturunan kak wok ni takkan teralas sampai ke malam dengan kuih-kuih ni. Jadi malamnya kena fikir nak makan apa for dinner. (tokey dan bini tengah mengira duit , tolak campur untuk dinnerlah pulak)

2 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

yg turun tangga k ida ke tewwwwwwww?

nk kirim pinggan mngkuk gakkkk!!!

Aidah said...

Eh, bukan, bukan. Itu anak dara ahkak. Yang depan tu pulak husband ahkak.