Pages

Sunday 31 July 2011

Selamat Hari Selasa ....ooopps Hari Puasa.

 

Masa kekecik dulu, bulan puasa memang seronok walaupun sementara menunggu berbuka tu amatlah seksanya. Hausnya jangan cakaplah, macam boleh je habiskan satu jag air sirap tu. Penyudahnya nasi dapat masuk sesuap dua sahaja. Bila selesai sebulan puasa, badan saya makin kurus melidi. Tapi itu cerita masa kecik ketika tulang rusuk pun boleh buat gitar.

Masa sekolah asrama pulak, puasa saya sangatlah rugged. Sahur memang tak pernah. Manalah nak ada selera bila lauk sahur selalunya ikan jaket goreng  dan sup kosong. Masa buka pulak memang cukup sepinggan sahaja. Tak pernah dibuat pulak  dek student lain bertambah dua tiga pinggan, maklumlah sekolah perempuan jadinya penuh berhemah dan bersopan santun gitu. Hasilnya bila balik rumah masa raya, berat badanku pun sangat ideal. Adalah jugak dapat jelingan di beberapa sudut dari jejaka-jejaka kampung yang datang beraya. (perasan je lebih sebenarnya). Walaupun puasa rugged, solat terawih tetap pergi, yang bestnya kalau pergi terawih, prep dikecualikan.

TAPIIIII  entah dimana titik mulanya saya pun tak sedar, tetiba tersangatlah makmur lemak di badan, walaupun telah berpuasa sebulan. Sahur pun boleh tahan selera tuuuu. Bila berbuka jangan cakaplah, bazar ramadhan memang wojib pergi setiap hari. Apa taknya anak-anak punya selera lain, mak lain, bapak lagilah lain. Jadi pergilah beli ikut selera dan kehendak tapi tidak ikut nafsu tau! Selalunya saya akan pastikan tidak berbelanja lebih dari dua juadah seorang. Satu juadah heavy dan satu lagi kuih atau apa-apa yang ringan yang boleh dimakan lepas terawih. Dapur rumah pun kadang kadang sahaja berasap di bulan Ramadhan ni. Bukan malas masak tapi saya nak sokong peniaga-peniaga muslim kat bazar Ramadhan tu (kononnn). 

 

Tahun ni tak tahu lagi macamana ibadat puasa saya dan keluarga. Mohon saya pada Allah agar kami dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan lebih cemerlang. Supaya apa yang kami laksanakan nanti jadi bekalan untuk 12 bulan yang akan datang bila tiba Ramadhan sekali lagi. Agar kami menjadi individu yang lebih beriman dan bertakwa bila selesainya Ramadhan ini. Amin.

 

 

Di rumah ini cuma Mizz Nisya yang baru nak belajar puasa tahun ini. Kanak-kanak lain semua dah dapat lesen F1 kalau bab puasa ni. Dalam erti kata lain, kalau tak puasa memang tak patut sangatlah kan.

 

Namanya pun baru nak belajar puasa jadi puasa pun boleh tersasul jadi selasa. Maafkan je lah.

 

 

Lepas tu si Abang pulak nak bagi ucapan selamat berpuasa.

Tinggal satu batang je lagi gigi susu yang masih belum dicabut kat depan tu. Tersangatlah kelakar rupanya sekarang, macam atuk-atuk je. Si Wahau tu pulak memang jadi mangsa buli budak berdua ni.

 

Bila dah pakai tudung, barulah sejuk ilmu nak serap dalam kepala. Satu take saja, loud and clear

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN!!!

Sebagai permulaan bulan mulia ini, saya ingin memohon maaf pada sesiapa sahaja walau hanya di alam maya, atas segala kata-kata yang menyinggung perasaan atau bahasa yang terkasar sehingga mengilukan hati. Selamat mengerjakan terawih. (yang ini kalau disuruh ustazah tu berucap, menangis dia. Panjang sangatlah....Nisya penatttt!)

2 comments:

Dinas Aldi said...

saya masa dok asrama zaman sek men dulu makan tak lalu sebab terpaksa duduk mengadap meja bebudak lelaki. aih seksanya nak makan masa tu bila perasan direnung dek dema padahal tengok muka dema pun tidak, mana nak tau dema renung saya ka tak, kahkahkah!

selamat hari selasa, eh selamat berpuasa untuk kak Aidah & keluarga!

Aidah said...

Itulah...miss zaman sekolah dulu. Masa zaman tu rasa nak cepat besar sebab tak larat dgn rules yang strict tapi bila sekarang ni rasa nak balik ke zaman itu semula.