Pages

Saturday 16 July 2011

tiktoktiktok

 

42 

Adoooi yaiii pun, panik nampak!!!!  Dah 42 akak hari ni.

Kata orang toksah pandang pada nombor, tengok pada pengalaman dan memori kita yang dah terkumpul selama ini.

Kata orang jugak setiap uban, kedut dan sendi-sendi yang berkeriak  keriuk bila kita bergerak mewakili setiap event penting dalam sejarah hidup kita.

Kata orang pulak life begins at 40. Kalau akak dah 42, maka dah 2 tahunlah bermula hidup akak.

ITU KATA ORANG. KATA SAYA;

PIII RAAAHHHH!!!!!  CAMANO TAK NENGOK NOMBOR, DAH TOPAMPANG KAT I/C DEN….690716. KONO HAPAL LAK TU.

UBAN TUMBUH SOBAB MASALAH YANG SOMAKIN BOTAMBAH DONGAN UMUR, KODUT PULAK SOBAB MUKO TU ASIK BOKORUT DONGAN MASALAH TADI DAN SONDI DEN NI BOBUNYI SOBAB LUTUT DEN NI DAH TAK CUKUP MINYAK ITAM. SEMUO EH TU SOBAB DEN DAH TUO. PAHAMMMMM!!!!

HAAA…INI LAGI SATU DEN TAK PAHAM OMPUTIH NI. KALAU LIFE BEGINS AT 40, ABIEH TU SOBOLUM 40, KAU KEK MANO? TAKKAN DUDUK DALAM PORUT MAK KAU!!

Ado minah saleh tu cakap ngan den, alah sapo namo agak eh, den dah lupo.

Haaa…namo eh Helen Rowland, dio cakap,                                                       

“Life begins at 40 - but so do fallen arches, rheumatism, faulty eyesight, and the tendency to tell a story to the same person, three or four times.”

 

 

Oleh kerana umur yang dah semakin meningkat, secara otomatik saya membahasakan diri sebagai akak dalam blog ini. (kesilapan yang tak disengajakan)

 

 

Terimalah lagu istimewa dari Mizz NIsya untuk ahkak sempena harijadi ahkak ini.

 

 

Lagu kedua ni pulak bunyi jam yang menyedarkan akak yang akak ni dah tua. HU HU HU.

 

Ya Allah,

Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Kau kurniakan, anak-anak yang melengkapkan, suami yang menjadi peneman hidup, juga keluarga dan sahabat yang memberi ketenangan. Terima kasih ya Allah atas perjalanan hidup yang tersimpan segala hikmah yang telah Kau aturkan untukku. Semoga perjalananku seterusnya menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. AMIN.

4 comments:

fadz said...

hi kak wok... happy birthday.. may Allah bless u

Aidah said...

Terima kasih Fadz.

Farah said...

Happy birthday to you..
happy birthday to you...
happy birthday to mama...
happy birthday to you....

hehehe..

love you mama.. :)

Aidah said...

Terima kasih anakku
Terima kasih anakku
Terima kasih anakku, Farah
Study hard anakku.

Ha ha ha.


love you more....