Pages

Wednesday 27 July 2011

Wok wok Wednesday

 

Wok kat atas tu bukan kak wok mak saya tapi wok, kuali kat dapur tuuu.

Hari tu pi Langkawi, leher panjang jugak menjengok kat seksyen Tefal tu. Memang sangatlah murah Tefal di Langkawi. Kalau di KL ni tak mampu nak beli banyak-banyak sebab yang kecik untuk goreng telur je dah dekat RM30.00. Haruslah yang besar tu pulak beratus kan.

Makanya saya pun membelilah serba sedikit.

 

312

Grill pan tu harganya ialah RM99.90.

Pancake pan tu pulak RM 81.90.

Stirfry pan (wok) tu ialah RM 109.00.

Dan periuk tu pulak RM 169.00.

Bagi mak cik-mak cik yang dah bermesyuarat hari tu dan sebulat suara untuk membuat rombongan ke Langkawi lepas raya ni bolehlah mula compare price Tefal di sini. Kalau murah agak agak berpuluh-puluh ringgit tu, eloklah bincang dengan pak cik-pak cik POP (persatuan orang pencen) tentang bajet membeli periuk belanga di Langkawi.

 

 

Hari ini saya masak simple sahaja iaitu........

 

 

022

Sardin goreng kicap berlada yang sangat sedap rasanya sebab dimasak penuh kasih sayang dengan kuali Tefal yang bersinar-sinar. He he he .

Kaunter order makanan yang bersantan dan perlu direneh, ditumbuk dan diuli ditutup buat sementara waktu kerana hari ini dan hari seterusnya, tukang masak sibuk mengemas dan menggosok baju. Sila rujuk menu stir fry untuk makanan hari ini. Harap maklum.

3 comments:

Dinas Aldi said...

kalau dah banyak wok macam tu kenalah gigih masak. saya tak payah belilah sebab tak berapa gigih dalam department tu, hakhakhak! dasar pemalas saya ni :D

Lee said...

Hi Aidah, I love your sardine goreng berlada.....looks really delicious.
I think makan with bread pun sedap best ni.
Isteri saya gila pots and pans, always find excuse beli satu.....

Anyway, I can't cook, so tutup mulut, ha ha ha.
Have a nice day.
Lee.

Aidah said...

Dinas,
Tak gigih mana pun masak. Gigih membeli adalah. Shhh..jgn habaq orghang lain no. He he he.

Uncle Lee,
Always been my family's favourite dish especially for sahur during Ramadhan. And the easiest one to prepare too. He he he.