Pages

Saturday 17 December 2011

Hari kedua di Melaka : pergi kerjE kitE bersaME orang MelakE

 

 

024

Pagi lagi kami dah turun breakfast sebab kononnya menurut tour guide rombongan kami iaitu ahkak jugak, aktiviti adalah sangat padat.  Arif dah mula menyuap sementara yang lain2 masih sibuk mengumpul makanan di meja untuk dipolok2kan masuk dalam mulut.

 

023

Pagi lagi kami dah turun jadi orang tak ramai sangat. Selesalah sikit kan, kalau tak tu macam berlaga2 pulak masa nak mengambil makanan kan. Dalam pada sibuk menyuap tu sempat jugak jeling kiri kanan. Lepas tu ternampak pulak kelibat familiar kat sini.

 

025

Jumpa pulak dgn artis popular ni haa. Sape tak kenal, baiiiiiiik punye. Hehehe. Yang sebenarnya, waiter ni memang sangat iras muka Dafi. Akak pun tanya dia, pernah tak orang cakap, muka you ni macam Dafi. Dia cakap, selalu. Lepas tu, en.AHBY pun request amik gamba dgn dia. Nama sebenar dia Syahirin kalau tak silap akak tapi memang baiklah orangnya, senyum sentiasa dan sangat peramah. Selalu jugak layan kami berbual bila kami turun makan.

 

PC121201 Dah kenyang makan, kami jalan kaki depan hotel tu untuk tunggu bas panorama  hop on hop off ni. Konon nak tour bandar Melaka kan, tapi rupanya bas ni dah macam public bas untuk angkut orang pergi kerja bagai. Maka pada pagi Isnin tu kami turut menyesakkan pengangkutan pergi kerja orang Melaka. Hahaha. Sebenarnya akak pernah jugak naik bas panorama ni 3 tahun dulu tapi dia pakai bas double decker tu maka sesuailah sightseeing namanya tapi kali ni guna bas biasa je sebab bas double decker tu rosak. Dah bertahun rosak katanya. Macam rombongan tah ape2 kami pada pagi tu melawat bangunan tempat kerja orang. Siap bersesak dgn mat bangla atas bas tu. Kelakar betul dan gambar pun tak dapat nak amik sangat sebab cermin bas macam  kelabu keladak je.

 

PC121204 

Setelah membazir masa agak sejam lebih, kami pun tekan loceng dan berhenti di depan kapal antik besar tu. Ini pun driver bas tu  yang cadangkan sebab dia pun agak kepelikan dan kesian dgn kami yang muka keboringan duduk dalam bas mengiring orang pergi kerja. Apa hal kan. Kat sini akak borong lagi belacan yang dah siap bakar, cincaluk yang dah siap campur bawang dan cili (pemalas betul akak, kalau boleh semua nak segera dan siap nganga mulut je). Ada satu keropok sedap kat sini iaitu keropok geragau, memang ngam rasanya pun akak borong jugak.

 

035 039

Haa, ni lah dia 2 gambar semenggah yang berbaloi nak masuk blog, masa akak mengiring orang pergi kerja dalam bas panorama tu. Yang lain cuma gambar pejabat sahaja. Hahaha. Okeylah sambung lagi esok2 ya sebab kat rumah akak sekarang ni ada tetamu VIP.

3 comments:

Dinas Aldi said...

Kahkahkah awat la pulak bas pelancong jadi bas hantar orang pi keja? Takpalah, sekurang2nya pelancong masih boleh naik jugak lagi, hehe

Aidah said...

Agaknya sebab tak nak membazir sebab masa cuti je ramai pelancong kan. Dengar2 bas double decker tu dah repair dan boleh guna semula, mungkin itu nanti khas utk pelancong kot.

dalila said...

bestnya jalan2 cuti2 camni..