Pages

Saturday 10 December 2011

Kenduri kahwin di kaki gunung.

 

 

Hari tu masa weekend panjang awal muharram tu akak ada jemputan kahwin yang sangat penting . Walaupun tengkuk dan leher masih belum elok lagi, akak pergi jugak sebab yang buat kenduri kahwin tu ialah adik perempuan En.AHBY. Memang tak patut sangat kalau tak pergi kan.

 

226

Rumahnya terletak di Kluang, Johor. Jauh tuuu agak2 300km dari KL kot. Sebelum pergi tu akak doa banyak2 mintaklah boleh bertahan duduk dalam kereta lama2. Itupun akak terpaksa tidur Melaka 1 malam supaya tak jauh sangat nanti dari situ nak ke Kluang.

 

218 Kami bertolak pagi lepas subuh. Sampai di highway kawasan Pagoh tu sejuuuk sangat. Di celah2 pokok tu boleh nampak kabus.

 

272 Alhamdulillah selepas 3 jam kami sampai juga akhirnya. Bab nama Gunung Lambak tak pulak akak tahu asal usulnya. Google pun tak membantu,  cerita misteri pulak yang akak jumpa.  Apa2 pun memang cantik kawasan ni.

 

239 Haaa itulah dia selambak terbentang Gunung Lambak. Puncaknya tak nampak sebab banyak kabus. Sejuk rasanya kat sini macam Cameron Highland.

 

245 Inilah rumah adik ipar akak tu. Kemain senyum husbandnya menyambut ketibaan kami.

 

249Puan Rohani Yaacob ni ialah adik En.AHBY yang ketiga.

 

251  Kurma daging Johor style, memang terbaeeeekksss.

 

252 Dalca ni pun best sebab ada letak urat2 daging yang jernih tu. Urat ni macam yang ada kat tunjang lembu tu. Sedap.

Ada jugak acar buah dan goreng ayam berempah tapi tak dapat nak amek gambar sebab lajuuu je memasing menyuap. Maklumlah tak breakfast pagi tadi.

258  Dah kenyang makan nasi minyak, layan pulak makan butter cake ni sambil melayan gossip2 terkini antara adik beradik.

 

260 Kami antara terawal sampai. Tak lama lepas tu adik bongsu En. AHBY pulak sampai dengan keluarganya dari Puchong.

 

264 Lepas tu adik dia yang nombor 4 ni pulak sampai dari JB.  Pegang perut nampak bang. Songeh ko? (songeh tu maknanya perut dah sengkak makan. Hihi)

 

270 Masa kami nak balik tu, adik dia yang no. 2 pulak sampai. Sama je putih rambut tapi tak boleh lawan En.AHBY.  Maklumlah abang sulung.

 

281 Masa balik tu memang agak horror. Dengan dihimpit dak bas ni lagi. Ada ke patut dihon2nya kami walaupun kami ikut speed limit yang betul. Kereta pulak banyak kat atas jalan. Macamana nak laju lagi kan.  Itupun kami ikut lane tengah je. Kalau nak potong, masuklah lane laju kan. Ini tak, di hon berkali2 , lepas tu bila potong tu macam mat rempit lagaknya.

 

285

Lepas tu masa akak balik, akak ikut exit Pedas tu kan sebab nak singgah PD. Punyalah lebat hujan. Tak nampak jalan. Dahlah jalan kampung masa tu. Alhamdulillah sampai dan sempat lagi beli cendol sedap ni kat Linggi.  Memang sedap cendol Nek Yah ni. Goreng pisang dia pun sedap.

Macam tu lah cerita cuti panjang akak di awal muharram lalu. Di Jelebu pun ada jugak kenduri kahwin penting tapi tak dapat hadirkan diri sebab clash dgn kenduri di Kluang ni. Akak hanya dapat hantar sangkar telur purple tu je buat wakil akak. Macam tu lah kalau musim kenduri kahwin, terpaksa cabut undi nak hadir yang mana satu terutama yang jauh2 ni. Harap mereka faham kalau kami tak dapat hadir.

3 comments:

Dinas Aldi said...

Akak, saya tengok Gunung Lambak tu teringat joget lambak pulak, heheheh..saya suka la kawasan hijau2 ni, nampak sejuk & best ja mata memandang.

~mrs azmi~ said...

time cuti sekolah gitulah.. bila buat kenduri macam kena berebut tetamu pulak..

umah kat kaki gunung ni mesti liat nak bangun pagh sebab sejuukkkk! hihi

Aidah said...

Dinas,
Memang terbayang org bunian buat pesta joget lambak tapi seram. Hihihi.

mrs azmi,
Betul tu. Kadang2 ada yang kecik hati, akak hanya mampu minta maaf saja. Nak pergi semua, tak dapek lah pulak sebab tak berapa sihat kan.