Pages

Monday 19 December 2011

Masih hari kedua: Menara Tamingsari

 

Tak bergerak lagi dari citer hari kedua. Maklumlah kan akak ke Melaka sekejap saja, katanya 3 hari 2 malam kan. Lepas dah memborong makanan tu akak menapaklah agak2 50 meter je ke Menara Taming sari.

047

Tu yang tertulis kat sini, macam mahallah pulak tapi rupanya untuk mycard holder ada diskaun 50%. Semua sekali adalah RM38.00 sebab En.AHBY kira senior citizen. Senior citizen kew?

 

 049

Sebelum beratur nak naik tu, ada 3 orang budak tahan kami suruh kami bergambar kat gambar tu. Dia cakap," Kami tak paksa akak beli gambar tu tapi boleh tak akak amik gambar kat situ" Akak cakap, " Tak pe lah dik, akak tak naklah" (akak kan pemalu, tak koser amik gambar kat situ lepas tu orang yang dah beli tiket tu pakat tengok ramai2 kan. Malu taw. Hehehe) Lepas tu budak tiga sekawan tu tak putus asa lagi. " Ambik je kak, kami tak paksa pun akak beli gambar tu nanti." Sambil tu dia siap block kami utk jalan ke depan. Dalam hati, akak fikir, buat apa nak amik gambar kalau kita memang tak nak beli kan. Walaupun dia buat fotoshop bagai, akak masih tak minat. Lepas tu akak pun cakap lagi, " Tak pe lah dik, akak tak naaaaak" (berlagu2 lagi tak nak akak tu). Budak tu pun muka kelat je mengangguk dan biarkan akak jalan terus untuk beratur.

 

 

050

Punyalah ramai orang time cuti sekolah ni tapi dalam 15 minit je tunggu sebab sekali naik boleh sampai 66 orang.

 

071    057

059 087

Memang gayat hokey, kat atas tu. Dah lah cermin je keliling tu. Nasib baik lantai tak cermin. 80 meter tingginya. Mana tak gayat kan. Berpeluh2 jugaklah tapak tangan. Untuk tak bertambah takut, akak tak berani pun pandang directly ke depan cuma tengok thru lens camera sahaja. Hehehe. Penakutnya kan. Masa turun tak best sangatlah tapi masa naik memang best. Walaupun agak kegayatan tapi akak rasa berbaloi lah naik kali ni. Last time cuma Arif dan En.AHBY je yang naik.

 

072

Penuh jugak kapasitinya masa tu, cuma ada 3 seat kosong. Okeylah jugak naik Tamingsari ni sebab cantik pemandangannya dan duduk kat dalam tu pun sejuk dan selesa ja. Sambil duduk kat atas tu dia pun pusing 3 kali untuk kita view semua pemandangan.  Jangan risau sebab pusingannya pun perlahan je kat atas tu.

Lepas tu menapak lagi 100m ke Dataran Pahlawan. Apa lagi, shoppinglah. Akak tak de lain, baju kelawar. Batik trengganu di kedai Seem Noor dan Noor Arfa memang cantik2 designnya. Si Arif beli kasut dan baju Spongebob, Farah pulak beli skirt dan jaket. En.AHBY macam biasa muka kerut sebab nak kena keluar duit. Hehehe. 

 

 147 148

149

Malam tu pergi turun bawah makan di K5 Cafe kat hotel tu. Sedap jugak makanannya tapi yang sangat berbaloi untuk dienlarge dan ditepek diblog ialah macaroni and cheese ni. Sangat sedap segala mushroom dan chicken yang diletak kat dalam tu. Yang lain tu biasa2 saja. Farah yang order ni, akak cuma jamah manje2 saja sebab katanya allergic kat cheese kan. Manyak lugi lor! Tak pe lah kan, adalah hikmahnya Allah jadikan macam tu. Kalau semuanya akak boleh makan mahu bertambah tonggong akak ni. (tonggong tu maknanya debab melampau terutama di punggung tu. Hehehe)

Macam tu je lah citer hari kedua. Esok kami balik dah.

5 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

wah akk klau sy n hb mmng t. naik dah hahaha tinggi jugak tu kan!

yummy mmng tserlah klazatn mmmm

Dinas Aldi said...

Teringin la nak naik Menara Taming Sari tu. Saya suka tinggi2, best!

Err, tak faham napa budak tu nak suruh gak akak snap gambar kalau dah tak perlu beli? Hmm..

Aidah said...

SSL,
Akak ni pun buat2 berani ja. Baru naik setengah akak dah menjerit nak turun tapi jerit dalam hati je. Malu. Hehehe.

Dinas,
Nanti pergi Melaka, boleh try naik ya. Memang best sebenarnya.
Itulah akak pun tak faham kenapa mesti amik gambar sebab sebenarnya akak tak suka dia pampang gambar kat board dalam kedai tu. Malu gitew.

Irfa said...

boleh tahan gak reganya yer
lebih kurang London Eye la ni :)

Aidah said...

Ye ke? Dulu kat Melaka ada macam london eye tu kan. Akak tak pernah naik pun walaupun masa tu ada gak satu di KL ni.