Pages

Sunday 4 December 2011

Sepagi di Nilai 3.

 

Sesuailah kan kalau nak buat rombongan cik Kiah ke Nilai 3 taim cuti sekolah ni. Banyak beno kenduri kahwin. Hari tu akak pegi ke situ sebab nak cari bunga telur. Dah lama akak tak nengok rupe bunga telor sekarang ni. Maklumlah last sekali berkecempong dalam alam bunga telor ni ialah masa Puan Alang kahwin iaitu delapan tahun lalu eh silap sembilan tahun lalu. Yang delapan tahun tu anaknya yang sulong. 

Zaman sekarang ni kalau pergi kenduri kahwin dapat bahulu, kek atau gula2 ngan cekelat. Telur dah tak ada dihulurnya. Kalau ada pun untuk VIP kot. Akak ni manalah VIP sangat.

 

PB241160

Haa amek sekali, sorga bunga telor akak cakap tempat ni. Cakap je apa warna tema majlis tu. Semua ada. Siapkan ringgit jelah kat dalam poket suami mu atau bakal suamimu. Dari harga 50 sen setangkai hinggalah  berhinggit2 setangkai.

 

PB241164 Kalau malas nak rebus telor, bolehlah bagi pot pouri je dan letak kat dalam net lepas tu masukkan dalam bekas kilat2 bentuk chenta hati ni. En.AHBY sangat tak berkenan kalau orang bagi pot pouri tu, bukannya boleh masuk mulut, katanya. Haiih, suka hati oranglah nak bagi apa, bang ooii.

 

PB241168 Kedai ThankQ di Nilai 3 ni sangat besar dan ada jual macam2 keperluan kahwin. Bak kata mak akak, " Sumo ado kek situ yo! Agak eh mak abah yo tak do jual. Yang lain bukak mulut, bukak mato siap yo lah duit!"  Macam tu lah dia cakap bila akak cerita pasal Nilai3. Alahaiii omak.

 

022

Yang jadi pilihan akak pagi tu ialah sangkar purple ni. RM59.90 untuk sekotak yang ada 50 biji. Telor direbus sendiri di rumah ya. Oh ya, kerusi malas tu pun beli kat Nilai 3. RM50.00 je harganya.

 

024 Macam ni lah rupanya bila dah masuk telur. Sikit punya susah nak lekatkan sangkar tu bila dah masukkan telur. Merah2 tangan.

 

 012

Macam ni pulak rupanya kalau kita jadikan aksesori Milo.  Rupa macam Princess Leia dalam Star Wars tu kan. Ayuuuu gitew Milo. Tak sangka, akak. Muahahahaha.

8 comments:

Murni Alfathunnisa said...

haha....milo pun berkenan sangkar telur tu..adeh...sabo aje lah kak oi.

kenduri skarang dah jarang benor orang bagi telur...tak syiok kan..

dulu masa kecik, excited nak pegi kenduri sebab ada bunga telur..macam lah kat umah tak cukup telur nak buat rebus...hehe

Dinas Aldi said...

Milo cakap, "Sabor jalah aku dengan mama aku nih", kihkihkih

Tijah said...

kahkahkahhhhh. akak jaatttt. kok milo tu pandai becakap dah lamo di talipon eh teledera kak.

Aidah said...

Siti Murni,
Orang sekarang ni malas nak rebus telur byk2 utk kenduri tu. Akak rebus sikit pun rasa leceh tapi suka bagi telur kat org masa kenduri dari bagi kek.

Dinas,
Dia memang byk bersabar dgn akak. Tapi kalau dah teruji sgt kesabaran tu mahu dingapnya akak. Baran orang tua ni tau. Hihihi.

Tijah,
Memang tu yo lah kojo akak, mombuli Milo. Nak bojalan taim cuti ni tak leh pulak sobab anak perikso laiie, bolun habieh.

~mrs azmi~ said...

milo!!

mintak upah jadi model kat mama tu tau!

Aidah said...

Tiap hari kena tuntut upah, jawab Milo. Hahaha.

mama maman aka yana said...

lama tak gi nilai... tak larat nak pusing situ.. besar sgt..:)

Aidah said...

Mama maman,
Memang besar dan panas sangat. Tak de pokok2 besar kat situ. Boleh pening kapla kalau lama sangat gi situ.