Pages

Friday 16 December 2011

Tiga hari dua malam di Melaka

 

Akak bertolak ke Melaka hari Ahad lepas. Mulanya nak ke sana lebih awal tapi hotel adalah full dan mak akak pun tinggal sorang hari Sabtu tu sebab Puan Alang ada urusan di kampung mentuanya. Bila dah selesai basuh kain, jemur kain dan masakkan untuk mak, akak sekeluarga pun bertolak ke Melaka. Dah ajak mak berkali2 tapi dia tak nak ikut sebab sekarang ni kakinya tak berapa kuat lagi.

 

005

Bertolak pukul 10.30 pagi dan sepatutnya dalam pukul 12.00 sampailah kan. Tapi jam ya hamat dari tol Ayer Keroh tu sampai bandar Melaka. Menangis dibuatnya sebab kereta hanya bergerak setakat dua tiga inci sahaja lepas tu berhenti 20 minit. Macam tu lah sampai ke hotel. Dekat depan zoo Melaka tu punyalah ramai manusia, tour bas pun selamba parking kat jalanraya. Masa tu akak cakap dgn Farah, kesian haiwan dalam zoo tu, tentu stress time cuti sekolah ni bila ramai sangat orang datang. Tetiba semalam dalam berita ada pulak cerita seekor gibbon gigit budak umur 4 tahun kan. Kesian budak tu, mesti trauma habis dan kesian jugak pada gibbon tu. Tentu ada sebab dia serang manusia pulak. Kitorang yang duduk dalam kereta ada aircon bagai ni pun stress tahap gaban jugak bila tersangkut jam teruk macam ni.

 

008

  Dalam perjalanan tu hujan turun, kadangkala lebat jugak. Walaupun tak dapat amik gambar bangunan merah dgn jelas tapi akak sangat suka gambar ni, tak tahulah kenapa. Efek titisan air tu nampak macam sejuk je.

 

018

Apalah nasib, nak check in pun jam jugak walaupun sampai agak lewat. Pukul 1.30 baru sampai, perjalanan yang sepatutnya sejam setengah saja, jadi 3 jam sebab sesak di sana sini. Tapi yang kelakarnya masa check in, staff di counter tu telah menganugerahkan gelaran Dato' pada En.AHBY. Akak dengar macam pelik ja, salah oranglah agaknya kot. Tapi memang kami gelak sakan menuju ke lif sebab layanan adalah sangat tip top bila ada gelaran. En. AHBY pulak macam tak perasan bila orang tu address dia as Dato'.  Akak kat belakang pun boleh dengar, dia pulak yang tak dengar. Kalau macam tu layanannya, tak heranlah kalau ada orang bayar ribu2 untuk gelaran kan. Tak de maknanya pun sebab silap hari bulan boleh jadi riak pulak. Nauzubillah.

 

108

Hari pertama cuma dihabiskan dgn aktiviti membeli cincaluk, belacan , keropok, kerepek dan tak lupa juga baju kelawar yang sangat selesa untuk dipakai sambil makan2 keropok dan kerepek itu nanti. Hahaha. Dekat Dataran Pahlawan tu memang ada kedai batik trengganu, Noor Arfa batik pun ada. Cantik2 kaftan yang dijual. Akak sangat sukeeeee.  Hari kedua esok2lah citer ya. Akak nak bertugas jadi drebar Dato' hari ni. Lupa nak cakap, En.AHBY dah bertugas semula mulai 15 Dis. Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari Allah Yang Maha Penyayang, semestinya.

3 comments:

Dinas Aldi said...

Suka gambar ke2 tu kak!

Kihkihkih jadi dato' dapat layanan best eh? Patutla ramai orang teringin nak jadi dato'.

Banyak bungkusan shopping tu :)

So Shy Lady (SSL) said...

datin aidah jd drebar he...he

Aidah said...

Dinas,
Syahdu je kan. Akak berhabis shopping makanan dan baju paling selesa dalam donia. Hahaha.

SSL,
Itulah akak sekarang ni, ambil semula tugas lama jadi drebar utk anak2 dan suami pulak. Tak terfikir pun utk jadi datin, dik oii. Hehehe.