Pages

Tuesday 31 January 2012

Shopping ikan di luar negeri.

 

 

Cuti CNY yang panjang dulu, akak dah citer betapa jem jalan kat PD kan. Nak pergi pasar pun susah sebab nak keluar simpang pun dekat setengah jam, kereta berderet panjang. Harus ada pulak yang kena gout nanti sebab asik masak sambal sardin, gulai sardin, kurma sardin, sup sardin dan segala masakan berteraskan sardin.

 

068

Yang paling selamat time jem ni ialah pergi ke arah Melaka. Dari Teluk Kemang akak pergi ke Pasir Panjang dan kemudian ke Tanjung Agas dan masuk ke sempadan Melaka. Memang luar negeri sangat kaaan.

 

 

082

Bila dah lepas jambatan Sungai Linggi ni maka masuklah kita ke negeri Melaka.

 

 

083

085

Sungai Linggi ni sungai terbesar di NS kalau tak silap. Ada udang galah dan ada jugak buaya. Ada sekali tu akak lalu atas jambatan ni, cantik je seekor buaya tembaga tengah menganga kat tebing sungai tu. Ramai jugak kaki pancing memancing di sini. Selalu jugak diorang dapat ikan besar2. Tapi biasanya ikan senanginlah. Siakap pun ada jugak. Mak akak kata ikan kat kuala sungai ni lebih sedap sebab pertembungan air tawar dan air masin kan. Abang ipar akak suka memancing kat sini. Kami kat rumah nganga mulut je macam buaya tembaga tu. Hehehe.

 

 

053

Dari Teluk Kemang ke Pengkalan Balak ni lebih kurang 45 minitlah. Jalan adalah agak lengang sebab ikut jalan kampung. Yang pasti pemandangan adalah sangat cantik dan mendamaikan.

 

 

081

079

Rumah kampung ala Melaka banyak kat sini. Akak memang suka tengok sebab cat warna warni terutama kat tangga tu. Lagi satu, rumah Melaka mesti ada anjung tempat lepak2 tu. Rashid Sibir suka buat shooting kat sini untuk drama2 dia .  Belakang rumah yang laman besar ni ialah pantai. Best kan duduk kampung macam ni.

 

 

067

Kat Pengkalan Balak ni banyak chalet. Kebanyakannya tepi pantai. Bukak pintu je boleh berendam dalam laut. Tapi pantainya tak landailah. Baru jalan sepuluh langkah, air dah sampai dada. Bahaya lah untuk orang yang tak reti mengapungkan diri macam akak ni. Rupa je macam pelampung, tapi masuk dalam air kompom tenggelam.  Biasanya kaki pancing suka tinggal sini sebab sepanjang pantai ni akak tengok ramai betul orang memancing. Punpun pun banyak jual kat tepi jalan. (ayat yang boleh buat org kompius. Bukan pun pun pun , bunyi hon ya. Hahaha) Punpun adalah bermaksud umpan ya.

 

 

065

Kat tebing2 batu tu memang ramai orang memancing. Dan sekarang ni akak tengok makin banyak tebing batu ni mengunjur ke tengah laut tu dibina. Mungkin utk kaki pancing kot.

 

 

054

Tujuan asal ialah nak pergi pasar ni beli ikan segar. Pasar ni, peniaganya semua orang perempuan macam Pasar Siti Khadijah kat KB tu. Diorang ni sangat ramah.

 

P1231255

P1231256

Ikan yang ada kat sini sangat segar. Akak bersihkan ikan tu bila balik rumah dan tangan akak tak bau hanyir pun. Sebaliknya bau air laut tau. Kebanyakan yang meniaga ni ialah isteri nelayan2 tu atau adik beradik perempuan dia. Kat sinilah akak selalu jumpa makanan laut yang pelik2 tapi sedap sangat macam kepah besar tu. Bukan oyster tapi tah apa ke namanya, akak dah lupa. Sangat heaven rasanya. Tapi harga ikannya adalah sedikit mahal dari pasar di PD. Ikan jenak lebih RM35 sekilo. Kalau kat pasar akak rasa dalam RM27 je sekilo. Tapi sangat manislah rasanya ikan2 yang dibeli kat sini.  

 

P1231257

Kat belakang tu adalah laut ya. Bot2 nelayan memang kebanyakannya di park kat belakang tu je. Senang nak angkut hasil tangkapan kan. Tak sedar membeli, dekat RM300 habis kat sini. Tapi itu kira belanja pasar akak untuk dua tiga minggu lah kan. Ketam pun akak beli jugak tapi ketam tempatan yang ditangkap kat tepi laut di belakang tu. Kecik2 je tapi sedap, manis je isinya.

 

 

055

Sebelum balik, singgah makan nasi lemak dan roti canai di pekan Pengkalan Balak ni. Kedai makannya kecik je tapi betul2 tepi laut siap meja pun letak kat pasir pantai tu. Maaflah gambar tak de sebab sibuk makan. Simple je makanannya tapi sedap terutama roti canai sebab makcik Melayu yang buat instead of mamak. Kadang2 muak jugak makan roti canai mamak ni kan.

 

059

Ini adalah pemandangan dari meja makan kat tepi pantai tu. Best kan. Tak sedar dah habis roti canai 2 keping. Muehehe.  

Dah kenyang, akak bergerak balik sebab nak basuh ikan yang dibeli tadi. Huhuhu. Tak de bibik, terpaksalah buat sendiri. Walau macamana pun kelasss akak kan, pergi luar negeri untuk ke pasar. Next weekend rasanya nak pegi obersi lagilah. Boleh? Huahuahua.

10 comments:

Irfa said...

mesti comel je akak nganga cam buaya tembaga tu :)

rm300 abis bila ikan je.huhu..macam nak kenduri.bila nak ajak sy dtg luch ni?hehe

Nini D.. said...

obersi betul kak....
beli ikan tak bawak sekali ke Milo & Moli?..kikiki
mau huru-hara pasar nanti..

Aidah said...

Nilai duit sekarang, Irfa. Dulu belanja pasar takat rm 150 dah cukup sebulan. Sekarang semput rasanya bila balik dari pasar. Mahal semuanya. Bila kita tanya, dia cakap lah raya cina, ikan mahal. Apa kena mengenanya tu padahal dia pegi laut tangkap sendiri bukan pakai naga cina pun. Tak faham akak. Ni kes sekali sekala je lah makan ikan sedap2 nampaknya. Tak mampu. Huhu.

Nini D,
Kalau balik PD dua ekor tu kejenya sunbathing je, dik. Cukup obersi tak pemandangan? Dia tak main pegi pasar menziarah ikan2 ni sebab dua2tu suka makan ayam. Kehkehkeh.

~mrs azmi~ said...

dah bertahun tak ke pengkalan balak...

dulu time matrix londang situlah tempat kami pegi kalau nak buat aktiviti luar kolej

Aidah said...

Oh, dulu matriks londang ya. Anak sedara akak pun kat situ jugak tahun 2008. Akak selalu ulang alik situ dulu, menjengok dia.

Dinas Aldi said...

Sungguh kelas pi luar negeri beli ikan, kehkeh!

Gambar pertama & ke8 tu, keta grey kat depan tu sama arah tujuan dengan akak & family agaknya, kan :)

Sungai tu memang dalam sungguh la kan, sampai kapal pun ada kat situ haa..

Aidah said...

Ha ah, baru akak perasan dgn kete grey tu. Memang ramai orang ke sini bawak kete menyusuri jalan tepi pantai. Best sangat, Dinas.

Nota Cikgu Anum said...

sgt kelaz rasenyer soping kt market sehingga mencecah ratusan khen :) tp ai prasan ikan makin mahal dan mahal. ikan yg kt *toot*CO yg mata dh merah myala pon ader ati nk cecah puluhan ringgit. kne jd vegetarian kot

Nini D.. said...

huiiissshhh..ni bukan lagik obersi kak...in the sea sudah..kikikiki

Aidah said...

Nota Cikgu Anum,
Betul tu. Kadang2 mata kita pun terbuntang tengok rege ikan kat pasar. Camanalah nak makan ikan selalu.

Nini D,
Menyeberang sungai akak taw semata2 nak carik ikan sedap. Sekali sekala je, dik.