Pages

Tuesday 21 February 2012

I'm so in love with myself

 

 

Sejak ada Moli ni, Milo punya perangai sangat kelakar. Kadang2 macam budak anak kucing pun ada. Tapi Alhamdulillah dia lebih aktif dari dulu. Berat badan pun maintain je. Tak de lah akak berdesing telinga kena sound ngan doktor nanti.

 

 

003

Dulu, dia tak pernah peduli kat cermin ni padahal sejak pindah lagi dah ada almari ni. Sekarang ni cukup suka main kat depan cermin. Sambil2 tu usha muka sendiri. Tak sangka aku ni cantik jugak walau pun tembam. Patutlah Dobot pun teringin kat aku. Muahahaha. 

 

071

Tapi bezanya anak dengan deddi tu ialah, deddi main depan cermin sambil baring je. Angkat badan pun tak larat. Anak dia kemain aktif lagi. Tapi dia ni pun perasan cantik jugak sebenarnya.

 

144

Kat sinilah pot baiiikk Milo sekarang ni. Haiiihhh....I'm so in love with myself.....

 

P/S  Setiap hari rasa terharu dengan mesej kawan2 semua. Dan setiap hari juga akak cuba lawan segala kesakitan yang kadangkala tak semena2 timbul. Terimakasih semuanya atas doa dan kata2 semangat. InsyaAllah akak akan pulih kembali satu hari nanti.

16 comments:

~mrs azmi~ said...

so in love with moli n milo!
chumel!

Aine Ainun said...

Comelnya kucing...gebunya.....

Saya suka kucing...
Semoga cepat sembuh ye...

Irfa said...

salam kak :)
sy baru je baca pasal akak sakit tu,saya pun doakan akak baik yer.
bila sakit..ngadu pada Allah..mengalir airmata sbb ujian kita tu buat kita igt banyak sgt dah nikmat Allah bagi kat kita selama ni
puluh2 tahun sihat sakit sehari oun rasa bertahun.huhu.

masih lagi skit bghn tulang punggung ni

Aidah said...

mrs azmi,
Tapi dua ekor tu sekarang ni suka pose depan cermin dan syok sendiri tau. Hahaha.

Aine ainun,
Terima kasih datang ziarah akak dan tinggalkan komen ya. Memang 2 ekor ni penghibur hati akak.

Irfa,
Alaikumsalam Irfa. Memang pun. Asik menangis je akak sekarang ni mengadu pada Allah. Kalau ada mak kat rumah ni boleh jugak akak lentok kat dia. Hihi. Tapi itulah kan, nak komplen lebih2 pun tak boleh jugak. Dah banyak nikmat yang Dia beri. Alhamdulillah sekurang2nya Allah beri perhatian pada kita dalam bentuk dugaan macam ni kan. Semoga Irfa juga bersabar dengan dugaan ini ya.

Nini D.. said...

oh Milo...kamu sgt gonjeng!!!
akak tolongla korek2 manja mata si Milo ni kak...gerammmmm saya nengoknye..

moga akak cepat sehat bila tengok gelagat manja 2 buah hati akak nih..

Akma_cikyong said...

alhamdulillah..kak..harap2 si moli n milo dapat menjady penyembuh akk dikala akk sakit..akma harap kesihatan akk makin membaik dengan keletah dorg nie..hihi
akk..xmo banyak mengelamun taw~~hihi akk seorang yg sgt lemah lembut hatinya :)

Naz said...

gambar last..double Milo..sooo cute..geram la budak montel ni..

Suara Kalbu said...

Huk alooohhhhh....

I love Milo and Moli juga. Geram nak picit-picit diorang ni

Murni Alfathunnisa said...

amboi..pakat lawan bercermin aih depa dua tu...akak ada buat contest ka kat rumah..tetiba ja dua ekor tu suka sangat posing depan cermin...

psst..akak dah sihat ya..alhamdulillah...:)

Dinas Aldi said...

Dobot? Kucing Nini? Macam nak berbesan ja ni, kihkihkih!

Tapi gambar last tu serius comel, tak tahan saya nengoknya!

Jaga diri baik2 kak. Akak ada ramai kawan di sini yg selalu mendoakan akak jadi akak kena kuat ya :)

Nina said...

wah wah.. gambar vain gitew. nak buat stok letak dekat facebook le tu. buat tema ala2 'muka macho,dlm ati ada taman'

So Shy Lady (SSL) said...

ya allah milo tuhhh.. gmba last tu dh taraf model profesional dah...bleh jd model cover mjlh ni. t.sia2 praktis b aksi dpn cermin slama ni kan he..he.


yes akk boleh! think +ve hokeh!

Aidah said...

Nini,
Dia kalau duduk sebelah cermin macam tu lah gayanya. Macam terkesima dgn kecantikan diri sendiri. Perasan. Hahaha.

Akma,
Entahlah akma. Tak berani nak cakap tapi akak amalkan je macam yang akma cakap tu. Terima kasih ya. Sebenarnya tak rasa lemah lembut pun akak ni, macam lemah longlai je kot. Kahkahkah.


Naz,
Bertambah montel dan kembanglah dia nanti sebab asik dipuji je. Hihi.

Ida (Suara Kalbu),
Milo sebanarnya hangen dgn akak sebab asik jadikan dia model kat blog ni. Royalti ciput pulak tu. Hahaha.

Dinas,
Dah 7 tahun Milo single. Baru2 ni tukar status jadi deddi tunggal pulak. Bila ada yang berkenan, Milo angguk terus. Hahahaha.
Akak dapat rasa kasih sayang tu Dinas walaupun tak pernah jumpa semuanya. Memang banyak sangat membantu sebenarnya sebab bila akak rasa perit menghadapi dugaan ni, ada something yang akak look forward to setiap hari iaitu jalan2 blog kawan2 yang sangat prihatin. Tak pernah rasa alone pun kalau banding dgn first time akak sakit dulu. Terima kasih banyak2. Kasih sayang dari akak ya.

Nina,
Walaupun dah tukar status deddi, kena jugak jaga saham, dik. Konon macam tak sangka aku ni hensem gak. Hahaha.

SSL,
Jadi model dalam blog ni cukuplah. Kalau femes lagi nanti, lagi berjuntaian lemak bawah perut tuh. Hahaha.

Aidah said...

Siti Murni,
Moli tu jadi trendsetter dik. Apa yang dia buat mesti Milo nak try jugak. Kelakar betul.

Iz said...

Hahaha.. sama la macam Sookie. Dia pun obses dengan diri sendiri. Kalau masuk bilik, tak kisah la bilik saya ke, bilik orang lain ke, dia mesti melepak depan cermin. Berjam-jam selagi tak diangkat, memang situ la dia lepak. Hadap muka sendiri

Aidah said...

Kan. Tah kenapa suka vain. Sebab selalu amik gambar dia kot. Tu yang perasan lawa tu agaknya. Hahaha.