Pages

Wednesday 29 February 2012

Majlis kahwin yang macam jejak kasih.

 

 

Masa akak kecik dulu, rumah sentiasa meriah. Walaupun adik beradik hanya 3 orang tapi rumah sentiasa dipenuhi sepupu2 yang kebetulan tinggal berdekatan. Mak dan arwah abah akak memang suka kanak2 jadi mereka pun tak kisah kalau rumah sentiasa riuh rendah.

Arwah abah akak ni ada satu sifat yang akak paling kagum. Dia suka ambil anak2 saudaranya yang susah atau kematian ibu atau ayah untuk dipelihara menjadi anak angkat. Padahal waktu itu, kami bukanlah dari golongan berada. Tapi kalau dibandingkan dengan adik beradik yang lain, abah sorang saja yang masuk U. Jadi dia selalu merasa bertanggungjawab pada anak abang2 nya yang hidup susah. Dalam ramai2 sepupu akak ada 2 orang yang akak anggap macam abang sendiri sebab dari kecik lagi mereka dah tinggal bersama kami. Sorang dah bersara dari perguruan dan seorang lagi meninggal masa umur 30 an.  Kedua2nya bukan dari keluarga sama tapi sudah kematian ibu dari kecil. Sebab tu lah abah akak pelihara macam anak dia sendiri.

Along, sepupu akak tu meninggal kerana sakit buah pinggang. Sejak dia meninggal dunia, kami hampir putus hubungan dengan isterinya dan anak tunggalnya yang ketika itu baru setahun umurnya. Bila harijadi anaknya itu akak kirimkan hadiah dan hantar ke kampung pada neneknya dan tak pernah dapat jumpa pun dengan dia.

Hari Sabtu lepas, akak dapat undangan perkahwinan anak sepupu akak tu yang dah puluhan tahun tak jumpa.

136 

Saat ini akak berdebar macam jejak kasih pulak. Tak sabar nak tengok pengantin lelaki yang last sekali akak jumpa masa umur dia 3 tahun, kalau tak silap. Sekarang ni dah bertugas jadi doktor di pengkalan tentera Lok Kawi, Sabah.

 

 

139

Bergenang airmata akak bila tengok wajahnya yang sangat mirip wajah arwah ayahnya.

 

141152   167166 196

Muhammad Syahril Effendi dan Diana. Pasangan yang sama cantik. Punyalah banyak akak amik gambar sebab nak tunjuk pada mak akak yang uzur dan tak dapat hadir sama. Mak akak rindu sangat dengan Fendi ni. Hanya dapat sampaikan peluk cium dari jauh. Tak dapat menyaksikan sendiri cucu saudaranya kahwin.

 

131 129

Sangat simple tapi cantik. Majlis ni diadakan di perkarangan masjid. Pengantin tak bersanding pun. Hanya makan dan beramah mesra dengan tetamu. Sama macam masa akak kahwin dulu. Pun tak ada bersanding ni sebab dari dulu akak sangatlah pemalu (macam bagus ja statement )  dan tak reti nak buat muka camana kalau bersanding. Hahaha.

 

134 

Awan hitam yang kadangkala ada dan bila angin tiup dia berlalu pergi. Macam perasaan akak yang kadangkala sebak dan airmata pun asik nak meleleh je.

 

125

Tapi dalam sebak tu, habis juga cendol semangkuk. Alhamdulillah selera masih tajam. Asik mengasah tiap hari, mana tak tajam kan. Kihkihkih.

 

113

110

Inilah gambar2 Fendi masa kecil yang ada dalam simpanan akak. Gambar bawah tu dengan arwah ayahnya yang akak panggil Along. Gambar ni diambil dirumah akak di PD, 4 bulan sebelum dia meninggal.

Haiihhh...nak meleleh lagi airmata ni bila tengok gambar ni semula.

 

119

Patutnya orang kahwin happy, ni akak menangis pulak. Nak bagi neutral balik, tak mo sedih2 so akak tepek wajah Milo termenung mengenang nasib badan yang dah lama dimandulkan. Tak de can nak kahwin tau. Apalah nasib......

13 comments:

Nini D.. said...

ensem sungguh pengantin tu.....(cik suami,kamu ttp cute dihatiku)
moga mereka bahagia hingga akhir hayat....


dobot pon dah dimandulkan...kalo kita kawenkan diaorg,.xdpt le cucu nampaknya..ahaks!

Yana Halim said...

saya yang membaca pun rasa sebak. Mmg mcm tu feelingnya bila tengok gambar mereka yang telah arwah...

Aidah said...

Ye ke? Eloklah sama2 bagi tahu Dobot dan Milo. Nanti jadi kes tipah tertipu pulak. Hahaha.
Psst..Milo marah akak gelakkan dia. Kebelakang je telinga dia tu ha.

Akma_cikyong said...

eee...encem nye muka ank seppu akk 2 :) sma padan n sma cantik dengan wife dia..
akma suka p mah org kawen yg cam gini..fuh!!rsa lg semangat mau cpt2 kawen..hakhak
kak..penuh lah muka milo gmbar last 2,membuktikan betapa gebus n padat bla disnap dpn2..kihkih

mama maman aka yana said...

Sama cantik sama padan..:)

dan memori senang sekali menbuatkan kita menitiskan air mata... huhuhu

sian milo... apa la nasib kann

Aidah said...

Yana Halim,
Terima kasih sudi singgah. Memang sedih mengenangkan dia sebab akak memang rapat dgn arwah macam abg sendiri.

Akma,
Memang semua org panggil dia doc hensem kat hospital. Hihi. Apa tunggu lagi akma. Akak pun dah terasa2 nak makan kenduri nih. Semoga bertemu jodoh yang baik2 ya, dik.

Mama maman,
Akak memang mudah menangis mengenangkan org yang dah tiada. Dah 2 org abang akak termasuk Along ni yang dah meninggal. Sedih dan rindu....

Iz said...

Milo muka pasrah

Akma_cikyong said...

akak,kalau akma p klinik anak seppu akak nie kan..konpem trus sehat :) hakhakhak

amboi kak..dah berbau yer lauk2 kenduri??hihi

Dinas Aldi said...

Sungguh manis pasangan pengantin tu. Saya pun sebak baca entri akak ni, dapat bayangkan mak akak tengok gambar2 ni & dapat sedikit sebanyak dia melepaskan rindu pada Muhammad Syahril Effendi.

Nota Cikgu Anum said...

rase puas ati tengok pengantin ni. sama padan. tahniah ye

Murni Alfathunnisa said...

hehehe...mula la syahdu jugak baca entry ni..mai tang last teruih saya gelak...hehehe...

sangkakan pengantin lelaki je yang ensem -- rupanya gambaq last skali laaaagi ensem...tapi kesian..dah takde chance nak kawin..alololo...

sama cantik, sama padan pasangan mempelai..selamat pengantin baru..moga berkekalan ke akhir hayat.

Aidah said...

iz,
Dimandulkan dalam paksa. Sedeh...

Akma,
Memang dah terasa2 dek akak lauk kenduri akma. Hahaha.

Dinas,
Akak dgn my sis asik mengesat air mata je. Malu pulak. Lepas tu mak pengantin join kitorang sama mengimbau kenangan lalu. Nangis lagi. Dah tua2 ni asik emo je. Hahaha.

Cikgu Anum,
Kan. Mohon pada Allah agar mereka sentiasa sepadan dan berkasih sayang hingga ke syurga. Amin.

Siti Murni,
Milo tu mana boleh kalah,dik. Mandul ke tak, belakang cerita. Janji maintain macho. Hahaha.

Irfa said...

baiknya ayah akak.banyak pahala bela anak yatim.

tapi pengantin tu mmg sepadan,gigi cantik macam iklan ubat gigi.moga kekal bhagia hingga akhir hayat.amin

sian milo takde peluang nk dpt anak :)redha la milo oi