Pages

Wednesday 4 May 2011

ALHAMDULILLAH

 

 

P4280135
Alhamdulillah kami selamat mendarat jam 10.10 pagi. Terimakasih sang pramugari yang memimpin kak wok ke wilcha yang menunggu di pintu.

 


P4280138

Aktiviti wojib selepas mendarat. TOILET!!!!!

 


P4280139
Ini nak bagi tahu mereka yang baru first time ke Sabah atau Sarawak, sila bawak surat beranak ori anak-anak bawah umur yang tiada mykid!

Di kaunter immigresen di pintu masuk KKIA ini anda akan diberi pas lawatan (macam receipt kedai aje) dan kertas ini hendaklah disimpan sepanjang berada di Sabah. Kalau hilang kena repot polis ya! Kalau kita tak de mykad, passport atau surat beranak boleh kena halau balik dan tak boleh masuk Sabah tau! Ini pernah terjadi masa 2008 pada serombongan manusia semenanjung yang diceritakan kepada kami oleh crew MAS di KLIA.

Bilalah undang-undang ni nak tukar? Kan ke Sabah Sarawak tu Malaysia gak!

 


 

P4280146 
Di luar terminal, kereta yang disewa oleh Puan Alang telah pun menunggu. Mulanya mintak MYVI auto tapi sebab miscommunication dapat Proton Saga manual. RM140.00 untuk sehari.

 

P5010391
Kalau sesape nak sewa kereta tu bolehlah contact kedai tu yek!

 

P4280145

En. Abang dan Cik Nisya sangatlah monyok sebab rombongan kak wok ni terpisah dua pulak kat sini. Bebudak dua orang ni akan ikut Puan Alang dan suaminya ke kaki gunung kinabalu dan stay 1 malam di sana. Kami pula terus saja ke Le Meridien Hotel untuk berehat, keeee shopping?

0 comments: