Pages

Saturday 7 May 2011

KEBERANGKATAN PULANG ROMBONGAN CIK WOK

 

 

Pagi-pagi ini semuanya moody dan grumpy…….Haa tengoklah sendiri.

P5020435
Budak dua orang ni asyik nak bergaduuuh aje.

 


P5020434
Haa! Cantik no muka si Arif tu mencemik pada si kakak. Jangan derhaka, Arif. Kata, sekarang ni dah jadi bilal kan!

 



P5020427
En Abang masih lagi kaguuum dengan idolanya. Thaqif, yang baik jadi tauladan, yang tak baik jadikan sempadan….

 



P5020433
Yang sorang ni pulak asyik penatlah, ngantuklah, penatlah, ngantuklah……….Selamba je tidur kat airport macam traveller yang tegar je kan!

 



P5020436
Nak bawak back pack sendiri pun lemah. Yang si Bibik tu nak buat perangai gak ke? Kena buntang mata kat Puan Alang nanti taulah ko!

Daaan….. yang paling moody ialah ground staff MAS di KKIA! Kita tanya soalan lebih sikit pun nak tinggikan suara. Sampai dekat setengah jam kak wok menunggu wilcha kat dalam teksi di luar terminal tu! Driver teksi tu pun resah semacam je. Pastu kan, crew check-in ni bila jawab soalan kita, muka kita pun dia tak pandang! Kepantangan keturunan kak wok betul tau!!! Cukup mencacatkan holiday kami ja! Nasib baik ini adalah berlaku di dalam terminal maknanya dah keluar dari Sabahlah kononnya kann. Ish! Ish! Ish!

Lepas check in kami pergi kaunter immigresen untuk pulangkan entry pass yang kita dapat masa mula-mula masuk Sabah tu. Alah, yang macam receipt kedai tu! Haa ada tak ? Keee  dah hilang? Kalau dah hilang kenalah mengadap bapak polisi ya!!



 

P5020440
Sky bridge menuju ke pesawat MH 2641.

 


P5020439
Oleh kerana pesawat ini baru terbang dari Sydney dan delay pulak so kami terpaksa tunggu sekejap sebelum boarding.

0 comments: