Pages

Monday 23 May 2011

MEMANCING DI KILANG ???!!??

Hari tu kak wok talipon. Dia cakap abang iparku En. Suhairi pergi memancing di kilang kat Sepang.

Haaa? Kilang mana lak buat promotion memancing ni? Ada sale durian runtuh kat kilang jual ikan ke?

Rupa-rupanya kat KELONG BAGAN LALANG, SEPANG.

AIK (abang iparku) ni memang kaki pancing. Kalau arwah abah ada ni, boleh jadi gu berdua memancing tengah laut ni.

Masa kitorang kecik-kecik dulu memang selalu abah menganjurkan rombongan menjaring ikan ni. Berbaldi-baldi dapat ikan. Paling banyak ikan gelamalah. Sekali sekala dapat ketam merah besar tu. Kitorang panggil ‘ketam German’ sebab bukan main keras kulitnya, macam helmet askar Jerman! Lepas tu, ketam ni memang ganas dan pemusnah jaring. Habis koyak-koyak jaring tu dikerjakannya. Kalau dapat ketam ni, kitorang masak suplah. Memang manis semacam. Sedaaaaapp.

Bila abah bawak balik hasil menjaring yang berbaldi-baldi, maklah menangis sebab nak kena siang semuanya. Mana-mana patut, sedekah je kat jiran.

Selalunya kalau pergi menjaring, kitorang akan berkampung sampai dua hari kat situ. Memang seronok . Yang bebudak kecik (me & my sis) akan pergi cari buah tanah (macam lala) kat tepi-tepi pantai yang berbatu-batan itu. Mak dan Angah pulak akan cari siput mata lembu di bawah batu-batu besar. Balik rumah, siput tu akan dimasak rendang. Buah tanah tu lak masak  sup.  Mengancammm sedaaaapp.

Tempat yang mewah dengan hasil tangkapan ni pulak kita panggil Teluk Asam. Sebabnya adalah banyak pokok asam jawa kat situ. Selalunya mak akan kutip buah asam jawa yang gugur tu dan buat asam jawa kat rumah. Alhamdulillah, begitu melimpah ruah rezeki dari Allah.

Sekarang ni tempat menjaring ikan tu dah tak ada. Pantai tu dah ditambak. Dah tersergam pulak Hotel Avillion Admiral Cove kat situ. Tak dapat nak bagi anak-anak merasa aktiviti kami cari rezeki masa kecik-kecik dulu.

Kami adik beradik ni, dari kecil dah biasa makan hasil tanaman, tangkapan dan ternakan sendiri. Dulu masa kat kampung, kami bela itik, ayam dan kambing. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah, kami pergi cari telur itik dulu di kandang itik. Petang-petang lak kitorang halau kambing masuk kandang. Lepas tu buat unggun api kat bawah kandang tu. Tak pasti lak sebab apa, mungkin tak nak bagi nyamuk gigit kambing tu kot.

Kami pun ada gak berkebun. Tanam kacang tanah dan jagung. Bab tanam jagung ni paling kelakar. Abah selalunya buat lubang sikit kat batas tu untuk dimasukkan benih jagung. Sayalah yang akan menabur benih tu. Abah selalunya pesan pada saya, “Haa, tutup mulut tu, jangan tersengih masa tabur benih. Kang jagung ni pulak jarang-jarang isi macam gigi Ida yang rongak tu!”

Walaupun saya kunci rapat-rapat mulut ni, ada gak 2,3 tungkul jagung yang jarang isinya. Buruk benar rupanya. Saya selalu kena tuduh dengan adik beradik, tak ikut cakap abah dan tak tutup mulut. Maklumlah masa kecik-kecik, agak lama juga gigi depan saya ni rongak. Menangislah saya bila kena ejek oleh adik beradik. 

Those were the good old days……… Sekarang ni, kesian anak-anak yang hanya makan hasil tanaman orang lain di pasar raya, makan ayam yang dicucuk botox bagai dan macam-macam lagilah yang mengerikan.



rscn1528fz8
Inilah kelong tempat AIK memancing tu!

Dan hasilnya ialah …….jeng…jeng….jeng.


 




 

Ikan

Ambik kau! Dah nak sama tinggi dengan Nisya tuuuu!!! Ikan siakap tu beratnya lebih 4kg. Kitorang kat KL ni yang dapat tengok gambar je ni, telan air liur je lah.

Kak wok telah memasak lemak cili api ikan itu berduet dengan bacang. Nyumm….nyummmm….sedapnya bunyi masakan tu. Kesssiaaaan kat kitorang ni ha…

Yang Nisya tu apasal berkerut semacam muka tuu??

Ikan  
Sebabnya adalah tangan kanannya itu telah terkena duri ikan. Nak amik gambar pun takde mood.

AIK ni memang berbakat dalam memancing ni. Dua minggu lepas kat Kuala Sungai Linggi, dapat ikan siakap gak.

 

Ikan 2 
Siakap putih ni beratnya agak-agak 3kg. Sesape yang dah pernah makan ikan kuala, tahulah macamana sedapnya. Lain macam.
Ini dah kira meriah ni. Tiap-tiap dua minggu makin bertambah berat ikan yang dipancing oleh AIK. Sok-sok boleh dapat ikan jenak 5kg kot?

 

Apa-apa pun syukran ya Allah……Alhamdulillah.

0 comments: