Pages

Tuesday 24 May 2011

PENEMAN DI KESUNYIAN MALAM

Lain macam je bunyi entry ni. Cerita seram  ke apa ni ?
Maaflah ya, bagi peminat alam misteri. Oh  tidak, bukan itu isi entry kali ini.
Di saat mata tak mau ngikut cakap kita, inilah menjadi teman.

P5120484 
Best buku ni. Gaya penceritaan simple macam buku cerita saja.

P1020160
Cetakan atas kertas yang tersangatlah putih menyerlahkan dakwat hitamnya.


Saya juga layan majalah – majalah omputih ni di kala siang hari. Sunyi jugak sebab bebudak dah gi sekolah.
P1020161
Tapi selalunya saya akan cari kat kedai Selvam je untuk backdated issues. Wat apa nak beli yang current, membazir duit. Oleh kerana sikap buruk yang tak sabar nak tengok kenduri kahwin diorang tu jadi saya pun TERbelilah yang di atas tu, hari Ahad lepas.

Buku – buku memang harta kesayangan saya yang tak seberapa berharta ni. Dah pun berwasiat pada anak – anak untuk menjaga buku – buku ini bila tuannya dah tak ada nanti.

P5120478
P1020152
Dulu masa mula – mula pindah, elok je rupa susunan buku ni. Sekarang ni kelam kelibut. Menampakkan kerajinan membaca buku – buku ni. (ecehcehceh)
Almari tu pun dah terkopak dinding background tu, cuma tak nampak je!

Banyak lagi tempat bersepahnya segala bahan bacaan ni.
P1020153
  Kat sini………Haa nampak tak abuk berjuntaian. Sayang nak buang majalah lama ni. Mana tahu kalau nak refer balik article penting ke.
P1020154
Dan di sini juga……….Ada yang masih dalam plastik kedai Si Selvam tu!

P1020157
Ini pulak buku antik yang saya warisi dari arwah Abah. Buku ni dah tak ada baju gamaknya.
 

P5120468

Kalau nak tahu tajuk kena bukaklah.
CHATETAN   KA-TANAH  SUCHI  oleh  Harun Aminurrashid. Sungguh klasik ejaannya! Penulis ni seorang wartawan yang diberi peluang ke Mekah menunaikan haji dengan menaikki kapal Anshun. Ralit baca buku ni, kadang-kadang berdekah-dekah ketawa.
     
Saya menumpang di-bilek nombor 20 bersama Enche’ Abdul Hamid bin Haji Maidin dan Enche’ Hanafiah (dari Changi Road).  Pukul 4.00 petang betul saya di-beri minum teh sa-meja bersama Haji Abdul Ghani dan isteri-nya dari Johor Bahru.  Sayang pelayan2 kapal yang terdiri dari orang2 China banyak yang ta’ tahu berchakap Melayu sa-hingga satu kejadian, ia-itu isteri Haji Abdul Ghani meminta ayer batu di-berinya ayer panas puteh.  Oleh sebab ayer panas itu berwap macham ayer batu isteri Haji Abdul Ghani menyangka ayer batu terus di-minum dan melechor lidahnya!”

Untuk lebih efektif bolehlah buat macam suara Normadiah atau P.Ramlee dalam cerita Resam donia tu. Lama beno cerita tu. Sangat sesuai…
Lagi satu yang kelakar dalam buku ini.

Tempat itu tidak jauh dari pelabohan.  Semua juma’ah ber-asak2 masok ka-pintu itu dengan membawa pass haji masing2.  Di-pintu itu ada dudok tukang mengechap pass, sa-telah pass saya di-chap lalu saya masok.  Saya lihat juma’ah2 haji yang telah lepas itu berator panjang tiga deret yang kira2 mesti berjalan sa-jauh hampir2 sa-tengah batu ber-buntut2.”

Haa ambik kau. Berbuntut-buntut lagi! Kalau sekarang mesti dah kena ban buku ni terutamanya bebudak sekolah. Tul tak?  KAH KAH KAH…


Saya sangat sayang buku-buku saya, baik yang lama mahupun yang baru ni.
P5120469  

P5120474
Hmmm………sangat menarik konsepnya. 

0 comments: