Pages

Tuesday 31 May 2011

Camping for brains

 

Hari ini 31 mei 2011, si Kakak tak sabar-sabar nak bercamping di UKM Bangi. Hmmm…kenapa eager sangat?

Sebabnya adalah gred add mathsnya baru-baru ini mula merosot. Dah mula lupa apa yang dah dia belajar bulan Disember hari itu.

Kem Easy Maths yang dianjurkan oleh Easy Technic ini sangat berbaloi walaupun bayarannya RM260.00 untuk 4 hari. Teknik yang diajar sangat mudah dan membuatkan pelajar rasa macam belajar matematik sekolah rendah saja.

Pengajarnya ialah En. Noor Ishak Mohd Salleh, seorang guru yang sangat berpengalaman mengajar matematik terutamanya kepada pelajar lemah. Beliau pernah menerima Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Johor 1999 kerana mencipta kaedah ‘easy maths’ ini.

Dengar-dengarnya kem ini macam goreng pisang panas. Tak ada iklan pun, penyertaan laris sampai ramai yang tak dapat masuk lagi terutamanya pelajar perempuan.

 

P5310939  

Pukul 3 ptg dah bergerak ke Bangi walaupun dekat je.

 

P5310943

Part ni paling lemah, pendaftaran. Dengan panasnya, dengan tak de linenya. Aduiiaaii sampai 1 jam melepak kat situ.

 

P5310940

En. AHBY cakap macam tunggu keretapi zaman dulu-dulu je. Mulalah dia bukak cerita time naik tren senandung malam yang selalunya lewat berjam-jam! Itu dululah, sekarang tak tau pulak sebab dah bertahun-tahun tak naik keretapi. Apa kata kalau lain kali kita pi bercuti naik keretapi pulak. Haaa  amacam? Berangan punya berangan si kakak dan 2 orang bes frennya pun dah dapat kunci bilik. So bergeraklah kita.

 

P5310945

Lain macam pulak rasanya bilik ni. Penuh kat dinding tu ayat-ayat Quran. Siap ada ayat Kursi lagi tepi katil tu. Teringat pulak cerita seram dalam redmummy yang saya baca hari tu. Hissh nauzubillah.

Memang tak de nya si kakak tu nak duk sorang dalam bilik tu, maka berpindah randahlah dia ke bilik sebelah. Penyudahnya 1 bilik duduk 3 orang. Alah muat aje, mama, katanya.

 

 

P5310948

Si Arif nampak pulak cik nyet sedang menikmati angin petang atas atap blok K4N itu.

 

 

P5310949

Masa nak balik tu, kereta pulak kena block! Ini yang lemah ni. Hati pun mulalah panas bila tengok orang selfish macam ni. Tapi sabar je lah. Nasib baik bila buat announcement, berlari-lari dia datang alihkan kereta.

 

 

P5310942

Ya Allah, terangkan hati anakku, permudahkan dia untuk memahami apa yang dipelajarinya dan lindungilah anakku ini dari segala gangguan dan segala bahaya terutamanya semasa anakku ini menghadiri majlis ilmu ini. Amin.

0 comments: