Pages

Friday 20 May 2011

MAKAN APA TUUUUU……..

 

Semalam teringin nak makan nasi impit. Puasa pun belum, selera dah melompat ke raya pulak! Nak buat rendang ayam, bahan pun tak cukup. Lengkuas tak de, kerisik tak de, daun kunyit takde.

Yang paling teruk, ayam pun takde!!! Abis tu…..apa yang ada?

Korek-korek freezer, ada lak boneless chicken breast. Lantaklah!

Potong-potong kiub, stail potong daging tu, kemudian masaklah kari cincai namanya. SEBAB tak de daun kari bagai.

P5190523

Arif tanya, mama masak apa hari ni?

-Mama masak kari ayam cincai!

-Sedaplah kari cincai ni. Cincai tu apa, mama???

P5190544
Kalau dah namanya cincai, rasanya pun cincailah jugak. Nasib baik ada sambal tumis kak wok yang mengancam sedapnya tu!
Tapi bagi anak-anakku tatap sedaaaaap!!!!

Itu menu semalam. Hari ini pulak?

Disebabkan ada nasi impit, makanya nasi tak berapa layanlah. Kecuali En.AHBY, tekaknya mesti nak nasi. Walaupun dia dah layan sampai 4 bungkus kecik nasi impit tu, dia mesti nak nasi lepas tu! Adoooiiiyai mana nak isi En.AHBY! Eh! Takpe……. takpe lepas ni I gi exercise!

Eii…dah jauh menyimpang ni. Oleh kerana semalam punya nasi banyak berlebih, maka hari ini, haruslah masak nasi goreng cili berapi.

Cik Farah sangat berkobar-kobar nak masak nachos. Tetapi kemalasan mengatasi semangat berkobar itu. Maka diambilnya tuna chili dalam tin, lalu ditabur pada nachos dan disprinklekan dengan cheddar cheese.

 

P5200572 

VOILA!

P5200575


P5200576
BON  APETIT!! (Sorrylah my french agak berkarat sekarang ni)

Sedaaaap. Tapi bagi saya yang tak leh makan cheese semenjak duamenjak ni, tengok je lah…..

0 comments: