Pages

Monday 16 May 2011

NAMA SAYA MUHAMMAD ARIF BIN AB HAMID

 

 

P5090581

Nama saya  Muhammad Arif bin Ab Hamid.

Nama bapa saya ialah Ab Hamid bin Yaacob.

Nama ibu saya ialah Aidah binti Othman.

Saya dilahirkan pada tarikh 7 Zulkaedah 1419H bersamaan hari Selasa, 23 February 1999 pada pukul 3.17 pm di Hospital Ampang Puteri.

Hari itu mama melalui induced labour sebab ada masalah sikit. Amniotic fluid mama telah berkurangan secara agak drastik sejak minggu 32 kehamilan. Sebab itulah kelahiran saya dipercepatkan ke minggu 35.

Semua orang sangat risau termasuklah satu - satunya kakak kesayangan saya, Farah yang dijaga oleh Wan. Wan saya juga sangat risau.

Alhamdulillah……semuanya selamat. Terima kasih pada Dr Jemilah Mehmood yang memberi salam pertama pada saya. Terima kasih juga pada Babah yang mengazankan saya.

Proses kelahiran saya berlaku dengan cepat. Pukul 12.00 pm, mama saya diberi ubat untuk induce dan sempat – sempat saja babah saya menyelesaikan solat zuhur di surau, saya pun lahir. Mama saya tak sempat pun diberi apa – apa ubat penahan sakit. Kesian mama.

Saiz saya masa lahir adalah kecil. Berat saya ialah 2.7 kg. Dr Jemilah cadangkan saya dikhatankan esoknya tapi Wan tak bagi sebab risaukan tubuh saya yang kecil. Walaupun saya lahir tak cukup bulan, tapi tumbesaran saya normal. Alhamdulillah.

Saya sangatlah lasak semasa kecil dan bolehlah dikatakan sebagai kanak – kanak hyperactive. Saya mula bercakap pun agak lewat iaitu semasa berumur kira - kira 3 tahun.
Mama saya kata sebelum  itu, saya cuma boleh buat bunyi blalblalblal, ngok ngek, ngok ngek sahaja. Panggil mama dan babah pun saya tak boleh.

Satu perkara yang kelakar yang saya lakukan semasa kecil dan tidak dapat seluruh keluarga lupakan ialah, membaling tahi kucing kering ke bumbung kereta Pak Ngah. Masa tu umur saya dah nak masuk 4 tahun. Dalam gelak – gelak saya kena marah jugak dengan mama.

Lagi satu yang pelik tentang saya ialah saya tak pernah makan nasi dari kecil sehingga umur saya 9 tahun. Walaupun nasi itu ada lauk yang sedap, saya masih tak boleh telan. Makanan saya hanyalah roti iaitu roti canai, roti nan dan roti putih. Air yang saya minum dari dulu sehingga sekarang hanya air putih.

Saya juga mula makan lauk bila berumur 8 tahun. Sebelum itu saya hanya makan roti kosong sahaja. Butter, jam, cheese, semua saya tak suka. Masakan ayam pertama yang saya makan ialah ayam tandoori yang mama saya masak.
TETAPIIII……sekarang saya sangat suka makan semua masakan. (yang halal saje tau). Babah selalu berleter dengan saya sebab saya asyik makan, makan dan makan.

Walau bagaimanapun roti tetap pilihan pertama saya.  

P5090582
Saya sangat happy selepas diberi makan oleh mama. Masa ni saya makan makanan bayi Milupa vegetables.


P5090583
Pose wajib anak anak mama masa kecil.


P5090585
Saya bersama kereta pertama saya.

P5090593
Saya sangat sayang sekolah saya.


P5090597
Ini ialah kucing kesayangan saya, MILO.



P5090600
Santainya saya bergambar bersama – sama babah dan kakak saya.


P5090612
Aktiviti saya di masa lapang ialah bermain e-games. Mama saya selalu marah kalau saya lama sangat bermain tau!! Shhhhhhhh……jangan bagi tau mama.


P5090594
Dari kecil sudah terserlah kepoyoan saya ini. Walaupun hanya makan roti putih, saya tetap tembam.

 


P5090621
Saya yang sangat kelakar. HA  HA  HA.

 


P1020143
Saya akan cuba menjadi anak babah dan………………

 



P1020141
………..anak mama yang terbaik dalam dunia.

 


P1010444 
Saya juga akan menjadi adik yang tak melawan cakap kakak.


 

P5010328
Saya juga akan menjadi cucu terbaik Wan. InsyaAllah.



Nukilan ini mama hasilkan khas untuk anak lelaki mama yang tersayang, Muhammad Arif. Semoga mana yang baik-baik  yang mama tuliskan itu di makbulkan Allah.  AMIN.

0 comments: