Pages

Friday 20 May 2011

DAH PENAT DAH………

 

 

Sakit lagi! Tak kuasa dah!

Jangan ganggu kami lagi!

Begitulah halnya malam Rabu yang lalu. Semua perasaan negatif singgah di kepala, dada dan seluruh badan.
Kaki dan tangan menggigil! Tapi tiada sekelumit pun perasaan takut ada di fikiranku.

Kerisauan pada anak-anak memuncak bila aku hampir dikuasai pengganggu ini! Jikalau dilayan mahunya pitam dan pengsan.

Tatkala itu aku berserah. Mulut tak berhenti kumat kamit. Zikirku hanya yang pendek-pendek sahaja. Diketika itu surah yang pendek pun boleh sesat!

Bagiku, yang mengganggu ini pun makhluk Allah. Allah maha kuasa. Aku berserah seluruh jasad dan nyawaku padaNya. Kalau ditakdirkan sampai sini sahaja hayatku di dunia ini, aku redha.

Lalu kuingat surah Al Baqarah dalam laptop. Dibuka sekuatnya oleh anakku.

Perlahan-lahan fikiran yang tadinya berkecamuk mula lapang.
Jiwa yang tadinya kacau mula tenang.
Hati yang tadinya rasa serba tak kena mula merasakan nyaman.
Mataku yang tadinya rasa seperti terjegil sudah mula kuyu.
Aku tenang kembali. Terimakasih Allah buat kesekian kalinya!

Penat….!! Tapi aku tak sanggup lari lagi. 4 tahun lepas kami sudah membawa diri, berkorban, berhijrah ke tempat lain.

Tapi kini tidak lagi! Pada Allah hati ini tidak pernah berbelah bahagi. Aku tak mahu lari……Dah penat dah!!!!!!

0 comments: