Pages

Wednesday 18 May 2011

FENOMENA LA NINA TELAH MELANDA KE SPESIES LAIN.

 

Kat luar ni pun ada gak aktiviti dush! dush! piow! piang! ni Tengoklah sendiri.

 

P5150606
SAGWA  : Hei bedebah! Berani kau curik mainan aku ya! Ambik kau! Inilah RENUNGAN MAUTKU!!

MILO       :  Kau ingat aku takut pada renungan sepetmu itu! Lemak tebalku ini boleh memantulkan renungan maut itu.

 

P5150605
SAGWA   :  Tahukah kau bahawa mata sepetku ini dilengkapi laser mikronano GD3200 yang boleh menembusi lemak tebal kau itu!

MILO        :  HA HA HA HA..Aku tak takut. Sekali aku himpit kau, kemek semua sistem laser kau tu! HA HA HA


 

P5150604
Cheng kecheng shuut swhupp……

MILO   :  Perisai lemak MS 5500! Mulakan tindakan fasa pertama!

SAGWA   :  Alamak…Tanganku tercabut akibat terkena laser mautku sendiri! Kenapa cuai sangat ni?


P5140550
MILO   :  Fasa kedua……..Perisai lemak depan direndahkan untuk melemaskan mangsa. Ambik kau!

SAGWA   :  Kuasa back-up tendangan dan terajangan asli GA8800 dipasang serta merta! Rasakan!


 

P5150602
MILO   :  Pelukan maut dan perisai lemak BERGABUNGGG!!

SAGWA   :  Aduh! Sakitlah! Ambik kau. Gigitan Gila Pandir aku sudah mula berfungsi……..akhirnya!


 

P5140549

CHOP!  CHOP! Break kejap! Milo boroi ditarik keluar gelanggang kerana telah mengalami kecederaan di hidung.

MILO    :  Hissh! Buat malu orang je Mama ni. Sikit je luka. Tak sakit pun!


 

P5150608
Setelah 5 minit perlawanan berlansung, hakim Yang Arif WAHAU, telah mengarahkan perlawanan dihentikan.

WAHAU   :  Setelah diteliti, maka saya telah membuat keputusan  Tiada pemenang. Semua pengalah! Mainan itu dihukum share antara MILO dan SAGWA. 3 minit sorang. Take turn kalau nak main. Jangan gaduh-gaduh!


 

P5150610
Mula-mula SAGWA main…..

P5150613 
Bila dah agak-agak meriah dengan air liur SAGWA, barulah turn MILO pulak.

MILO    :  Hisssh!  Busuklah SAGWA! Kau makan petai ke?


 

Image004
MILO   :  Dahlah tu. Penatlah wrestling ni. Bayar pun ciput. Penonton pun dua tiga kerat. Baik tido. Lagi sodap.

SAGWA   :  Ha ah! Balik-balik muka tu je datang nengok kita fight. Baik tak yah! Uhuk uhuk! Sorry ya batuk sikit. Laser GD3200 semput, belum repair lagi.

0 comments: