Pages

Wednesday 4 May 2011

LOCATION, LOCATION, LOCATION

 

 

P5010394
Lokasi hotel ini tersangatlah strategik untuk kami. Filipino Market didepannya saja.

Di Pasar Kraftangan ini ada segala macam handicraft, accessories wanita, pearls dan bermacam-macam barang perangkap habuk, bak kata En AHBY sepatah!

Disinilah jugak tempatnya banyak duit diperabiskan dan dibazirkan. (dah balik rumah baru perasan yek!)
Malamnya pulak ada pasar malam di sepanjang jalan di belakang hotel ni dan di depan hotel ni pulak ada medan seafood bakar.

Bagi mereka yang nak jewellery yang lebih berkualiti boleh ke Jamilah Jewellery yang within walking distance saja .
Begitu juga dengan Kadaiku yang menjual handicraft item yang lebih eksklusif yang terletak lebih kurang 100m dari hotel ni. Bab-bab shopping ni dalam entry lain pulak ya!

 

P4280153
Nyamannya dapat welcome drink time tengah haus ni. Pineapple juice untuk saya dan starfruit juice untuk En AHBY. Yang lain ambik orange juice.

TAPI service punyalah lambat, dekat 1/2 jam baru dapat air! Agaknya pergi ke pasar dulu beli buah kot atau pergi kebun baru nak tanam buah tu agaknya??? (Ini statement orang kepanasan dan kehausan)

 

Silalah ke bilik kami di no. 924 dan 925 Le Meridien Hotel. Deluxe room yang cajnya lebih kurang RM400 nett untuk 1 malam. Ini kalau book through internet ya, kalau call in mahunya RM560++ semalam.

P5020416
Kami sangat kaguuum dengan keluasan bilik ini. Agak jauh jugak kak wok nak berjalan untuk ke bathroom. Nasib baik bawak walking stick.

 

P4280155
Arif terus je capai remote dan channel surfing. Tak de maknanya bercuti kalau nak memerap tengok tv ya anakku!

 


P4280160 P4280161
P4280162 P4280168

Decornya sangat simple dan menarik. Setiap bilik ada DVD player dan LCD tv. Cofee and tea making facility samalah seperti hotel 5 star yang lain.

Keluasan bilik ini sama seperti keluasan family room di Hotel Park Royal Penang.

Satu saja yang tak menariknya ialah toiletnya tak de paip di tepi untuk keperluan istinjak bagi orang muslim macam kita ni. Setidak-tidaknya pasanglah toilet yang ada bidet (alah yang pancuran air kat toilet bowl  tu). Seksa jugaklah kak wok setiap kali ke toilet. Dahlah pakai walking stick.

Apa-apa pun kekecewaan itu dapat diubati dengan view menarik dari bilik hotel.

P4280174

 


P4280173

 


P4280157
Aktiviti nelayan tersangatlah meriahnya dari pagi hinggalah malam, membawa masuk makanan laut untuk di bakar di medan ikan bakar dan untuk kami yang sentiasa berselera tajam di KK ni.

 


P4300283
Petang-petang di KK ni pun hujan jugak ya! So plan early if you want to go for sightseeing around the city.

0 comments: