Pages

Saturday 7 May 2011

DAY 5 : SELAMAT TINGGAL NEGERI DI BAWAH BAYU , SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI……

 

 

sabah-fun-map 


2 Mei 2011;  Tiba masa untuk kami pulang semula ke KL.  Kenapa yek, kalau kita ke Sabah ni rasa macam tak cukup hari je bercuti. Tahun 2008 kami bercuti di sini 3 malam, dapat ke pulau-pulau iaitu di Tuanku Abdul Rahman Park tapi tak dapat pula ke Kundasang dan Nabalu untuk menatap gunung kinabalu dari dekat. Kali ini pulak walaupun 4 malam, rasanya macam tak puas hati jugak tak dapat ke arah Kudat untuk menyaksikan sendiri " tip of borneo" iaitu orang tempatan lebih mengenalinya sebagai “tanjung simpang mengayau”.

Hmmmm  rasanya banyak lagi tempat kami tak sempat nak explore di Sabah ni! Di mana-mana kita pergi terutamanya kategori alam semulajadi ini, toleh kanan, subhanallah, toleh kiri, subhanallah, sangat cantik. You have to see it for yourself to believe.

Terimakasih Sabah kerana mengekalkan kehijauan hutan anda, kejernihan laut anda dan keputihan pantai anda!!
Terimakasih rakyat Sabah kerana mereka inilah sebenarnya rakyat 1 Malaysia yang sangat mesra dan bersopan santun. Susah nak bezakan samada mereka ini kaum Cina, Melayu atau pun Pribumi. Semuanya menuturkan bahasa malaysia dengan loghat Sabah.

We have only good memories here, insyaAllah.
Ada rezeki, sihat tubuh badan, insyaAllah kami datang lagi.

Flight kami hari ini macam biasalah, awal betul, 7.20 am. Tapi di Sabah ni macam pukul 8.30 am, matahari dah meriah jugaklah.

Malam sebelumnya kami selesaikan check-out dulu (express check-out). Sebabnya adalah kerana tak nak kelam kabut esok paginya. Cab kami ke airport adalah pukul 5.00 pagi, subuh masuk pukul 4.44am so hopefully everything goes as planned, insyaAllah.

P5020412
Sebelum check-out, breakfast kami dihantar ke bilik. Wah bagusnya Le Meridien ni! Kami berpuashati dan terima kasih daun keladi.

 


P5020414
Check dulu kalau ada apa-apa yang tinggal

 

.

P5020415
Eh! Apa ni?  Ooooh sandal ini dah putuslah!  Nak jugak menghabiskan riwayatnya di Sabah. Inilah sandal putus yang jadi bukti kak wok jauh berjalan di Sabah ni.

 



P5020417
Goodbye to room 925, room 924 and room 603.

 


P5020432
Nak jugak mengintai gunung kinabalu dari KKIA yang masih diselumuti kabus pagi-pagi ini. Nampak tak? Tuuu yang dibelakang, dekat awan tuu.

0 comments: