Pages

Friday 6 May 2011

DAY 3 ; SENDUK PUN KIRA SEKALI???

 

Wooit! Entry ni titlenya lain macam  pulak! Kah kah kah.

Haa takkanlah nak bermalas-malasan je di hotel kan. Tengahari itu kami ke Restoran Nelayan untuk pastikan meja yang kami book untuk makan malam nanti. Earlier, when we call in for reservation, dia kata penuh, lepas tu, ok pulak so to be safe, checklah sendiri!

Nasib baik pergi sendiri, kalau tidak entah di ceruk mana diletaknya kami. Oleh kerana kak wok berwilcha, dia pun letak kami di meja yang oklah jugak. Rupa-rupanya restoran ini memang fully booked selalu. Kalau nak buat reservation, buatlah 2 atau 3 minggu lebih awal.


P4300270
Tengahari pun dibuka dari pukul 11.30 am hingga 2.00 pm tapi agak lengang jugaklah. Alang kepalang dah sampai situ kami pun order makanan tengahari tapau.

 


P4300272
Dalam plastik biru tu makanan kami yang dah siap ditapau. Yang plastik kuning tu pulak senduk-senduk untuk steamboat. (restoran ni punyalah)

 


P4300273
TIBA-TIBA dengan bangganya En AHBY telah tersonglap plastik yang penuh dengan  senduk steamboat tu!!!!! KAH KAH KAH
Tergelak besar sampai berguling-guling dibuatnya. Ini mesti kes dah rasa macam terlampau banyak spend money kan! Sampai senduk steamboat pun nak sapu sekali!
Masa tengah ambik gambo ni En AHBY sangatlah marah sebab kena gelak. Maafkan kami yek! Hi hi hi. (gelak perlahan sikit)


P4300281
Makanan yang kami tapau. Semuanya sedap-sedap belaka iaitu, fish fillet in pineapple sauce, claypot tofu, ikan kerapu masak 3 rasa, sabah veggie in belacan, siput cungkil tu dan udang goreng celup tepung. 
Urrrggh, alhamdulillah, dah sendawa dan dah kenyang.


P4280185
Lepas menunaikan solat jamak takdim zohor dan asar (terima kasih Allah atas sedekah ini), kami menapak pulak ke pasar filipina dan pasar ikan masin. Tak banyak souvenirs yang dibeli, T-shirt 2 helai je, pearl bracelets 3 utas, brooches dan butang baju Melayu. (asik nak kena beli setiap kali raya)


P4300266
Lepas tu gi pasar ikan masin, beli ikan bilis, sotong kering, ikan kurau masin, udang kering dan bermacam-macam makanan kering sampai poket pun kering kontang.

Si Dodoh tu tengah kira untung tu. Setelah selesai membeli,  dengan  cukup professionalnya Dodoh membungkus semuanya dalam kotak dan letak nama dan flight number kita sekali.

“Kalau lepas ini kakak mau apa-apa sms saja aku, aku boleh tolong poskan bah! Aku 3G pun boleh tapi jangan 3G masa aku tidur bah. Aku ndak dengar nanti!”. Lawaklah tu si Dodoh ni. Cute namanya kan.


P4300299
Malamnya kita makaaaan lagiii. Tengoklah wajah penuh kebanggaan cik Nisya tu. Masa ni good mood lagi ni. Ini adalah on the way to Restoran Nelayan.

Di Sabah ni susah sikit nak cari restoran yang ada logo halal Jakim. Restoran ni adalah salah satu yang dapat status itu jadi bolehlah makan tanpa was-was, insyaAllah.

Dua tahun lepas ada jugak kita makan kat Ocean Seafood tu tapi kali ni rasa macam ragu-ragu pulak halalan thoyyiba nya. Walaupun ramai orang melayu yang kita nampak makan di situ, tak semestinya ianya HALAL.

Kes ikut-ikut orang ni memang selalu terjadi!! Kata orang tempatan di situ mereka pun tak pasti restoran-restoran seafood kepunyaan orang China di Sabah ni halal. Seafood memanglah tak perlu sembelih tapi cara masakannya tu?

Haa sape nak jawab kalau dah masuk dalam badan! 40 hari amal ibadat tak diterima! Kalau time tu terAJAL pulak camno? Nauzubillah.

Tapi kalau bab hotel, di Sabah ni, kebanyakan dapur hotelnya diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah termasuklah Le Meridien. (promo baaiikk punya!)


P4300301
Meja yang direservekan untuk kami adalah meja no.1. Kat sini boleh pilih nak makan steamboat atau a la carte. Kami yang sangat tamak pada malam ini telah amik dua-dua sekali. (astaghfirullahalazim!!!)


P4300302
Mula-mula pilih dulu di tanks ini untuk a la carte. Part pilih-pilih ni, si animal lover, Cik Farah, tak sampai hati nak tengok orang tu tangguk-tangguk ikan tu. Tak boleh kesian-kesian kalau nak makan tau, berdosa lak nanti.


P4300317
Ada ikan kerapu yang pakai lipstick tu. Cute gak, merah je muncungnya

.


P4300315
Ini pulak kegemaran En Abang iaitu si Thaqif. LOBSTER!!!


P4300306
Antara makanan yang wajib order ialah siput tarik ni (tak tahulah pulak nama sebenarnya). RM50.00 sekg.


P4300308
Ini pulak lobster in butter sauce. Yang seekor tu lobster yang ditangkap dari tank, mahal gaklah, RM120.00 seekor. Lepas tu takkan untuk 11 orang makan, seekor je kan.
Sibbaik ada pulak seekor lagi yang dah mati lebih awal dalam fridge tu so kitorang pun rembatlah, dapat 50% diskaun. Tersengih besar si Thaqif yang minat sangat makan lobster.


P4300309
  Ini pulak ketam also in butter sauce. Sedap gak.


P4300310
Yang ini soft shell crabs yang dimasak cara deep frying. Also sedap. Kat KL ketam ni ada jugak dijual di supermarket ISETAN.


P4300311
Yang ini buttered prawn. Masin sikitlah! Tak habis makan pun, tapau saja.


P4300312
Ini pulak ikan kerapu masak steam ala chinese style. Okaylah jugak untuk anak-anak yang tak tahan pedas.

Secara keseluruhannya sederhana sahaja makanan di sini. Harganya boleh tahan mahalnya tapi mungkin kami silap strategi, patutnya kalau nak merasa jugak steamboat, order untuk dua orang makan, cukup. Boleh share-share kan. Itupun nasib baik boleh tapau mana yang tak abis makan, kalau tak membazir je. (sahabat syaitonnn…..tak mo, tak mo!)


 

P4300313
Ini budak yang paling ceria tadi, sampai sini bad mood sebab kena paksa makan. Last-last tidurrr.


P4300303
Ini pulak persembahan kesenian yang bermula dari pukul 7.30 pm sampai 9.00 pm. Kalau duduk kat table tengah tu seronoklah. Bila tiba time sumpit-sumpit belon tu, mereka akan ajak pengunjung join sekali. Meriah tuuu!!

Caranya kalau nak duduk di meja tengah ni adalah dengan book lebih awal agak-agak sebulan earlier ke. Book on line pun boleh jugak ya. Tiada deposit yang dikenakan kalau 1 atau 2 table yang di tempah tapi kalau agak-agak nak bawak 1 bas tu, kenalah bayar sikit yek!

Pihak restoran akan hold table itu untuk lebih kurang 1 jam sahaja. Kalau dalam rombongan tu, ada yang nek moyang ulit, tak dapek den nak nolong doh. (kalau tak tau makna ulit pun den tak dapek nolong, kau tanyolah kek orhang nogorhi yo!)


 

P4300314
Masa kami nak balik iaitu lebih kurang 9.30 pm, restoran ni dah lengang -  selengangnya. Jadi sesiapa yang tak de reservation bolehlah gi makan time ni.
Restoran Nelayan ini dibuka dari 6.30 pm sampai 11.30 pm. Cuma korang tak dapatlah tengok cultural show yang sangat meriah tu.


P4300319
Aktiviti wojib jugak ni. Amik gambar kak wok depan restoran. Kami yang lain tersangatlah kekenyangan kerana telah makan tahap GABAN! Urrrggh…. iii… yeeww…. sendawa siap terkeluar makanan pulak ni!!!! Walau macamana pun alhamdulillah.


P4300323
Lepas makan banyak, HARUSSLAH hukumnya membakar lemak dengan berjalan-jalan di sekitar pasar malam belakang hotel Le Meridian tu (alasan je, sebenarnya tak cukup-cukup nak shopping).
Pasar malam ni memang ada setiap malam dan dah mula dari pukul 6.00 pm lagi. Di sini barang-barangnya lebih murah dari filipino market dan kualitinya lebih kurang saja.


P4300322
Peniaga tu tengah tekun membuat tempahan kerongsang yang kita nak, ikut citarasa kita sendiri.
Ya, boleh custom made dan di order di situ jugak. Dalam masa 15 minit dah siap tempahan saya iaitu jam kristal dan tasbih pearls.


P5020505
Saya suka tasbih ini. Setiap pearl putih dan hitam itu sangat unik. Kalau dibelek-belek, tak ada satu butir pearl pun yang sama bentuknya. Indahnya ciptaan Allah! Harga tasbih itu adalah RM30.00 seutas.


P5030547
Ini pulak jam kristal saya yang digayakan oleh supermodel boroi kita iaitu Cik Milo. Harganya pulak adalah RM15.00 sahaja.
En AHBY sangat ragu-ragu dengan kualiti jam itu tapi saya puas hati sebab ia sangat cantik. Janji cantik, kualiti letak tepi dulu…DASAR PEREMPUAN!

Agak-agak dah terbakar lemak 20% kami pun balik tidurrr. (20% aje ke ?)

0 comments: