Pages

Thursday 5 May 2011

DAY 2 ; PEKAN NABALU DAN KUNDASANG

 

Rancangan kami hari ini adalah untuk menyaksikan sendiri gunung kinabalu dari pekan Nabalu yang terletak kira-kira 67 km dari bandar Kota Kinabalu.

As early as 6.30 am, kami dah turun breakfast (sebenarnya taklah early sangat sebab subuh pun masuk kul 4.43 am).

En AHBY yang tak berapa gemor drive ni dah plan awal-awal menyewa guide iaitu En Shahran dan Toyota Unsernya (thanx to azuan zahdi ).

Tapi masa tengah breakfast tu ada text masuk to inform us yang En Sharan ada hal dan kawannya En. Syaifuddin akan gantikan beliau.

Ok jugak bah, paling penting kau bawak saja aku situh. Aku ndak sabar mau tengok gunung kinabalu ituh! (tetiba speaking sabah pulak) Kalau nak tawar menawar dengan jayanya cepat-cepatlah belajar cakap Sabah ok!

Kami bertolak seawal 7.30 pagi dengan menaiki van Nissan Urvan yang lebih besar.

 

 

P4290212  

Kak wok yang begitu bersemangat dan bertenaga sewaktu memulakan perjalanan. En Syaifuddin memulakan perjalanan dengan membaca doa ringkas. Respect betul dengan dia ni yang merupakan seorang muallaf dari daerah Ranau. Sangatlah sopan santun bila berbicara gitu.

 

 

P4290216

Rasa-rasanya kalau drive sendiri ni haru jugak nak cari jalan ke pekan Nabalu ni SEBABNYA adalah kurangnya papan tanda arah di sepanjang jalan dari pusat bandar KK. “ Orang tempatan pun ada komplen pasal tu bah!” kata En Syaifuddin. Menurut Puan Alang, GPS pun tak de servis di luar bandar KK ni. Alamatnya berpusing-pusinglah mencari jalan.

Lepas tu di KK ni penuh dengan roundabout! Jalan sikit jumpa roundabout, jalan sikit jumpa roundabout, kelakar pulak rasanya!

 

 

P4290226 

Haaaa ambik kau! Kagumm tak? Cantikkan……. Subhanallah dengan tersergamnya….!!!

 

 

P4290227

Dan lagi…….ternganga mulut kalau pertama kali tengoklah kan! Memang menakjubkan. Oleh kerana kamera saya simple saja jadi tak bolehlah nak zoom sangat. Ada rezeki nanti boleh tak beli DSLR, En AHBY? Nanti dapat amik gambo gunung Kinabalu kaw-kaw punya! Pastu boleh framekan! (Alasan…)

 

Kalau korang perasan, kawasan ni sangatlah ‘cloud friendly’. Banyak sangat awan mengelilingi gunung kinabalu tu. Dekat tempat Puan Alang stay iaitu di Celyn Resort, awan selalu menutupi balcony biliknya! Nak kata kabus tak pulak sebabnya tak sejuk pun. Itu sebablah jarang sangat orang dapat capture gambar gunung kinabalu ni dengan clearnya.

 

As for us, bila sampai di pekan Nabalu, hareeem dapat ambik gambo berbackgroundkan gunung kinabalu sebab awan telah mendahului kami!

 

 

P4290236

Tak dapek den nak nolong doh!!! Akhirnya, off we go to SHOP! YEEEAY!!!

 

 

P4290239

Ooops toilet stop first okay! Pekan Nabalu ni kecik saja tapi amat berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan. Walaupun toiletnya serba kekurangan je rupanya, namun ia bersih. Itu lebih penting.

Cuma diharapkan Kementerian Pelancongan  berilah tumpuan sikit kat pekan ni. Bangunan kedainya tak menarik, dah buruk pulak. Kesian kat penduduk tempatan yang sangat kreatif dalam produk kraftangan mereka. Janganlah bangunkan bila ada tujuan tertentu saja ya!

 

 

P4290238

Usang no nampaknya kan. Kalau hujan lebat, mau tutup kedai ni

 

 

P4290240

Anjing-anjing sangat friendly di sini. Asyik datang je kat kitorang especially kak wok

 

 

P4290242

Di sini banyak jugak kami spend sebabnya adalah harga souvenirs yang lebih murah dari filipino market. Lagi pun lagi baik kita tolong penduduk tempatan Nabalu ni dari orang luar kan. Kebanyakan handicraft item ni dihasilkan oleh penduduk di sini dan ada yang tak de dijual di KK. Eksklusif gitu bah!

 

 

P4290237

Banyak tul gerainya. Tak sempat nak round semua sebab nak bergerak ke Kundasang pulak.

 

 

P4290250

Jalan ke pekan Kundasang sangatlah teruk sebabnya adalah aktiviti pembangunan. Sabor je lah. Kata suruh kerajaan beri tumpuan kan!

 

 

P4290253

Haaa apa lagi, shopping buah-buahan dan sayur sayuran lak disini. Udara kat sini sangat segar dan sejuk walaupun sedikit berdebu akibat aktiviti di atas nun. Walau macamana pun, it was much much better than the air we usually breathe in KL!

 

 

P4290251

Setiap bouquet tu harganya RM8.00. Mahallah rasanya kan, tapi cantiik.

 

 

P4290254

Ini namanya buah mentega. (kalau tak silaplah kan) Yang warna brown bulat sebelah kanan tu ialah epal baldu. Rasanya lemak manis.

 

P4290256 

Ini pulak buah abio. Rasanya, hmm…..dah lupa pulak. Sebenarnya dah confuse ni yang mana satu buah mentega dengan abio. Maafkan aku ya orang Sabah. Aku terlupa sudah bah!

 

 

P4290252

Banyak jugak memborong sayuran dan buah di sini. Buah nenasnya sangatlah manis dan juicy. Bila part membayar En AHBY lah yang kena menyeluk poket dalam-dalam.

 

Kami kemudiannya berkonvoi dengan puan Alang pulang ke KK. Kami tak singgah ke Kinabalu Park sebab kak wok dah tak larat. Dapat sampai sini pun alhamdulillah. Perjalanan yang jauh, hampir 2 jam sangat merisaukan kami, tapi syukur kak wok boleh tahan dengan perjalanan yang agak tough jugak tu.

 

 

P1010981

En Abang masa ni tersangatlah jobo selepas melantik dirinya sendiri menjadi ketua rombongan. Maklumlah orang biasa naik van sekolah, katakan. Si Abang ni, dimana ada Arif, disitulah dia ada. Dah memang si Arif tu idolanya. Entah part mana yang dia berkenan sangat kat Arif tu agaknya, tak tahulah.

 

 

P1010980 

Cik Nisya pun happy jugak reunited ngan wan. Yang dia ni asyik nak ikut cik Kakak . Ini pulak tak pasti samada kakak tu idola Nisya ataupun Nisya tu sebenarnya idola kakak????? Tengoklah cara cik Kakak pandang Nisya tu, macam kaguuum je! Hehehe.

 

 

P1010982

Inilah dia ciri-ciri orang yang sihat, buang air besar lawas, tidur pun lena je, dalam van menurun bukit ni pun zzzzzzz

 

 

P1010965 .

Dalam perjalanan menuruni bukit tu banyak tul jumpa bunga-bunga putih tu ditepi jalan. Cantik.

 

 

P4290247

Penempatan masyarakat disini terletak dilereng-lereng bukit. Kalau pekan Ranau pula betul-betul terletak di lembah dan dikelilingi gunung-gunung dan salah satu backdropnya sudah tentulah gunung Kinabalu.

 

 

P1010973

Awan gelap sudah mula berarak menutupi gunung ganang.

 

 

P1010970

Hujan manja-manja sudah mula turun or it was more like mists.

 

 

P1010978

On the way down, we came across these 2 makciks with bling-bling tudungs on the way to kenduri agaknya. Mode of transport, simple saja.

 

 

P1010984

Sampai di Tamparuli, cuaca panas pulak. Memang dasar awan yang sangat mencemburui kami yang nak sangat tengok gunung Kinabalu. Kenapa ya awan-awan bersikap begitu?  Inilah dia jambatan tamparuli, kata En.Syaifuddin. Tapiiii….

 

 

P1020001

Sampai saje di Jesselton Point, perut sudah mula berkeroncong jadi apa lagi makannnn.

 

 

P1020002

Di sini banyak dijual makanan melayu seperti rendang ayam, daging, masak asam pedas dan yang paling mengancam ialah gulai perut tembusu….hmmmmm ….sodap. Haii … hari-hari, pagi petang, siang malam dengan gigihnya mengumpul kolesterol dalam badan. Camno tu Puan Doktor? Tak kisahlah kan sebab Puan Doktor pun join sekali makan so kuranglah rasa guilty. Ahaks…. ahaks!

 

 

P1010998

Inilah dia gulai perut tembusu atau gulai usus yang ditulis di menu. Dah lamo mak ngidam ni nak! Gulai tu taklah sepekat gulai orang nogorhi tapi Alhamdulillah sedap. Ada hikmah, tak pekat santannya tu, kalau tak, bertan-tan kalorinya nanti. (statement mengurangkan rasa guilty)

 

 

P1010999

Ambik rendang ayam seketul, terung berlada sikit dan gulai tembusu 2 ketul je yek! Total bill kami yang seramai 11 orang ialah RM243.00. Oklah tu. Urrrgg dah sendawa pun. Alhamdulillah.

 

 

P1010996

Dah kenyang baru nampak pemandangan di luar restoran ni. Kat sinilah orang yang beli pakej nak ke pulau-pulau tu naik bot masing-masing. Masa ni punyalah panas, matahari mencarak-carak, kata kak wok. Anak kak wok yang si lemek tu (sayalah tu!) mulalah rasa macam nak pitam.

Oh ya, please try to avoid going to this restaurant during peak lunch hour (1 to 2 pm), tersangatlah sesaknya. Seats di tempat yang tak panas iaitu beratap sangatlah limited. Kami yang sampai hampir pukul 3.00 pm pun kena tunggu meja clear, maklumlah rombongan besar.

 

Seterusnya kami balik ke hotel untuk solat (jamak takhir) dan lolap sekejap untuk orang-orang yang boleh lenalah kan. Malamnya ingat nak makan seafood di Restoran Nelayan tapi tak jadi sebabnya adalah masih kekenyangan dari makan tengahari tadi yang agak lewat jugak, ala- ala hi tea. Takkan makanan tadi baru nak hadam dah nak monolan laiii kan!! Ini macam makan tahap GABAN niii!!!

 

 

P4280188

Aiiik! Kata kekenyangan…. tapi pukul 6.00 petang dah terpacul kat gerai ikan bakar ni . Maklumlah depan hotel je, ya tak. Dari tingkap tu macam memanggil-manggil je segala seafood tu. Hmmmm ……sedap…..sedap. Tapi kali ni beli ala-ala kadar saja.

Ala tak ala, kadar tak kadar, dekat RM100 gak abis.

 

 

P4300296 

Meriah dan memanggil kami yang kat atas ni untuk turun dan makan seafood bakar.   

1 comments:

Azuan said...

Alhamdulillah, seronok tengok foto2 Nabalu, Kudasang and Nasi Padang.